Friday, 27 May 2011

Btn Meru 2010

Teringat Btn dulu, OC kata nak post gambar kami abseiling dalam Fb
Sampai sekarang aku tak jumpa-jumpa lagi, haisy :)

Sekarang ni dah boleh nampak macam-macam status junior di Kmb yang cakap tentang Btn. Baru sedar, dah genap setahun rupanya kami lalui perkara yang sama. Aku secara peribadinya sangat suka dengan Btn Meru dulu. Selain abseiling n jungle trekking yang menghilangkan bosan, off course benda paling penting yang aku dapat daripada kem tersebut ialah isi-isi perlembagaan negara kita.

Yang aku nampak, perlembagaan Malaysia sebenarnya dah cantik (walaupun masih ada ruang untuk dicantikkan lagi). Dengan kedudukan istimewa Melayu, Islam, Agong, Bahasa Melayu etc yang dinyatakan dalam perlembagaan negara kita, aku lihat Islam di negara kita ni dapat aman dipertahankan. Di sinilah uniknya negara kita, sebab tak ada peruntukan yang sama di negara lain. Melainkanlah kalau perkara-perkara ini mula dipertikaikan. Kononnya atas dasar hak asasi manusia.

Baru-baru ni, ada orang bagikan aku kertas kerja yang panjang, bertajuk Pelan Pengukuhan Kedudukan Islam di Malaysia. Tulisan Haji Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan. Sebab aku rasa kandungannya releven dengan isu semasa yang berlaku sekarang di negara kita + nak raikan junior yang tengah semangat tinggi bila baru balik dari Btn ni, aku sharekan sebahagiannya di sini.. Bahagian yang menarik perhatian aku adalah beberapa salah tanggapan terhadap beberapa perkara dalam perlembagaan negara kita. Ini antara kandungannya. Moga ada manfaatnya.

Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.
Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...”

Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi – “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama resmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan - demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan.

Salah Tanggapan Ke 2 - Malaysia Negara Sekular
Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan.[v] Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”

Salah tanggapan ke 3 – Kedudukan Islam lebih rendah dari Perlembagaan.
Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan- tidak menafikan kedudukan Islam sebagai agama Negara, malah ia memartabatkan perkara 3(1) - Islam Agama Negara sebagai undang-undang tertinggi. Kenapa kita perlu menjunjung sistem dan prinsip Barat yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara? Sedangkan peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu adalah perkara yang pertama sekali disebutkan, dan diikrarkan oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan hingga tidak dianggap sebagai undang-undang tertinggi? Terserlah lah sikap hipocracy kelompok sekular dalam menanggapi kedudukan Islam dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang amat besar dalam sejarah Malaysia moden. Justeru salah tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati dan dipatuhi. Sebarang dasar dan undang-undang yang digubal mestilah tidak bercanggah dengan agama Negara dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan pemerintah.

Kesimpulan yang aku dapat: Perlembagaan negara kita dah cantik dan mampu untuk menjadikan negara kita Islam secara total, andai ditafsirkan dengan betul. Lagi cantik kalau semua dasar, polisi dan undang-undang negara kita digubal atas roh dan semangat Perkara 3 - "Islam sebagai agama Persekutuan". Harapan itu masih ada.

Kumpulan 10 KKM Oversea 31 - 4 Jun 2010 Btn Meru
Terjumpa satu kesimpulan cantik sorang ni buatkan hasil program Btn baru ini
Kesimpulan yang dia berikan : Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
Cantik hadamannya tu syeikh :)

Tuesday, 24 May 2011

Study, Exam dan Twitter

Study.
Walaupun nerd bunyinya, ia tetap jihad :)

Alhamdulillah, dua paper dah tamat. Tinggal satu lagi Khamis ni. Chemical Process. First year akan tamat beberapa hari je lagi, insya-Allah. Doanya, agar dapat selesaikan first year ini dengan cemerlang tanpa masalah. Tak sabar nak berkhidmat bakti untuk keluarga dan negara tercinta pula.

