Friday, 13 May 2011

View All 114 Comments


Pernah tengok wall post di facebook yang sampai mencecah 100 komen atau lebih. Kebiasaannya isu-isu yang kontroversi. Yang komennya bukan picisan seperti hahha mahupun ikon :) ataupun LIKE 100x, tapi hujah yang sampai perlu klik [Read More...] untuk dibaca. Dan bila klik [View previous comments], dari atas sampai ke bawah, orang-orang yang sama je yang serang dan pertahankan hujah.

Ataupun pernah tengok mail thread di YG atau GG yang sampai beratus-ratus reply? Yang cecahan 100nya itu tak sampai pun 24 jam. Yang isinya bukan sembang kosong, tapi bersifat mari pertahankan Islam, sokonglah parti A, kenapa perlu perjuangkan B atau yang seumpamanya.

Atau kalau dalam dunia blog, followernya beribu-ribu. Entri dia beratus-ratus view dalam masa tak sampai sehari. Lagi mantap, orang terkejar-kejar nak menjadi first commentator di setiap entri. Mesti biasa kan. Atau secara literalnya, orang yang apabila dia bersuara sahaja, orang lain akan senyap, menantikan hikmah yang akan keluar daripada mulutnya. Lebih mantap lagi, orang yang sampai cuba ditiru cara dan gaya percakapannya.

Kawan saya pernah kata, dalam dunia ni, kalau kita ada dua perkara ni, memang orang akan pandang macho kepada kita, potensi kita besar, pengaruh akan meluas. Entah siapa la yang tak suka kalau dia ada dua perkara ni? Satu, hebat berkata-kata. Dua, badan yang fit.

Siapa yang suka kelihatan kalah berhujah, cakap tergagap, berhujah dungu di depan orang? Aku pun tak suka. Tapi apa gunanya menang di hadapan orang, tapi rupanya dalam hati, penakut tak seperti hujahnya yang berapi-api. Siapa yang suka kelihatan gendut, berperut boroi atau kurus melidi. Aku pun tak suka. Tapi apa gunanya otot besi, urat dawai, tapi ajak angkat sehelai selimut dari badan untuk solat subuh pun tak mampu.


Jangan sampai kitalah orang munafiq yang Allah sebut dalam al Munaafiqun, 63:4, ibarat kayu-kayu kosong yang tersandar.


Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?

Dan aku suka nasihat daripada kawanku ini. Tak salah untuk memiliki dua kelebihan tersebut, tapi pastikan pembinaannya seiring dengan pembinaan iman. Tak salah masuk berdebat, berlakon, tapi biarkan kita membumikan apa yang kita kata. Tak salah berbola sepak / work out / jogging setiap hari sampai slim n nampak 6 packs, tapi pastikan tough yang kita bina itu nanti disalurkan pada jalan-Nya.

Jangan nampak luaran sahaja hebat, dalaman pun cuba kasik hebat juga.
Ayuh gunakannya untuk kebaikan orang di sekeliling.

Popular Posts