Saturday, 30 October 2010

Bersusah untuk Iman

Perkongsian Halaqah Kami
Iman dengan Ghaib itu bukan senang, bukan juga mustahil

Bila menceritakan tentang iman, ia memang subjektif. Tak pernah ada alat ukuran yang spesifik. Tak semestinya apabila dah cantik rekod nombor dalam borang mutabaah, tanda iman dah stabil. Ia ukuran dalaman diri masing-masing. Diri sendiri yang tahu di mana tahap imannya berada. Dan diri sendirilah yang sedar apa yang perlu dilakukan bila rasa beribadah menjadi lesu.


Inilah apa yang kita selalu kata, iman tu maksudnya percaya. Ini yang menjadi perkara unik dalam agama kita. Kerana kita percaya perkara yang ghaib, yang tak pernah kita nampak, rasa mahupun dengar. Orang yang imannya up, dia percaya sepenuh hati bahawa dia akan bertemu jua apa yang telah dijanjikan. Yang imannya down, manifestasi iman melalui amalannya dah tentu tak jauh mana.

Sebab tu setiap apa yang dilakukan, biar terdorong dengan keimanan. Bahawa apa yang aku lakukan ini untuk kebaikan masa depan. Tak pernah merasa ruginya harta, terbuangnya masa mahupun sakitnya badan untuk berusaha menjaga level iman, kerana sedar bahawa akhirnya Allah akan pulangkan semula laburan tersebut kepada kita dengan tambahan berkali-kali ganda.

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.
[al Mulk, 67:12]

Siapa yang sanggup ketepikan rasa sejuk waktu pagi untuk berdiri bertahajjud. Entah siapa yang sanggup pikul rasa berat untuk infaqkan helaian-helaian duit yang entah berapa gram ringannya. Siapa juga yang sanggup menjaga bacaan al Qurannya ketika dia sedar bacaannya itu tak akan langsung dikira masuk menjadi credit hoursnya. Entah siapa yang sanggup pendamkan rasa penat, letih dan sedih apabila berurusan dalam medan dakwahnya.

Untuk diri sendiri, saya akan terus mendoakan, agar iman kawan-kawan sehalaqahku ini terus bertambah kuat, seiring dengan cantiknya rekod dalam borang mutabaah tu.


Sebab ia bukan seperti duit, apabila dah kumpul banyak dapat beli IPhone atau kereta 
Bukan juga seperti borang klaim, apabila dah siap isi borang, dapat elaun juga akhirnya 

Popular Posts