Sunday, 15 January 2012

Tweet "Iman"



Tweet Tazkirah tentang "Iman". Ditulis ketika sesi tazkirah bersama Syeikh Faiz selepas solat Isya semalam. Buat pengisian ketika musim peperiksaan ini. Moga iman dalam diri terus sihat. Moga sukses semuanya.

1. Yang menolak kita untuk bersolat #isya berjemaah ini tidak lain tidak bukan melainkan iman. Iman itu pula naik dan turun.
2. Tidak mampunya kita untuk bersolat #isya adalah kerana lemahnya iman. Sudah pasti kita perlu cari jalan untuk kuatkannya semula.

3. Apa yang berlaku setiap hari itulah yang sebenarnya mempengaruhi iman kita setiap hari. Apa yang kita lihat, dengar, rasa, inginkan dan sebagainya, semuanya memberi kesan kepada iman. #isya
4. Jadi, untuk mengawal hati, sangat memerlukan kepada suasana yang baik. Elakkan melihat, mendengar, memikirkan perkara yang haram di sekeliling kita. #isya

5. Ada kaitan antara iman dengan tubuh badan. Kedua-duanya akan sakit jika terdedah kepada situasi yang tidak sihat. Maka jagalah persekitaran kita. #isya
6. Salah satu cara untuk kuatkan iman: selalukan diri dengan berzikir kepada Allah agar terjaga hati dan iman kita; tidak terpengaruh dengan perkara yang negatif. #isya

7. Zikir itulah yang akan menenangkan diri. Sebab itulah huru-hara hari kiamat nanti berlaku akibat sudah tiadanya orang yang menyebut nama Allah. #isya
8. Maka berdakwahlah di atas jalan Allah. Ia akan meningkatkan iman dalam diri kita. Itulah pekerjaan yg terbaik. #isya

(9. Gambar syeikh yang bagi talk malam ini (tadi) . Diterjemahkan oleh Imam MWHS (Muslim Welfare House, Sheffield), Syeikh Abdul Aziz. #isya flpbd.it/mEBE)


Twitter: @faqihaqili
Tweet lain: Kenapa Berdakwah

Labels