Fitrah - perkataan sinonim bagi Islam, seperti yang difahami dalam hadis “Setiap anak lahir dalam fitrah”. Maka Aidilfitri juga diertikan sebagai perayaan bersempena kembalinya kita kepada Islam, identiti kita yang paling berharga.
Ketika hari ini semakin kedengaran suara agar mencairkan identiti ke arah warganegara tanpa bangsa dan agama, eloklah Hari Raya Fitrah hari ini sedarkan kita bahawa maksud sebenar Hari Raya ialah kembalinya kita kepada identiti asal kita iaitu Islam atau fitrah.
Bukan bermaksud mengetepikan semangat berbilang bangsa dan agama di negara kita, namun kemajmukan itu sendiri berlaku apabila warganegaranya kekal dengan identiti masing-masing. Maka kenapa perlu kita hilang kebanggaan pada identiti yang paling berharga ini.
Salam Aidilfitri, moga Allah menerima semua amalan kita | تقبل الله منا و منكم