Tuesday, 3 January 2012

Tweet "Kenapa Berdakwah?"


Tweet ini ditulis ketika pengisian bersama Ustaz Halim Abdullah, ketua Biro Dakwah ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) bertajuk "Kewajipan Berdakwah" di Lake District, England hujung Disember lepas.

01: Kenapa berdakwah? Lidah pasti berkata-kata; jadikannya terarah kepada ketaatan.
02: Kenapa berdakwah? Sedangkan semut dalam kisah nabi Sulaiman pun suruh kaumnya masuk sarang untuk elak dipijak. Inikan pula manusia.
03: Kenapa berdakwah? Itu tanda sihatnya iman. Seruan dakwah dalam al Quran ditujukan kepada mereka yang beriman.
04: Kenapa berdakwah? Cara untuk mengelak bahaya. Seperti analogi hadis orang yang berada di bawah kapal hendak mendapatkan air dengan cara menebuk bahagian bawah kapal. Orang yang berada di atas kapal perlu cegah.
05: Kenapa berdakwah? Elak laknat Allah seperti yang terjadi kepada bani Israel; kerana tidak mencegah kemunkaran yang berlaku dalam kalangan mereka.

06: Kenapa berdakwah? Sumber bantuan Allah. "wa layansuranna Allahu man yansarahu" Allah pasti akan menolong orang yang menolong-Nya [al Hajj, 22:40]
07: Kenapa berdakwah? Untuk dapatkan hasil. Kata-kata yang baik ibarat pokok yang baik; akarnya teguh, cabangnya menjulang ke langit, memberikan hasil buahnya.
08: Kenapa berdakwah? Banyak ganjaran seperti menjadi sebaik-baik manusia, sebaik-baik percakapan, pewaris para nabi, dimohonkan keampunan oleh warga langit, bumi dan ganjaran yang tidak putus-putus.
09: Cari cara untuk dapatkan rumah besar, pakaian "smart", makanan sedap, jawatan besar, isteri cantik pandai melayan dan sebagainya (di syurga nanti).
10: Setiap barang ada harganya. Sesiapa yang hendakkan martabat yang tinggi di syurga, hendaklah dia berada di martabat tertinggi semasa di dunia.


11: Yang berjuang awal tidak sama dengan yang bermula lewat, walaupun "kullan waada Allahul husna" Setiap mereka Allah janjikan kebaikan.
12: "Perlu berkorban, bukan mengambil faedah semata-mata."
13: "... kerana kamu kasihi dan prihatin kepadanya."
14: Untuk mengajak manusia kepada Allah, kita perlu dekat juga dengan Allah. Jangan sampai kesibukan berdakwah membantutkan proses tarbiyyah.
15: Analogi: Surat yang akan sampai ialah surat yang lengkap ada alamat dan setem.

16: Bayang-bayang bengkok datang dari objek yang bengkok. Bagaimana yang bengkok boleh tunjukkan ke jalan yang lurus?
17: Air mana yang boleh digunakan untuk bersuci? Sudah tentu yang mutlak dan suci.
18: "As long as the gradient is positive, wait for the time to come."
19: Analogi: Semakin banyak guna telefon bimbit, semakin kerap kita perlu cas telefon itu semula. Jika tidak, ia akan mati dan tidak berfungsi.
20: Trivia: "Fatal dosage" untuk pengambilan "panadol" ialah 16 gram. Begitu juga perkara-perkara yang hukumnya "harus" dalam hidup kita. Jangan sampai melebihi "fatal dosage".

21: Manusia yang paling berat tugas dakwahnya ialah nabi Muhammad saw. Maka tidak hairanlah Allah wajibkan ibadat kepada baginda ibadat yang tidak diwajibkan kepada manusia lain.
22: Orang yang soleh (baik) ibarat pokok plastik; cantik. Orang musleh (baik dan membaiki orang lain) pula ibarat pokok yang hidup; berkembang biak, memberi buah dan faedah lain untuk orang ramai.

Twitter: @faqihaqili.

Popular Posts