Friday, 18 January 2013

Bagaimana Boleh Pahalaku Sebanyak Ini?


Dalam hidup, elok rasanya kita sentiasa siap sedia dengan benda yang tidak menyeronokkan, datang mengganggu kita. Bukannya berharap ia berlaku, tapi bersedia supaya kita tak terlalu sedih nanti. 

Benda baik yang "surprise" pula, tidaklah kita berharap-harap akan banyak kali berlaku. Tapi bila dah berlaku, kita pasti gembira dan bersyukur tak terhingga. Benda baik yang tak disangka-sangka ni memang menyeronokkan. 

Tiba-tiba dapat hadiah, ada orang datang tolong selesaikan masalah, soalan exam sama macam tahun lepas dan contoh-contoh lain, semuanya menyebabkan kita terkejut, tak sangka Allah masih lagi memandang kita, lalu memberikan pertolongan-Nya.


Cuma, kita pun pasti berharap situasi sama berlaku di akhirat nanti; tempat yang kekal abadi. Skripnya sudah ada, disebutkan Rasulullah dalam hadisnya. Tiba-tiba tak sangka, pahala menjadi banyak tak terjangka, memberatkan amal timbangan. Padahal usia dihabiskan, tidaklah banyak ke arah kebaikan.

“Ya Rabbi, bagaimana boleh pahalaku sebanyak ini?” 

Mudah-mudahan, Allah akan memberikan jawapan yang sangat meriangkan hati kita, “Ya, amalmu sedikit, dosamu berbukit; tapi inilah pahala tak putus dari ilham kebajikan yang kau tebarkan.”

Inilah konsep amal jariyyah. Faedah dan kesan yang berkekalan. 

Dakwah itu pun juga amal kebajikan, hebatkanlah.

Popular Posts