Sunday, 31 May 2009

Jika Betul-betul Ikhlas, ...

Susulan daripada Entri Pertama. Tertarik dengan tulisan Muhammad Abduh dalam buku Komitmen Dai Sejati. Sama-sama kita berkongsi.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka tidak akan banyak dai yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus laju dengan lancar untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu menanam prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka dia tidak akan peduli ketika ditempatkan di barisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika dia diangkat menjadi pemimpin yang boleh mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap dai, tidak ada waktu untuk terbuang sia-sia kerana dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Dai yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan segera menunaikan kewajipan kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikitpun. Semboyannya adalah 
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاق
“Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.”
[an Nahl, 16:96]

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan patuh dan taat tanpa berasa ragu dan bimbang. Di dalam benaknya tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.”

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata “ya” untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika komitmen para dai benar-benar ikhlas, maka setiap anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan kebijakan pemimpinnya dan mengakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.


Friday, 29 May 2009

Kenapa Nak Kena Bersama?

Entri kali ini lebih memberi semangat kepada semua utk konsisten n memberi komitmen sepenuhnya terhadap usaha pembaikan ummah ini. Bahkan inilah sifat yang diceritakan oleh Allah sebagai sifat ummat yang terbaik.

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[ali Imran, 3:110]


Kenapa kita bersama dan selalu bersama? Sebab ini merupakan salah satu cara yang terpenting untuk menjaga iman kita. Dengan selalu bersama, minimum sekali dalam setiap minggu iaitu melalui halaqah, semangat / himmah kita terhadap dakwah akan lebih terjaga.

Secara mudahnya, dengan bertemu dan bersama dengan orang yang memahami Islam dari sudut dakwah dan tarbiyyahnya, kita akan turut sama merasai atmosfera baik daripada mereka. Cara mereka bergaul, bercakap, apa yang dibincangkan sedikit sebanyak bukan lagi berfokus tentang dunia semata-mata, tetapi lebih kepada memanfaatkan dunia untuk tujuan akhirat.

Bahkan dengan persekitaran yang baiklah seseorang akan mudah terpengaruh untuk hidup dengan baik. Sebab itu konsistensi untuk bertemu ikhwah penting sebab selain untuk bertanya khabar dan mengupdate cerita tentang mereka, kita akan mengupdate juga tentang gerak kerja mereka.

Jangan sampai kita xberjumpa langsung sekali dalam seminggu. Sebab apabila kita hidup dalam lingkungan yang statik (xbaik, xjahat) atau dalam lingkungan yang negatif, sedikit sebanyak jiwa kita akan dipengaruhi oleh lingkungan tersebut.

Sedikit demi sedikit semangat kita untuk berdakwah dan mentarbiyyah akan hilang. Sedikit demi sedikit perasaan cintakan kenikmatan dunia akan datang. Sedikit demi sedikit perkara ini akan merosakkan semangat kita untuk berkorban, berjuang dan sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh. Disebabkan terlalu lama hidup dalam lingkungan yang senang dan tidak positif.

Oleh itu, sama-samalah kita mencari persekitaran yang baik secara berterusan. Liqa negeri sempena cuti ini, sebagai contoh, dapat melatih diri kita untuk mengetepikan perasaan kecenderungan untuk seronok dan bahagia kita terhadap rumah kediaman kita. Sebab kadang-kadang perasaan cinta terhadap tempat tinggal sedikit sebanyak mampu menghakis kecintaan kita terhadap Allah, Rasul dan jihad pada jalannya.

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
[at Taubah, 9:24]


Ingat, selain dapat bertemu dengan ikhwah yang insya-Allah terjaga mutabaahnya, kita juga akan terlatih untuk berkorban perasaan, harta dan diri untuk bertemu mereka walaupun sedikit sebenarnya yang kita korbankan.

Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap.
[HR Muslim]

Wednesday, 27 May 2009

Kenapa Perlu Jaga Amalan?

