Rabu lepas, saja letakkan komen di Fb Warna Pagi IKIM.fm ketika mereka bincangkan tajuk "Iktibar dari Hijrah: Erti Persahabatan Sejati". Tak sangka pulak dapat dengar komen tu dibaca oleh Encik Pian dan Siti :)
Saja je hantar, sebab tahu emak kat rumah tu selalu dengan radio Ikimfm ni. Pernah dulu emak dengar nama anaknya ni keluar di radio Ikim untuk kiriman salam Aidiladha, tapi anaknya ni dah tidur masa tu, haha. Paling tak, niat asal dah tercapai :)
Komen bawah ini immadiately dibaca selepas dihantar ke Fb tu. Nak letakkan di blog ni, buat kenang-kenangan. Yang pasti, kalau nama disebut di kalangan penduduk di langit, pasti lebih menterujakan! :)
***
10 Sebab Abu Bakar ra Merupakan Sahabat Sejati ketika Hijrah.
- Bertanya Rasulullah dahulu ketika beliau ingin berhijrah
- Dipilih utk menemani baginda kerana beliau sahabat paling dipercayai
- Menyediakan tunggangan utk baginda dan dirinya utk berhijrah
- Ulang kali berada di hadapan, dan di belakang Rasulullah utk jaga keselamatan
- Sanggup dukung Rasulullah yang melicit kakinya utk mendaki bukit Tsur
- Masuk gua Tsur terlebih dulu untuk lihat jika ada sebarang bahaya
- Tak bergerak menahan rasa sakit digigit binatang yang menggigitnya ketika Rasulullah di pangakuannya.
- Ada anak bernama Abdullah ra yang berulang alik dari Mekah ke Gua Tsur sampaikan berita
- Ada anak bernama Asma’ ra yang berikan bekalan makanan ketika di Gua Tsur
- Sediakan jurupandu untuk perjalanan hijrah mereka ke Mekah dengan selamat
Tak syak lagi, memang Abu Bakar ra seorang sahabat sejati yang perlu kita dicontohi. Mudah-mudahan.
Azam untuk tahun ini:
Mendapat anugerah komen terbaik di Warna Pagi Ikim.fm :)
No comments:
Post a Comment