On the way Exam Math, 24 Mei
Musim exam kali ni, dapat habit baru untuk hilangkan penat. Terasa nak aktif bertwitter. Kotak twitter pun dah diletakkan dalam blog ni. Selain kacau-kacau kawan, ni antara produk yang berjaya dihasilkan; kultwit. Kuliah di Twitter. Ikhwah kita di Indonesia, macam-macam tajuk dorang dah kultwit. Terdetik idea nak mulakan kultwit ni ketika solat Subh hari Jumaat. Habis solat subuh, muncullah produk sulung ini. Topik pertama: Surah as Sajdah.

1. Sempena #jumaat mubarakah ni, nak cuba buat #kultwit yg pertama.
2. #kultwit mrupakan singkatan bg "kuliah di twitter". Menarik n cabarannya adalah pd pgunaan ayat yg ringkas n padat.
3. Tiba2 dapat idea untuk mulakan #kultwit tntg surah as #sajdah.
4. Minggu pertama ni, kita kenal dulu dgn kelebihan surah #sajdah ni. Insya-Allah
5. Dalam HR Muslim, ada disebut, surah #sajdah ni yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat subuh hari Jumaat.
6. Ia dibaca bersama dgn surah al Insan. Hal ata ala al Insan... Memang ini yg biasa kita jumpa di masjid / surau #sajdah
7. Dalam hadis lain, Rasulullah diberitakan xakan tidur kecuali apabila membaca surah as #sajdah dan al mulk.
8. Kedua2 waktu ni sgt menarik. Menjadi pembuka hari ketika subuh dan penutup mlm sebelum tidur. #sajdah
9. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Agar ia menjadi pegangan hidup kita selepas bangun hingga sebelum tidur. #sajdah
10. Lebih2 lagi, surah #sajdah ini turunnya di Mekah. Ayat2 Makkiah kan ciri2nya mbentuk akidah jati diri muslim.
11. Kata kawan saya, kurangnya penghayatan pada ayat2 Makkiah boleh menyebabkan lemahnya iman dlm diri seseorg. #sajdah
12. Jadi, bacalah #sajdah, moga terpelihara iman kita pada hari ini.
13. Buat penutup, moga kita dapat beristiqamah dgn surah #sajdah ini.
14. Surah pendek 3 mukasurat. Dan pasti, pahalanya pasti sangat xternilai di sisi-Nya. #sajdah
15. Wallahu A'lam. Moga dapat bertemu di #kultwit #jumaat akan datang. Selamat hari Jumaat!

Ini kultwit yang pertama. Cadangannya nak jadikan perkongsian mingguan untuk cuti summer ini. Kalau sebelum ni dah ada Qc di Holberry, inilah penggantinya di Malaysia nanti. Nak follow, boleh cari di kotak sebelah. Insya-Allah, moga Allah mudahkan agar dapat beristiqamah.

Musim exam ni la macam-macam movie orang promote. Adoi.
"Mihrab Cinta", "Aku Tidak Bodoh", "Valley of the Wolves"

Friday, 20 May 2011

Manusiakah Kita? ft. Hantu Kak Limah

Petikan ayat Quran dan hadis daripada hhutbah di Mwhs

Manusiakah Kita? Atau kita seorang hantu zombi?
“Perumpamaan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir mengingati-Nya, seperti orang hidup dengan orang yang mati
[HR al Bukhari]

Rumah kita ni rumah yang cantik ataupun rumah usang berpuaka / kubur?
Perumpamaan rumah adanya zikir di dalamnya dengan rumah yang tiada zikir di dalamnya, seperti orang hidup dengan yang mati”
[HR Muslim]


"Kak Limah" itu mungkin kita, atau mungkin juga orang sekeliling kita. "Rumah Kak Limah" pun mungkin juga rumah kita, mungkin juga rumah sebelah rumah kita.

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
[al Baqarah, 2:152]


Baru balik dari baca al Kahfi di Holberry
Insya-Allah, Holberry tu bukan "Rumah Kak Limah" versi Sheffield :)

Monday, 16 May 2011

Bangau oh Bangau

Bangau oh Bangau, kenapa engkau kurus?
Bagaimana aku tak kurus, ikan tak timbul timbul.