Persoalan yang kadangkala menimbulkan persoalan ramai orang. Dan kadangkala sikap kami yang terlalu mementingkan mutabaah ini menimbulkan pertanyaan banyak pihak, bahkan ada yang bersikap pesimis terhadap mutabaah ini. “Buat apa nak menunjuk-nunjuk, buat apa nak jaga betul-betul?”

Mutabaah atau menurut bahasa mudahnya cara untuk menilai amalan bukanlah suatu yang pelik sekarang. Sana-sini boleh jumpa dengan kertas mutabaah / muhasabah / checklist amalan. Tapi, itu baru dari sudut namanya. Yang paling penting sebenarnya ialah bagaimana kita memantau dan melihat mutabaah ini.

Perlu ditekankan, mutabaah bukan hanya sebagai nombor-nombor yang boleh dipandang ringan. Tidak wajar seandainya kita menulis mutabaah sekian, sekian namun langsung tidak terdetik langsung perasaan bersalah jika target yang ditetapkan langsung tidak tercapai. Bahkan jangan pernah ada sikap langsung tidak peduli, bahkan buat tidak tahu apabila melaporkan kebanyakan daripada ibadah yang dinilai tidak mencapai sasaran. Naudzu billah, jangan sampai kita bersikap sama seperti orang kafir sebagaimana dalam atsar sahabat, Abdullah b Masud, 
"Perumpamaan orang beriman yang berbuat dosa adalah seperti orang yang duduk di bawah gunung dia takut ditimpa gunung tersebut. Sementara orang kafir yang berbuat dosa seperti orang yang menepis lalat lewat di depan hidungnya.” 
[HR Bukhari]
Kenapa penting? Sebab benda inilah yang akan jadi alat ukur (walaupun tidaklah terlalu tepat) sama ada kita ini dekat dengan Allah ataupun tidak. Seorang yang terlibat secara langsung dengan tarbiyyah perlulah merasakan bahawa amat penting baginya untuk sentiasa dekat dengan Allah kerana dakwah yang perlu dijalankan sangat bergantung kepada-Nya.

Seorang yang mutabaahnya rendah, sangat sukar untuk diberikan sesuatu amanah dakwah. Sedangkan tanggungjawabnya dengan Allah sahaja dia sudah tidak mampu memberikan komitmen, inikan pula tanggungjawabnya untuk memerhatikan manusia dan membaiki sisi-sisi kerosakan dan jahiliyah padanya. Jika kepada Allah dia sudah tidak bersemangat, dari sudut aspek apa pula kita hendak memerhatikan semangatnya.

Suatu kebiasaan yang ana perhatikan, seseorang yang mutabaahnya bermasalah, lazimnya suatu hari nanti akan datang suatu konflik yang akan merosotkan semangat dan keinginannya untuk berkorban dan bersungguh-sungguh dalam jalan ini. Bahkan pernah juga melihat seorang ikhwah yang sangat minat menonton movie Hollywood, akhirnya memilih untuk meninggalkan tarbiyyah kerana konflik dalam dirinya sendiri, merasakan dirinya tidak sanggup berkomitmen untuk dakwah n tarbiyyah. Pastinya gara-gara nikmat tarbiyyah yang tidak lagi rasa sedap untuk dinikmati.

Sebab itulah, sempena dengan cuti semester ini, sangat-sangatlah dipinta untuk kita menjaga mutabaah masing-masing wahai kawan-kawan halaqahku. Jangan sampai jauhnya kita daripada-Nya menyebabkan kita tidak layak lagi untuk memikul amanah dakwah ini, lalu kita dihilangkan-Nya terus daripada jalan mulia ini. Jangalah berkira-kira untuk menjaga mutabaah ini sebab pasti, kita tak akan rugi di sisi Allah seandainya hubungan kita dengannya terjaga. Kelak Dia kan menjaga sesiapa sahaja yang sanggup menjaga hak-Nya.

