Tuesday, 16 August 2011

Cakap Kotor Batal Puasa


Syarat berpuasa bukan setakat perlu menahan makan, minum dan seks semata, tetapi juga kata-kata dan perbuatan buruk atau dalam bahasa Arabnya disebut Qaulu zzur. 

Tidak hairanlah kalau ada yang berfatwa bahawa berkata kotor / lucah / kasar dapat membatalkan puasa. Kerana asasnya ada dalam sebuah hadis.

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta / kotor (semasa berpuasa) maka Allah tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. 
[HR al Bukhari]

Literalnya kalau nak diikutkan, kalau Allah dah tak perlukan puasa kita, memang tidak berguna kita berpuasa kerana sudah terbatal. Kalau bercakap kotor di tengah hari, maka bolehlah terus mencari apa yang perlu dimakan untuk lunch. Tapi kita di sini menjadikannya sebagai syarat kesempurnaan sahaja.

Yang diinginkan adalah sikap berhat-hati dalam diri kita. Inilah yang disebut sebagai ketaqwaan, seperti dalam hadis analogi Umar yang menjadikan taqwa seperti berhat-hati melalui jalan berduri. Agar nanti keluar dari bulan Ramadan, terus berhati-hati dengan kata / komen / amal diri kita. Insya-Allah.

***


Uni Emirat Arab fatwakan berkata kotor/kasar batalkan puasa
ABU DHABI (Arrahmah.com) – Selama puasa di bulan Ramadhan, kaum muslim sebaiknya menghindari penggunaan bahasa kasar. Fatwa ini dikeluarkan oleh Otoritas Umum Urusan Islam dan Wakaf (GAIAE) di Abu Dhabi.

Menurut laporan Gulf News, yang dikutip oleh Emirates247 pada Minggu (14/8/2011), perilaku buruk atau mengumpat dapat membatalkan puasa.

Penggunaan bahasa kotor berkurang manfaatnya. Puasa harus membuat orang bersabar dan harus mengabaikan isu-isu yang bertentangan yang akan mempengaruhi emosinya, seperti yang dipaparkan dalam fatwa tersebut.

Kerana puasa itu adalah al Imsak, imsak itu adalah proses menahan. 
Dan proses ini merupakan latihan. Agar dapat mengejar status ketaqwaan

Monday, 15 August 2011

Penuh, tapi Baru Separuh

Separuh sudah Ramadan berlalu
Apa cerita, dah cukup produktif?

Ahmad ar Rasyid dalam bukunya, al Awaiq (Hambatan-hambatan Dakwah) ada menyentuh mengenai bulan.

1. Bentuknya bulat. Tak lonjong apatah lagi dalam bentuk shape poligon segi empat pentagon heksagon etc.
2. Selalu dipuji orang dan dimasukkan dalam sajak / simpulan bahasa.
3. Walaupun dipuji dan ditengok, bulan tetap diam tanpa suara. Tetap tenang walaupun hebat daya tariknya.


Maka begitu jugalah sepatutnya diri kita yang inginkan kesempurnaan. 
Mesti usaha hilangkan noda dalam hati kita.

Sunday, 7 August 2011

Tahi Ramadan

Istiqamah. Konsisten. Suatu perkataan yang gempak. 
Cabaran untuk melaksanakannya juga gempak.

Kalau nak imbau sejarah awal ramadan dulu, semua benda dah dimulakan dengan bersemangat. Kalau dulu sebelum Ramadan, boleh janji banyak benda. Macam macam penunjuk aras KPI diletakkan. Ada nak baca satu juz al quran sehari. Ada yang nak sedekah tabung masjid RM 10 seminggu. 2 subtopik buku untuk dibaca sehari , nak sahur setiap hari dan macam-macam lagi.

www.ismaeropah.com/ramadhan
Dan sekarang, tujuh hari dah berlalu. Boleh pandang belakang dan semak graf pencapaian Ramadan buat tahun ni. Kalau ada yang target Ramadan ni nak khatam al Quran sekali, optimumnya dah 7 habis juz buat masa ni. Begitu juga KPI lain yang dah ditetapkan untuk dicapai. Jangan semangat awal je, kalau tak nanti jadi macam tahi. Tahi ayam. Hangat-hangat tahi ayam.

Tapi biasalah, kalau dah ada lompang dan lubang tu, perlu curi masa segera untuk tampal. Tapi ingat, Ramadan masih berjalan, jadi kena kerja keras lagi untuk teruskan perjalanan ke depan.

Memang, konsisten dan istiqamah tu bukan mudah. Tak salah kalau lompang sana sini. Tapi biarlah di hujungnya nanti, perkara yang kita ingin istiqamahkan itu menjadi habit kita. Menjadi disiplin yang tak mahu kita langgarkan. 

30 hari itu memadai. InsyaAllah!

Teringat Ramadan 1425 pernah berazam tambah bacaan al Quran 5 mukasurat 
Tahun 1431 baru tercapai. Alhamdulillah masih kekal hingga ke hari ini

Tuesday, 2 August 2011

Magnet Ruhi

Kerana sirah itu perlu dibaca dan diceritakan untuk kita hayati
Bukan sekadar kosong seperti bacaan teks sejarah yang lain. 

Ketika memberi pengisian serius, sangat penting untuk pengisi untuk tune / bawa suasana masuk ke dalam suasana yang diperlukan. Ini sangat penting supaya objektif pengisian tersebut tercapai. Lagipun, kebanyakan hadirin biasanya sudah terbiasa dengan suasana santai / lawak ketika pengisian.

Pernah dalam sebuah daurah yang kami lalui, pengisi tiba-tiba sebak apabila menceritakan mengenai nasib umat Islam ketika peristiwa pemboikotan beramai-ramai di Fasa Makkah. Mana mungkin cerita terpaksa makan daun / tulang kering diceritakan dengan kosong mahupun dijadikan bahan lawak. Mendengarnya sahaja sudah boleh dijadikan suatu siri dalam slot "Bersamamu", bahkan lebih dahsyat lagi.

Kerana hadirin perlu sedar bahawa tujuan sirah seperti itu, diceritakan bukan untuk menjadi sekadar ilmu pengetahuan, tetapi seharusnya ditanggapi dengan serius seterusnya membawa kepada penghayatan dan semangat dalam tindakan. Di sini letaknya peranan / taklifan seorang pengisi, mengisi sehingga dia menjadi magnet ruhi; menarik hati-hati hadirin untuk menghayati pengisian yang diberi.

Maka begitu juga sepatutnya bacaan al Quran kita
Fain lam tabku, fatabaaku!

sumber
***

Pemboikotan Beramai. Tahun Ketujuh Kebangkitan [Sumber: ar Raheeq al Makhtum]
Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan itu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua mereka terkurung di lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh kebangkitan Rasulullah.

Tiga Tahun di Lorong Abu Talib
Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke tangan kaum muslimm.

Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan, kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. 

Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya.

Popular Posts