Wednesday, 23 June 2010

Teka-teki Sahabat

Menyelongkar Tugasan Halaqah Lama-lama Dulu

Part I
| Part II

Kali ini, mari kita main teka-teki. Siapakah sahabat ra yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa berikut.
Jawapan dah di"font-putih"kan. Highlight untuk melihat jawapan.

Petikan diambil daripada ar Raheeq al Makhtum, berkisar peristiwa di Madinah, mengikut kronologi.

Marhalah Pertama
Abdullah bin Salam. Beliau merupakan salah seorang ahli agama Yahudi, semasa beliau mendengar berita kedatangan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah, yang turun di kalangan Banu al-Najar, segera beliau menemui Rasulullah, beliau mengemukakan beberapa pertanyaan yang tidak mungkin dijawabnya kecuali seorang nabi Allah, setelah beliau mendapati jawapan, segera beliau beriman dengan risalahnya, tidak sempat berubah tempat, dan beliau menegaskan kepada Baginda: Sebenarnya kaum Yahudi adalah satu kauin pendusta, sekiranya mereka mengetahui mengenai keislaman ku sebelum tuan hamba menyoal mereka nescaya mereka dustakan daku.

Stuktur Masyarakat Baru
Setelah mereka tiba di Madinah, Rasulullah terus mempersaudarakan antara Abdul Rahman bin Auf dengan Sa'd bin alRabi', sehingga beliau berkata kepada Abdul Rahman: Sebenarnya aku ini orang Ansar yang terbanyak hartanya, di sini aku hendak bagi dua, isteriku pun dua kau pilinlah mana seorang dari mereka yang berkenan dihati kau, dan aku hendak ceraikan, selepas selesai iddahnya kau kahwinlah dengannya.

Perang Badar
Kedua-dua mereka pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: "Saya Rasulullah". Tanya Baginda: "Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?" Jawab mereka: "Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka", maka sabda Rasulullah s.a.w: "Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya". Setelah selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra'.


Perang Uhud
... semasa Quraisy bergerak dengan tenteranya ke Uhud Jabir telah menjanjikan: Sekiranya kau dapat membunuh Hamzah bapa saudara Rasulullah sebagai menuntut bela ke atas kematian bapa saudaraku maka akan ku bebaskan kau, dengan itu aku pun keluar menyertai orang ramai, daku adalah keturunan Habsyah, biasa mengguna seligi ala orang-orang Habsyah dan jarang akan tersisih sasarannya, di ketika pertempuran sengit berlaku, ku memerhatikan di mana gerangan Hamzah, setelah ku dapatinya di celah-celah orang ramai seperti seekor unta gagah, beliau mengasak orang ramai, tiada siapa yang mampu membendung, demi Allah aku tidak menghirau sesuatu pun selain dari Hamzah semasa itu ku cuba bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu ...

Perang Banu Mustala' Atau Al-Muraisi
Allah (s.w.t) jua yang berkuasa mentadbirkan urusanNya di dunia ini, di situ Saidatina Aisyah terlena dek keletihan perjalanan, beliau sedar apabila mendengar laungan dari Safwan bin Ma'tal yang menyebut: "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun, Isteri Rasulullah? "

Perjanjian Al-Hudaibiah
Selepas Rasulullah selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda pun menyeru kepada sidang muslimin dengan sabdanya: "Ayuh sekarang kamu boleh bersembelih". Demi Allah tak seorang pun bertindak, hingga terpaksa Baginda menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang menyahut. Dengan keadaan berduka Rasulullah bangun dan masuk ke dalam khemah, menemui isterinya Ummu Salamah. Baginda menceritakan kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi respon kepada seruannya, maka jawab Ummu Salamah: "Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan itu?" Ayuh Rasulullah, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut apa-apa suruhan pun, kemudianjemput tukang cukur mencukur rambut tuan hamba".

Semoga berjaya!

Popular Posts