Friday, 17 October 2014

Ikut Cara Kita

Dedikasi untuk kawan-kawan se-UK,
atau sesiapa yang mungkin terpesona gaya Eropah di sana


Bila kita kata nak perjuang bangsa, mereka sindir nak jadi rasis macam EDL ke?
Padahal Islam sendiri iktiraf assabiyyah, macam Ibn Khaldun tulis dalam Muqaddimah

Bila kita kata Bumi ini Bumi Melayu Islam, mereka tanya bumi sana bumi British Kristian ke?
Padahal Allah sebut bumi ini milik-Nya, diamanahkan dan diwariskan kepada hamba-Nya yang beriman. Sejarah pun dah kata begitu, maka betullah, bumi ini kita yang berhak mencoraknya

Bila kita sekat tokoh liberal luar datang ke Malaysia, mereka kata tak patut, macam Home Office tak bagi Sheikh alQardhawi masuk negara sana
Padahal dalam Islam ada saddu zarai', menutup pintu-pintu masuknya kebatilan kepada umatnya

Bila kita haramkan pesta bogel, LGBT dan Oktoberfest, mereka kata itu hak mereka, human rights dan kebebasan bersuara
Padahal Malaysia negara Islam, suasananya tak mewajarkan perkara munkar dihebah-hebahkan dan dijadikan arus perdana

Bila kita tahan Bible ada kalimah Allah, mereka kata jangan, cuba bayangkan polis UK serbu masjid, rampas Quran di sana
Padahal Islam ada konsep hifzuddin, menjaga umatnya daripada didakyahkan fahaman asing

Bila kita mahu integrasikan Islam dalam pemerintahan negara, mereka kata tak bijak, nanti kembali ke Zaman Gelap
Padahal Islam ini syumul, bab politik dan negara pun ada, macam dalam Usul 20, Usul Pertama

Apa yang kita buat, sebab agama kita yang suruh.
Apa yang mereka buat, tiada kaitan dengan kita, entah agama mereka pun tak suruh.

Ikut cara kita.
Bagi mereka cara mereka, bagi kita cara kita.

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya.
[alMu'minuun, 23:71]

Popular Posts