Monday, June 17, 2013

Ayah dan Surah as Sajdah

Kata orang, ayah diingat selalunya pada teladan perilaku, jarang pada kata-kata. Kalau tentang ayah saya, antara yang kuat melekat dalam ingatan saya ialah dia basuh baju sambil menghafal surah as Sajdah.

Rumah kami masa kecil-kecil dulu takde la mewah sangat. Mesin basuh bukannya automatik. Ayahlah yang basuhkan baju kami. Mesin basuh hijau luar bilik air itulah tempat ayah luangkan masa. Atasnya tertampal sekeping kertas pada dinding; halaman surah as Sajdah yang ayah sedang cuba hafal. Ayah photostat, dilekatkan dengan sellotape besar warna biru.

Sambil basuh baju, lalukan air, terdengarlah ayah mengulang-ulang ayat yang dihafal. Ada masa terdengar "tatajaafa junuubuhum", ada masanya "wa lanuziqannahum". Kami adik beradik dengar je lah. Inilah ayah kami, tak jadikan alasan susah / dah terlambat untuk tidak menghafal al Quran.

Sekarang, mesin basuh dah bertukar automatik. Ayahpun dah selesai hafal surah as Sajdah. Mesin basuh hijau tu kami letak belakang rumah. Bila lalu ternampak mesin basuh tu, saya teringat ayah. Saya teringat surah as Sajdah.

Ayah yang memilih emak yang terbaik untuk kami
Pesan ayah, "kecik-kecik macam sekarang (dahulu) ni la bagus nak hafal al Quran. Kalau dah besar macam ayah ni, susah dah nak hafal. Lambat sikit. Macam-macam benda ada dalam kepala untuk fikir."

Ketika itulah bermulalah azam saya untuk hafal al Quran juga seperti ayah. Sementara kepala masih tak berserabut dengan hal-hal dunia.

2 comments:

  1. Wah, keluarga bahagia sangat abg Faqih huhu. Moga Allah sentiasa merahmati :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Berkorban (36) Bermanja (27) Binaan (162) Download (27) Ikhlas (21) Iman (91) Info (117) Kecairan (91) Keluarga (46) Kesungguhan (102) Kisas (12) Kmb (59) komitmen (72) Musafir (59) Mutabaah (25) Niat (18) Palestin (16) Pengumuman (59) Program (82) Semangat (7) Sheffield (44) taat (7) Tazkiyatun Nafs (145) Ukhwah (65) Ustaz (57)