Suatu hari, bangau berjalan-jalan. Bangau disapa oleh manusia yang bertanya, "Bangau oh Bangau, kenapa engkau kurus?" Bangau termenung diam. Bangau terfikir, ikan yang tak timbul, pasti ada sebabnya. Kalau tiada ikan sekalipun, mengapa dia tidak mencari makanan alternatif lain. Bangau menyalahkan dirinya yang tidak berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Lalu bangau menyatakan azamnya untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Manusia yang bertanya itu terkejut. Dalam hatinya dia kagum, "Dunia sudah maju rupanya ..."

***

Sudah banyak kali, kalau kita menjawab persoalan dengan menyalahkan orang lain pula, sampai bila tidak akan muncul penyelesaiannya. Ibarat lagu Bangau oh Bangau.



***

"Kenapa ko bunuh perempuan tu?"
"Aku bunuh je perempuan tu. Ada orang lain tu, siap bunuh dan rogol lagi perempuan sorang tu. Kenapa tak tanya orang tu?"

***

Kenapa benarkan orang Kristian membina begitu banyak gereja dan dibina berskala besar, di tempat strategik, sedangkan penganutnya tidak ramai. Lagi pula gereja yang ada pada hari ini sudah lebih daripada mencukupi
Kalau kita tidak beri, mereka yang Kristian akan berhujah: “Kenapa kerajaan Kelantan membenarkan patung Buddha yang berbaring dan duduk begitu besar di sana sedangkan penganut Buddha atau bilangan orang Cina amat kecil?

***

Maknanya, apa juga fakta yang kita kemukakan, percayalah kita tidak akan menang, mereka akan mencari bukti dan seribu satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka ... Namun, jika sebaliknya berlaku, dan kita terus menjadi pak turut semata-mata kerana hendak menjaga hati orang, menambah undi untuk terus berkuasa, maka tunggu kehancurannya.

***

“Bangau oh Bangau”, watak yang membuang masa. Sungguh, banyak lagi situasi keliling kita yang tak saling tumpahnya ibarat lagu "Bangau oh Bangau" ini. Politik terutamanya.


[Idea daripada: Bertindak Sebelum Terlambat (Ridhuan Tee)]

"Kenapa P gabung dengan D"? "Ala, pergi tanya U, kenapa U gabung dengan M?"
Kan bagus kalau P berpakat dengan U, tak gaduh-gaduh

Friday, 13 May 2011

View All 114 Comments


Pernah tengok wall post di facebook yang sampai mencecah 100 komen atau lebih. Kebiasaannya isu-isu yang kontroversi. Yang komennya bukan picisan seperti hahha mahupun ikon :) ataupun LIKE 100x, tapi hujah yang sampai perlu klik [Read More...] untuk dibaca. Dan bila klik [View previous comments], dari atas sampai ke bawah, orang-orang yang sama je yang serang dan pertahankan hujah.

Ataupun pernah tengok mail thread di YG atau GG yang sampai beratus-ratus reply? Yang cecahan 100nya itu tak sampai pun 24 jam. Yang isinya bukan sembang kosong, tapi bersifat mari pertahankan Islam, sokonglah parti A, kenapa perlu perjuangkan B atau yang seumpamanya.

Atau kalau dalam dunia blog, followernya beribu-ribu. Entri dia beratus-ratus view dalam masa tak sampai sehari. Lagi mantap, orang terkejar-kejar nak menjadi first commentator di setiap entri. Mesti biasa kan. Atau secara literalnya, orang yang apabila dia bersuara sahaja, orang lain akan senyap, menantikan hikmah yang akan keluar daripada mulutnya. Lebih mantap lagi, orang yang sampai cuba ditiru cara dan gaya percakapannya.

Kawan saya pernah kata, dalam dunia ni, kalau kita ada dua perkara ni, memang orang akan pandang macho kepada kita, potensi kita besar, pengaruh akan meluas. Entah siapa la yang tak suka kalau dia ada dua perkara ni? Satu, hebat berkata-kata. Dua, badan yang fit.

Siapa yang suka kelihatan kalah berhujah, cakap tergagap, berhujah dungu di depan orang? Aku pun tak suka. Tapi apa gunanya menang di hadapan orang, tapi rupanya dalam hati, penakut tak seperti hujahnya yang berapi-api. Siapa yang suka kelihatan gendut, berperut boroi atau kurus melidi. Aku pun tak suka. Tapi apa gunanya otot besi, urat dawai, tapi ajak angkat sehelai selimut dari badan untuk solat subuh pun tak mampu.


