Thursday, 21 October 2010

Cerita Jaulah Kami

1st time buat report, sori ayat dalam entri ni kaku sikit =)
Dipublish juga di web Isma Eropah dengan nada (lebih) formal

Oldcastle

Berobjetifkan untuk memupuk nilai ukhuwah antara senior dan fresher, jaulah UK Utara ke Newcastle berjaya dilaksanakan dengan lancar pada hujung minggu lepas. Jaulah disertai lebih 20 orang yang rata-ratanya dari Sheffield, Manchester, Edinburgh dan juga tuan rumah, Newcastle.

Perjalanan yang diketuai oleh akhi Iqbal Hakim bermula selepas Isya. Menjejakkan kaki di bumi Newcastle di tengah malam minggu memang mencabar. Cuaca sejuk ternyata tidak menjadi penghalang kegembiraan mereka untuk membina ukhwah dengan teman baru di Newcastle.

Aktiviti bermula seawal Subuh dengan solat dan bacaan al Mathurat di Masjid Madina. Selesai sarapan ringan, gelanggang futsal menjadi tumpuan. Bermain dengan semangat yang padu, ditambah dengan pelbagai gelagat dan gelak ketawa, permainan tamat 4 – 2, dengan dua kad kuning dilayangkan. Yang penting bukannya keputusan, tetapi nilai kebersamaan yang dapat terbina.


Agenda diteruskan dengan melancong ke sekitar bandar Newcastle sehingga ke pesisiran pantai. Teruja dengan pemandangan, peserta jaulah mengambil peluang untuk bergambar mesra sesama mereka. Turut dilakukan, rakaman video promo untuk program musim sejuk akan datang: Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) 24 – 26 Disember 2010.

Video segar dari ladang. Tak edit lagi, even belum jadi public

Rezeki di Newcaslte memang murah. Makanan tengah hari dan makan malam seakan-akan terlebih cukup selepas menerima tajaan daripada kenalan di Masjid Madina. Akiviti diteruskan dengan tayangan mengenai perjuangan rakyat di Palestin. Akhir sekali para peserta dibiarkan untuk bersembang sesama mereka buat malam terakhir di situ.

Jaulah tamat keesokannya selepas solat Subuh. Slot muhasabah sebelum menaiki tren menutup agenda Jaulah UK Utara. Salah seorang peserta, Lathif menyifatkan jaulah ini sebagai menarik dan terharu mendapat layanan hebat daripada tuan rumah. "Jalan di Newcastle memang menyeronokkan walaupun saya pergi bukan untuk membeli barang. Senior memang banyak tolong. Dapat juga berkenalan dengan kawan dan senior baru. Pengisian pada malam itu juga bagus, tentang konsep pahala daripada Allah yang pasti seperti yang Dia janjikan."

Diharapkan ukhuwwah yang berjaya dibina dalam jaulah ini menjadi asas pemupukan nilai-nilai Islami yang lain seperti keikhlasan dan pengorbanan pada masa akan datang.

Mulut ternganga macam naga nak keluarkan asap. Hehhe

Jumpa di Old Trafford dua minggu lagi!

Popular Posts