هَا أَنْتُمْ هَؤُلاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
[Muhammad, 47:38]
اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
[HR Tarmizi]
Jangan sampai lamanya cuti kita di rumah menyebabkan jauhnya kita daripada Allah, lalu datanglah pelbagai godaan syaitan yang cuba menggelincirkan hati kita daripada jalannya. Pernah juga ana mendengar kata-kata, ada orang yang menjadikan cuti sebagai alasan untuk hatinya sejuk dan tidak bersemangat lagi untuk aktif menyampaikan Islam kepada umum. Inilah yang ana sangat-sangat takuti, mudah-mudahan semua kita dapat kembali daripada cuti bukan dengan semangat yang sejut, bahkan dengan semangat berkobar-kobar untuk mencari objek-objek dakwah yang baru di kampus masing-masing.

Tuesday, 26 May 2009

Mengikhlaskan Niat

Entri yang pertama akan berkisar tentang soal keikhlasan.

Kenapa keikhlasan? Sebab dah menjadi suatu kebiasaan sesama kami untuk saling mengingatkan terutamanya dalam setiap halaqah atau program diadakan agar dapat mengikhlaskan niat kerana Allah.

Kenapa perlu ikhlas? Dahulunya ana menganggap ini hanyalah suatu masalah kecil, dan apabila diperingatkan, selalu gak dipandang ringan tentangnya. Namun, sehari demi sehari, apabila diri dah menjadi dewasa, semakin matang, barulah semakin faham kenapa kita perlu ikhlas.

Kenapa perlu ikhlas?
Pertamanya, secara mudah, ikhlas yang dimaksudkan sini ialah beramal kerana Allah semata-mata. Setiap perbuatan, percakapan bahkan gerak hati kita, kita tau semuanya perlu dilandaskan dan didasarkan kepada-Nya sahaja.

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus
[Al Bayyinah, 98:5]

Entri ini, hanyalah untuk memberi penegasan dan semangat untuk diri ini sendiri dan kepada semua supaya sama-sama mengikhlaskan niat kita apabila dah terjatuh dalam kancah tarbiyyah ini. Bersihkan diri kita daripada keinginan mengejar harta kekayaan, pangkat, jawatan mahupun kawan-kawan yang boleh dijadikan partner business atau diambil kesempatan daripadanya. Bukanlah jugak untuk mengejar populariti dalam kalangan ikhwah mahupun akhawat sebab kadangkala ada juga manusia yang boleh berkecimpung macam2 bidang; politik boleh, ekonomi boleh, khidmat masyarakat boleh, leadership boleh, public speaking boleh, tarbiyyah pon boleh, asalkan populariti meningkat.

Bila dah xikhlas, akan hilanglah semangat kita sedikit demi sedikit. Sebab apabila cita-cita yang kita kejarkan itu sukar untuk dicapai dalam proses tarbiyyah ini, diri akan berputus asa. Sebab bukan semua benda yang kita inginkan boleh kita dapat dengan senang dengan mempergunakan dakwah dan tarbiyyah ni. Jalan ini bukanlah jalan yang senang dan Allah pasti akan memilih orang yang terbaik untuk terus berada di jalan ini untuk memperjuangkan agamanya. Kelak suatu hari nanti, pasti golongan yang hatinya masih tersangkut dengan dunia ini akan dibuang dan dilenyapkan daripada proses ini.

Masa dan Allah yang akan menentukan.

Apa pun, kita akan bergantung kepada Allah gak untuk ikhlas sebab kalau nak dikirakan godaan setan2 keliling pinggang kita memang banyak n susah utk dikalahkan. Bahkan inilah yang dikatakan Allah dalam al Qurannya

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlas di antara mereka."
[al Hijr, 15:39, 40]


Sifat mukhlas inilah yang kita cari. Kalau mengikut Bahasa Arab, mukhlas ini merupakan isim faail yang terbentuk melalui kata kerja majhul (atau dalam Bahasa Melayunya Kata Tak Transitif) yang bermaksud diikhlaskan. Bukan kita sendiri yang mengikhlaskan, tetapi Allah jua yang berkuasa menentukan.

Sebut pasal semangat ini plak, ni ada link kepada post yang berguna untuk budak2 kmb terutamanya. Entah siapa yang menulis, ambillah pengajaran, kritikan dan pujian dalam post ni sama2. Sila2kan la komen n berikan pendapat.


Labels