Jangan sampai kitalah orang munafiq yang Allah sebut dalam al Munaafiqun, 63:4, ibarat kayu-kayu kosong yang tersandar.


Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?

Dan aku suka nasihat daripada kawanku ini. Tak salah untuk memiliki dua kelebihan tersebut, tapi pastikan pembinaannya seiring dengan pembinaan iman. Tak salah masuk berdebat, berlakon, tapi biarkan kita membumikan apa yang kita kata. Tak salah berbola sepak / work out / jogging setiap hari sampai slim n nampak 6 packs, tapi pastikan tough yang kita bina itu nanti disalurkan pada jalan-Nya.

Jangan nampak luaran sahaja hebat, dalaman pun cuba kasik hebat juga.
Ayuh gunakannya untuk kebaikan orang di sekeliling.

Sunday, 8 May 2011

Berhenti Sejenak

Kerana aku ingin bersama dengan orang baik walaupun aku bukan seperti mereka. 
Dan aku benci bersama orang jahat, meskipun aku serupa dengan mereka. 

***

Suatu hari Abu Hanifah rhm berjalan-jalan, tiba-tiba beliau terdengar orang berkata tentangnya: “Lelaki inilah yang menghidupkan seluruh malamnya.” Maka Abu Hanifah berkata: “Saya lihat manusia memperkatakan tentang diri saya sedangkan saya tidak melakukannya. Selepas saya mendengar ungkapan itu, saya sentiasa menghidup seluruh malam saya. Kerana saya malu dengan Allah lantaran saya disifatkan dengan perkara yang tidak saya lakukan dalam beribadah kepada-Nya.”

***

Malam yang gelisah itu, ketika rasa susahnya mengadap handout Design n Material, tak semena-mena terdengar lagu Rapuh yang keluar dari earphone. Berbetulan pula dengan wall post Dr Z yang dishare oleh seseorang di Fb. Lalu aku pun terfikir, entah bilalah aku akan update tarikh aku menangis kerana Allah.


Lalu aku teringat, kalaulah dosa itu sesuatu yang membusukkan, dah pasti tiada orang yang akan mendekati diri aku ni lagi. Astaghfirullah al Azim. Entah ini kali ke berapa sebutan ini baru keluar dari hati ini. 




Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya diri-Mu yang bertakhta

Wednesday, 4 May 2011

AV Referendum Esok

Baru habis pilihan raya Smsa Ahad lepas, tahniah untuk komiti baru
Harapan Baru untuk SMSA!

Khutbah Jumaat yang lepas, khatib cakap pasal perlunya kita sebagai orang Islam concern dengan isu yang terjadi di sekeliling kita di Uk ni. Jangan sampai jadi macam katak bawah tempurung. Takut nanti orang label orang Islam di Uk ni tak mahu terlibat dengan masyarakat, tak concern pada isu Uk atau label-label negatif yang lain. Kalau di Malaysia, ibarat Mat Bangla yang datang Malaysia untuk kerja cari duit, tapi langsung tak tahu isu semasa di Malaysia, seperti siapa Agong / PM kita, tak kisah kalau duit petrol naik atau tak dan lain-lain..

Esok, 5 Mei, Uk ada buat referendum. Nak undi sama ada perlu atau tidak ahli Parlimen (MP) kat sini dipilih dengan sistem yang baru. Sekarang guna sistem First-Past-the-Post (FPTP), macam kat Malaysia. Referendum kali ni cadangkan sistem sekarang ni ditukar kepada Alternative Vote (AV).

Sistem AV yang nampak macam complicated (Wikipedia)

Video bawah ni memang terbaik untuk explain AV dan FPTP ni. Kalau tak cukup, BBC ada berikan FAQ tentang perkara ini.


Ramai orang ajak ajak undi NO esok. Tapi kalau nak dengar kempen semua pihak, boleh try baca artikel ni. [AV referendum: Where parties stand]

Walaupun kucing bawah ni dah comel-comel, tak semestinya saya vote Yes esok. Tapi saya terbayangkan undi orang Islam di Malaysia yang berpecah bila habis tengok video ni.

Popular Posts