Thursday, 8 July 2010

Slow and Steady

Perubahan jangan dibuat tiba-tiba. Nak mengubah orang pun, jangan terus dipaksa. Perlahan-perlahanlah berubah. Ibarat nasihat Mustafa al Masyhur
Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan
Perkara ni pun ada kaitan dengan kisah jaulah kami sampai ke Negeri Sembilan minggu lepas. Hari terakhir, singgah di Nilai. Dari Gemencheh lagi driver Atos ajak makan. Ada restauran best katanya, Ice Room, dekat-dekat dengan Exit Nilai tu. Restauran Ais Krim. Layan je lah. Jarang boleh berjumpa dan makan bersama dengan ikhwah sejaulah ini. Duit takkan menjadi alasan, asalkan niat dan tujuannya baik.

Alkisah perut ni, dah lama xdisogok dengan ais krim yang sejuk. Kalau makanpun, sikit-sikit jer. Sekali datang Ice Room, semangkuk RM7.90 ais krim masuk dalam perut. Cakap dengan Encik Atos tu, boleh jadi demam aku macam ni. Balik tu, memang terus demam. Tersadai atas katil, tak buat apa-apa.


Betul la cakap orang, nak introduce something, memang kena slow-slow. Jangan disumbat semua benda terus. Penat dia nanti. Sakit-sakit badan macamtu. Aku kata, inilah sunnah alam. Patuhilah.

Alhamdulillah, sembuh daripada demam Asar sebelum result IB keluar. 
Mudah-mudahan inilah kaffarah dosa sebelum datang rezeki daripada-Nya.

Popular Posts