Friday, 28 January 2011

10 Sirah Terdahulu [KEMM1511]

Tujuan tulisan ini sekadar sebagai membawa hujjah kepada keutamaan menyatukan Umat Islam khususnya bangsa Melayu di atas satu agenda perjuangan, bukan hendak berdakwah kepada memuja Melayu, bangsa dan menindas golongan lain. Seruan memperjuangkan hak-hak Melayu berlandaskan Asobiyyah Jahiliyyah adalah bertentangan dengan aqidah saya.

Nak kasik tambah panas sikit KEMM1511 hujung minggu ini. Last Promo.
  • Apabila Allah memerintah Nabi untuk berdakwah secara terbuka, Allah memerintahkan Nabi memulakan dakwahnya kepada “‘asyirah al-aqrabin” yakni kaum keluarga terdekat. [asy Syuara’, 26:214]
  • Ketika Nabi saw naik ke Bukit Sofa dan memanggil orang-orang Arab untuk berdakwah kepada mereka, Nabi saw menyeru nama-nama qabilah mereka.. “Wahai Bani Hasyim.. Wahai Bani Abd Manaf..
  • Nabi saw apabila berada di Madinah menitiskan airmata apabila memikirkan Mekah tanah tumpah darahnya.
  • Apabila Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Nabi saw mengekalkan kewujudan kaum Muhajirin dan al Ansor.
  • Apabila ketua-ketua qabilah memeluk Islam di kalangan bangsa-bangsa Arab, Nabi saw mengekalkan mereka sebagai pemimpin kepada kaum mereka.
  • Nabi saw melantik para nuqaba daripada ketua-ketua qabilah yang sedia ada dengan mengekalkan kewujudan qabilah-qabilah tersebut.
  • Nabi memaafkan sahabatnya Hatib bin Abi Baltaah r.a. yang menghantar surat kepada keluarganya menceritakan kedatangan tentera Islam untuk membuka kota Mekah. Apabila alasan beliau melakukan semua itu hanya kerana kasih dan sayangkan keluarganya dan mengharapkan mereka terselamat bukan kerana mengkhianati Nabi saw, sedangkan Umar al Khattab r.a. meminta untuk dipenggal kepalanya.
  • Ketika sahabat-sahabat al-Ansor ingin melantik khalifah di kalangan mereka selepas kewafatan Nabi saw, abu bakar berkata bahawa Nabi bersabda “Al-aimmah min Quraisy”… lalu mereka membaiahkan Abu Bakar al Siddiq.
  • Apabila Islam datang ke Tanah Melayu, Empayar Kesultanan Melayu terkenal dengan namanya sebagai Kesultanan Melayu Melaka atau Tanah Jawi.
  • Pakaian jubah yang panjang dan berserban yang menjadi tradisi arab tidak diterapkan ke dalam tradisi pakaian kesultanan Melayu tetapi baju Melayu berseluar dan bersamping dan bertengkolok menjadi pakaian rasmi Melayu Islam sesuai dengan realiti alam Melayu yang berbukit, berbelukar, berpaya dan bersungai yang menyukarkan si pemakai jubah untuk berjalan.
Edit daripada: KEMM1511.net

Pendaftaran telah ditutup
Selamat Berkonvensyen!

Popular Posts