Tuesday 26 February 2013

Sarapan Pagi

Ramai daripada kita, terlalu kenyang.
Sarapan pertama mereka di awal pagi ialah berita, facebook dan twitter

Alangkah bagus kita kenyangkan ruhani kita dahulu
Berpagi dengan al Mathurat, zikir dan al Quran
Sebelum mencari makanan pengisi perut pula

Ada yang bangun daripada tidur, tweet "selamat pagi semua"
kemudian sambung tidur semula

Dunia zaman sekarang -.-

Friday 22 February 2013

Politik Suku Agama Suku dalam Wajah Baru

Dahulunya kita kedengaran seruan agar Islam perlu diambil dari segi konsepnya yang syumul, lalu kita diajar untuk tidak memisahkan agama dan politik. Agama suku politik suku, adalah satu ibarat yang boleh membawa kita kepada kefahaman Islam yang salah.

Hari ini ada bid'ah baru, iaitu kita boleh melantik orang yang tidak beragama sebagai pemimpin utama politik/negara, kerana dia bersifat adil.
  • Adil yang dimaksudkan adalah pemerintahan yang bersih, telus dan tiada korupsi dan rasuah.
  • Agama adalah hubungannya dengan Tuhan, manakala adil adalah hubungannya dengan manusia.

Jadi tak kisah macam manapun agamanya, selagimana tak ada masalah dengan manusia, maka jadilah dia pimpinan yang selayaknya dilantik.

Ini juga satu kefahaman sekular yang harus ditentang, politik suku agama suku dalam wajah yang baru. Islam diambil dari sekadar neraca adil dan bersih, tapi lupa tujuan kepimpinan Islam adalah untuk
  • menundukkan manusia dengan sistem yang Allah turunkan,
  • menaikkan umat Islam sebagai umat yang memimpin dunia,
  • menghilangkan penguasaan kuffar ke atas umat Islam.

Orang kafir
  • takkan boleh menegakkan syariat,
  • takkan boleh menaikkan Islam,
  • takkan boleh menyatukan umat Islam

Adakah ketiga-tiga perkara tersebut setanding atau lebih rendah martabatnya dari ketelusan, good governance dan sifar rasuah ?

Mengapa tidak kita mengatakan bahawa nilai-nilai pengurusan tersebut akan tercapai dengan adanya
  • pemerintahan Islam yang kuat,
  • umat yang bersatupadu
  • syariat Islam ditegakkan?

Dengan itu kita mencapai apa yang Allah mahu, bertepatan dengan apa yang Nabi SAW sebut, sesuai dengan fitrah kemanusiaan yang selari tuntutannya dengan apa yang Allah turunkan.

Wallahua'lam.

Monday 18 February 2013

Ayah yang Soleh


Because taking picture with his father is too mainstream =)
Ramli Afifi, Students Union, Feb '13

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya"
[al Kahfi, 18:82]

Wednesday 13 February 2013

Tidak Dapat Dibebaskan Kecuali ...


Rasulullah saw telah diutus untuk menyampaikan risalah Islam ketika negeri Arab yang paling subur dan kaya tidak berada di bawah kekuasaan mereka, tetapi dikuasai oleh orang bukan Arab.

Seluruh wilayah Syam di utara berada dalam kekuasaan Rom; kepimpinannya diserahkan kepada pemimpin Arab yang bekerjasama dengan Rom. Seluruh wilayah Yaman di selatan tunduk bawah kekuasaan Parsi; kepimpinannya diserah kepada penguasa yang tunduk kepada Parsi. Orang Arab hanya berkuasa di Hijaz, Najd; dikelilingi oleh padang pasir tandus. Hanya sedikit terdapat beberapa lembah subur di sana sini.

Muhammad saw merupakan tokoh yang diberi penghormatan oleh pembesar Quraisy untuk meletakkan Hajarul Aswad. Mereka rela dengan keputusan yang dibuat oleh Muhammad saw sejak 15 tahun lalu. 

Sebagai keturunan Bani Hashim; nasab keturunan yang paling mulia dalam kalangan Quraisy, boleh sahaja baginda membakar nasionalisme Arab untuk mengumpulkan kabilah yang saling bertelingkah dan bermusuhan kerana wilayahnya sedang dijajah oleh Rom dan Parsi. Dengan melakukan sedemikian, baginda boleh mengangkat panji rasa kebangsaan dan nasionalisme Arab. Selanjutnya membentuk jaringan pemikiran nasionalis yang kuat di seantero Semenanjung Arab.

