Saturday, 10 April 2010

Perang Besar

Dakwah itu hakikatnya akan sentiasa bergerak. Sama ada dengan anda ataupun tidak.
Jika tidak dengan anda, akan ada orang lain yang akan bergerak dengannya.

Dalam hidup, memang kita tidak akan pernah lari daripada menerima bebanan. Baik yang bersifat pilihan ataupun kemestian. Ia akan datang dan pergi, bertukar silih ganti.

Ibarat orang yang selalu work-out, kadang-kadang beban 30kg terasa boleh angkat senang jer. Ada masanya bila terasa ada sesuatu yang tak kena, cepat sangat rasa lenguh walaupun mengangkat beban yang sama beratnya.

Begitu juga bebanan yang dipikul seorang dai. Yang kerja khususnya bukan dai, tetapi juga seorang student, kawan mahupun seorang anak. Dakwah yang sifatnya Qaulan Tsaqila [al Muzzammil, 73:5] pasti akan menambahkan cabaran kepada pemikul. Analoginya, sedangkan manusia yang tidak memikul beban dakwah ada masa tension dan gentingnya, inikan pula dai yang ada tugasan extranya.


Pasti akan datang suatu masa, ketika meletusnya perang yang besar dalam hati. Ketika jumlah tolakan daya bebanan dari atas berjumlah 300 Newton, namun ternyata iman hanya berbaki 2000 Newton daya untuk mengangkatnya ke atas. Namun, digagahkan juga kakinya untuk terus bergerak memikul bebanan itu, walaupun terpaksa menyeretkan kakinya untuk mengharungi Safaran yang tidak Qasidan, yang Aradhannya juga tidak Qariban [at Taubah, 9:42].

Dirinya juga terpaksa bekerja lebih keras, untuk menyedapkan hati agar terus bersemangat mempejuangkan dakwah dan tarbiyyah. Ketika syaitan membisik-bisikkan ke dalam hatinya janji manis berupa ketenangan, keuntungan mahupun masa lapang yang bersifat tipu daya. Ketika matanya tersilau dengan kenikmatan, kesenangan dan keriangan yang Allah berikan kepada orang yang mengingkari-Nya. Ketika manusia lain memandang serong dan pesimis dengan apa yang dilakukannya. Hatinya sakit ibarat ditumbuk-tumbuk dan dicucuk-cucuk.

Tension! Tension! Tension! Sampai bila nak jadi begini? Adakah dia akan meletakkan garisan penamatnya sendiri pada perjalanan itu. Tidak! Kerana dia menyedari bahawa bukan haknya untuk menentukan di mana garisan itu, kerana dakwah itu sentiasa akan bergerak, sama ada dengannya atau tidak.

Ikhwah Fillah,
Di sinilah letaknya pergantungan kita kepada Allah. Ketika beban terasa sudah berganda-gana beratnya, itulah masanya anda diingatkan agar meluncurkan tubuh badan dan kepalamu ke tempat sujud, untuk mengadu sehabisnya kepada-Nya, walaupun terpaksa menangis, kerana di situlah posisi minimum jarakmu dengan Allah.

Di sinilah juga letaknya kepentingan qiamullail sebagai sumber tenaga tambahan. Bangun untuk meninggalkan tempat tidur untuk berdua-duaan dengan Allah, meluahkan rahsia yang terpendam dalam hati, yang anda tidak mahu adukan kepada manusia lain agar tidak dianggap tidak layak

Di sinilah juga letaknya kebaikan sembang-sembang iman yang pernah dilakukan Huzaifah dan Abu Bakar bersama Rasulullah selepas mereka berdua menyedari diri mereka bertukar munafik. Bertukar-tukar fikiran dan mendapatkan nasihat.

Paksa diri! Gunakan tenaga dalaman yang tersimpan. Lemak-lemak yang terkumpul perlu dioksidakan, ataupun gunakan saja tenaga daripada pembakaran protein, untuk mengelakkan diri kekurangan terdaya. Kerana yakinlah bahawa kemenangan ke atas kebatilan itu suatu kepastian.

Lenyapkan keraguan dan yakinlah bahawa Allah pasti membimbing kita untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki

Popular Posts