Friday 4 June 2010

Tafsir dan Tadabbur

Pertanyaan:
1. Apa beza antara mentaddabur dengan mentafsirkan ayat Al Quran?
2. Ada hadis yang melarang kita untuk mentafsir al quran tanpa ilmu disertai ancaman dosa. Walaupun benar, bagaimanakah takwil atau maksud hadis tersebut, tentunya darjat hadist juga kami perlukan

Hal tersebut kami tanyakan sebab dalam pengajian kami yang melibatkan orang umum, saat kami cuba mentaddaburi ayat Al Quran, seorang jamaah dikecam. Dan dinyatakan bahawa kita tidak boleh melakukannya, dan menyebut hadis tersebut.

Kalau kita tidak boleh mencuba memahami Al Quran, lalu bagaimana? Bukankah ayat Alquran kebanyakan ayat yang muhkamat dan jelas maksudnya.

Jawapan:
Assalamu `alaikum Wr. Wb.
Al-Hamdulillahi Rabbil `Alamin, Washshalatu Wassalamu `Alaa Sayyidil Mursalin, Wa `Alaa `Aalihi Waashabihi Ajma`in, Wa Ba`d

Tadabbur adalah aktiviti merenung dan meresapi makna yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim. Sedangkan tafsir adalah menjelaskan makna dan kandungan yang ada pada suatu ayat. Bezanya adalah yang satu merenungkan atau meresapi sedangkan yang lainnya adalah menjelaskan. Hampir sama, meskipun tetap ada bezanya.

Pengetian Tafsir
Tafsir itu berasal dari bahasa arab yang bererti menyingkap sesuatu yang tertutup. Dan secara istilah menurut Abu Hayyan, tafsir itu adalah ilmu yang membahas cara pengucapan lafaz Al-Quran Al-Karim, petunjuknya, hukumnya, baik ketika berdiri sendiri mahupun ketika tersusun dalam suatu rangkaian, serta hal-hal yang melengkapinya.

Penafsiran Al-Quran Al-Karim itu tidak boleh dilakukan oleh orang biasa, melainkan dilakukan langsung oleh Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW itu merupakan Al-Quran Al-Karim yang berjalan. Selain itu yang berhak menafsirkan Al-Quran Al-Karim adalah para sahabat Rasulullah SAW kerana mereka pernah hidup bersama Rasulullah SAW dan telah diakui sebagai penyebar agama Islam. Seterusnya adalah murid-murid para sahabat Rasulullah SAW yang telah menimba ilmu dari sumber yang asli.

Sampai kepada kita, semua tafsir itu sudah menjadi bentuk tulisan yang tersusun rapi berjilid-jilid. Semua itu tidak lain merupakan tafsir 'rasmi' yang berasal dari sumber yang asli, iaitu Rasulullah SAW, para shahabat dan tabi'in serta tabi'it tabi'in. Itulah yang kita sebut dengan tafsir Al-Quran Al-Karim, yaitu penerangan rasmi yang menjelaskan setiap makna Al-Quran Al-Karim yang kita dapat secara rasmi melalui riwayat-riwayat yang sahih dan boleh dipertanggungjawabkan kebenarannya.

Kalau pada hari ini kita mengenal istilah bahwa seorang ustaz menafsrikan sebuah ayat Al-Quran Al-Karim, sebenarnya dia bukan sedang menafsirkan, sebaliknya sedang membacakan tafsir Al-Quran Al-Karim dari kitab-kitab tafsir. Yang menafsirkan sebenarnya bukan dia, melainkan rentetan riwayat bemas yang bersumber daripada mata air yang murni.


Pengetian Tadabbur
Adapun mentadabburkan ayat Al-Quran Al-Karim itu berbeza maknanya dengan menafsirkannya. Kerana tadabbur itu maknanya meresapi, merenungkan dan menghayati ayat Al-Quran Al-Karim berdasarkan tafsir yang sudah ada. Sehingga bicara tadabbur merupakan kata-kata untuk membuka hati, sedangkan bicara tafsir adalah bicara riyawat yang tsiqah.

Ketika Allah SWT berbicara tentang orang yang tidak mendatabburi Al-Quran Al-Karim, disebutkan bahwa orang itu hatinya ada penutup, sehingga tidak dapat meresapi dan menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim itu 
[Muhammad, 47:24].

(setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Maka apakah mereka tidak mentadabburkan (memperhatikan) Al Qur'an ? ataukah hati mereka terkunci?
[Muhammad, 47: 24]

Tadabbur dan Tafsir Mesti Beriringan
Tentunya seseorang tidak dibenarkan merenung-renung sendiri atau mengarang-ngarang sendiri pengertian ayat quran hanya dari pemikiran dan apa yang terlintas di kepalanya. Apalagi hanya dengan membaca sekilas terjemahan yang sangat tidak lengkap itu. Sebab siapakah yang bisa mempertanggung-jawabkan bahwa hasil renungannya itu sesuai dengan maunya Allah SWT ketika menurunkan ayat itu ?

Kerana itu seorang yang ingin mentadabburkan Al-Quran Al-Karim wajiblah hukumnya merujuk kepada kitab tafsir yang muktamad. Kerana kalau tidak, maka yang terjadi adalah tafsir birra'yi al-mazmum, yaitu penafsiran Al-Quran Al-Karim dengan logik yang tercela. Tidak boleh dibenarkan isinya dan tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Kalau pun diterima seorang ulama menafsirkan Al-Quran Al-Karim dengan ra'yunya, maka ada banyak syarat yang perlu dipenuhi pada dirinya dan juga pada methodnya itu. Sehingga boleh masuk dalam kategori penafsiran birra'yi al-mahmud, dengan logika namun terpuji.

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,
Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

4 comments:

  1. ada jgk yg kdg2 kita mentafsir Al-Quran
    tp slalunya mentadabur je..
    x sampai lg tahap nk tafsir quran nh
    x silap time form 5 dlu..
    ustat ak bg tau kne ada 15 ilmu utk tafsir quran

    ReplyDelete
  2. Apa yang kami belajar dalam PQS Quran Sunnah pun sama gak.

    Usuluddin, Bahasa Arab, Fiqh etc

    Memang mendalam. Barulah terasa mukjizatnya al Quran yang besifat Jawami'u al Kalam

    ReplyDelete
  3. apa beza tadabbur dan tafakkur pula??

    ReplyDelete
  4. apa beza tadabbur dan tafakkur pula??

    ReplyDelete

Labels