Jika sejak awal Rasulullah saw menyeru ke arah nasionalisme, kemungkinan besar pemimpin Arab akan menerima. Tetapi baginda memilih untuk menderita selama 13 tahun menentang para penguasa di Semenanjung Arab.

Mungkin ada orang yang berkata, "Setelah orang Arab terima, setelah tampuk kekuasaan berada di tangan baginda, setelah kehormatan berada pada diri baginda, Rasulullah saw boleh menggunakannya untuk menyampaikan risalah tauhid yang diterima olehnya daripada Allah. Kemudian membanteras perhambaan dan penindasan manusia ke atas manusia."

Akan tetapi Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak mengarahkan rasul-Nya ke jalan seperti itu. Dia mengarahkan untuk menentang arus dengan senjata "Laa Ilaaha Illa Allah" dan menanggung penderitaan yang dikenakan ke atas kelompok kecil mereka yang telah menerima dakwah ini.

Mengapa? Allah tidak mahu membebankan rasul-Nya dan orang beriman. Allah Maha Mengetahui bahawa bukan jalan seperti itu, bukan jalan ini yang dapat membebaskan bumi ini dari tangan para taghut (penguasaan zalim melampau); taghut Rom, Parsi, Arab dan sebagainya.

Bumi ini milik Allah, wajib diselamatkan kerana Allah. Tidak dapat dibebaskan kecuali untuk mengibarkan bendera Laa Ilaaha Illa Allah. Membebaskan manusia di muka bumi ini dengan menggantikan taghut Rom atau Parsi dengan taghut Arab bukanlah jalan yang benar.


Taghut ialah taghut, manusia merupakan hamba Allah semata-mata. Tidaklah mungkin menjadi hamba Allah semata-mata kecuali dengan meninggikan panji Laa Ilaaha Illa Allah.

Laa Ilaaha Illa Allah seperti yang difahami orang Arab yang memahami maksudnya; iaitu tiada penguasaan kecuali bagi Allah, tidak ada syariah kecuali dari Allah, tidak ada kekuasaan seseorang ke atas seseorang; kerana seluruh kekuasaan berada di tangan Allah. Nasionalisme yang dikehendaki Islam ialah nasionalisme akidah, yang mempersamakan antara Arab, Rom, Parsi dan seluruh nasionalisme di bawah panji Allah.

Inilah jalannya.

Edit daripada:
Fi Zilal al Quran (S. Qutb)

Monday 11 February 2013

Zon Selesa


Kita pernah berada di zaman selesa
Duduk usrah sahaja dah berasa cukup beriman

Takut untuk bergaul dengan masyarakat
Nanti tercemar dengan jahiliyyah

Takut untuk tajmi'
Nanti tak terlayan kerenah mad'u

Takut untuk handle program
Nanti akan menderita "kering"

Selepas laluinya sikit demi sedikit
Rupa-rupanya takut itu andaian sahaja

Ramai yang masuk masyarakat, tetap jauh daripada jahiliyyah
Hebat mentajmi', bahkan terbiasa dengan selok belok mad'u
Banyak berprogram, tanpa mengadu masalah "kering"

Sekarang masa untuk pilihan raya
Masa untuk sekali lagi keluar dari zon selesa

Wednesday 6 February 2013

Friends, We're Almost There ...

#1

#2


#3 (Sumber: facebook.com)
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

Maka perlumbaan pun dimulai.

Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya  hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: menggapai puncak tertinggi dengan tidak mendengarkan segala hal negatif!


#4 (Sumber: eramuslim.com)
Pada suatu acara semua yang mengikuti mukhayyam itu di perintahkan oleh komandan lapangan. “Kalian berlarilah mengelilingi lapangan ini sebanyak yang kalian bisa,” ujar komandan lapangan.

Semua peserta perkemahan berlari. Namun setelah beberapa putaran, sudah ada yang menyerah, dan mereka yang menyerah beralasan bahwa “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (al Baqarah, 2: 286), inilah yang saya mampu”,

Begitu pula orang-orang yang menyerah selanjutnya, mereka selalu beralasan dengan ayat ke-286 di surat Al-Baqarah tersebut, dan yang sisa pun semakin banyak yang menyerah, sampai tinggal Abdullah Azzam sendiri, beliau terus berlari mengelilingi lapangan tersebut, sampai akhirnya beliau pingsan.

Dan setelah sadar beliau ditanya oleh komandan lapangan “Mengapa anda berlari sampai pingsan begini, kan sudah saya bilang bahwa anda berlari semampu anda”, lalu Abdullah Azzam menjawab "inilah yang saya mampu, sesuai yang anda perintahkan"

#5 =)

Labels