Thursday, 25 June 2015

Ramadan di UK (II)


Aktiviti Ramadan tahun ini yang lain daripada yang lain ialah rehlah masyi. Lain sebab ia bukan sekadar jalan, tapi siap panjat dan turun bukit yang curam. Salah penganjur sebab tak pergi survey tempat betul-betul, tapi guna Google Map saje. Siap ada yang komen ini rehlah masyi standard orang Manjung.

Bertarawih dan berbuka pun ada drama. Sampai puncak bukit pun dah lewat petang. Bila turun bukit kena kejar train, nasib baik pandai tangguhkan masa train berlepas, dapatlah semuanya bergerak seperti yang dirancang awal. Apapun, selain mengingati peristiwa sahabat bergerak ke medan Badar alKubra yang penuh dengan pengaturan hikmah daripada Allah, program mengajar kita untuk hidupkan Ramadan dalam suasana berjemaah.

Sebelum bergerak ke London untuk balik Malaysia, sempat singgah ke Cardiff. Asalnya untuk ziarah baby ikhwah yang baru lahir, tapi tak dibenarkan atas sebab kesihatan. Cuma tak terasa rugi sangat turun ke Cardiff sebab keesokannya majlis graduasi ikhwah. 28 Ramadan, flight balik ke Malaysia. Terfikir juga kalau dapat pelepasan berpuasa sehari sebab bermusafir, rupa-rupanya flight attendant dah pesan awal-awal suruh puasa dan akan berikan makanan paling sedap untuk bersahur. Haha. Berpuasa di UK, berbuka di KFC KLIA.


Semuanya menjadi kenangan agar Ramadan tahun-tahun mendatang ni menjadi lebih baik daripada benchmark ini. Cabaran sebenarnya adalah untuk mengekalkan prestasi Ramadan dalam bulan berikutnya. Jika dapat kekalkan hafazan, bertahajud witir, bersyukurlah kepada Allah, mungkin inilah tanda penerimaan amalan. Namun jika tidak dapat, perlu gandakan lagi usaha agar momentum dan semangat itu dapat diraih semula.

Popular Posts