Saturday, 30 April 2011

3 Rahsia Nak Lepas Exam IB

All the best untuk junior junior Kmb
Ada rezeki, kita jumpa di oversea ni :)

Ib exam. Bila aku fikirkan semula, memang syok sangat bila paper terakhir dah habis. 2 tahun kesengsaraan buat Ib akhirnya tamat. Kalau nak tau sengsara macamane, tu kena tanya siapa yang amek Ib. Kata kawan aku, bukti sengsaranya buat Ib ni, kalau kita google / youtube perkataan "IB life" di internet, macam macam result yang kita jumpa. Yang horror pun ada. Tapi kalau google "A Level life" ker, atau life silibus persediaan lain, result yang keluar hampir semuanya tak memberangsangkan. Kalau tak percaya, sila try :) 

Kalau nak cerita point exam, daripada total 42 point, paling tinggi aku dapat, yang dah cuba sehabis baik pun adalah ketika Sem 1. Time tengah belajar silibus setaraf SPM. Sebab result SPM aku tip top sket, sem satu boleh la aku dapat 35, tinggi la jugak. Sem 2, point aku berkurang menjadi 33. Dan ketika Sem 3 yang busy tahap gaban tu, point aku berkurang dengan cantiknya, ikut arithmetic progression, jadi 31. Sebab aku ni bukan jenis yang genius + tak suka studi gila gila kot. 

Dah boleh mula bayangkan nombor apa yang akan tertulis atas Sijil IB nanti :)

Result ni aku bagitau bukannya apa, untuk bagitau bahawa input yang ada dalam kepala aku untuk dibawa masuk exam hall tu, tak la banyak mane. Tapi input yang dah masuk inilah yang aku belai dan jaga betul betul dalam kepala. Sebab tu aku kurang percaya kalau korang studi gila-gila last minit. Sebab biasanya akan end up berserabut akhirnya, sebab korang tercampur-campur dengan input input sebelumnya. Jadi, ini rahsia nombor satu: Belai Baik-baik Input yang Dah Ada - Jangan Study Last Minute.

Rahsia nombor dua: Jaga Emosi. Aku nasihatkan tenang tenangkanlah diri musim periksa ni. Jangan gelabah dan takut sangat. Kalau kita cool, memang senang untuk kita keluarkan apa yang dah ada dalam kepala kita ni. Kalau dah start marah, gelisah tak tentu hala, sedih-sedih, memang hari itu akan jadi "bad day" untuk korang. Kalau ada perkara yang menggangu diri, selesaikan dengan tenang.

Teringat kisah aku seminggu sebelum exam, laptop mahal kesayangan yang dibawa ke sana sini tiba tiba lesap sewaktu solat Subuh. Sebab aku ingat ada orang nak buat prank, aku biarkan sampai tengah hari. Tapi takde juga orang nak pulangkan. Akhirnya terpaksa naik jumpa HEM untuk report. Bukan belas kasihan yang dapat, tapi kena marah-marah 15 minit :) Tapi alhamdulillah, aku maintainkan hati ini tetap cool. Orang kata aku ni pelik. Bukannya apa, sebab aku sedar, kalau emosi tak stabil memang susah nak belajar. Jadi, tenangkan emosi selalu, dan "happy"kan diri k.

Dan tidak kurang pentingnya, Jaga Hubungan dengan Pemberi Rezeki Kita, Allah. Ini rahsia nombor tiga. Jaga solat jemaah lima waktu. Tambahkan dengan ibadah sunat. Perbanyakkan doa dan kebergantungan kepada Allah. Waktu macam inilah, Allah memang suka dengar rintihan kita agar Dia memberi kekuataan-Nya kepada kita. Tambahkan amalan ketaqwaan macamni, mudah-mudahan Allah berikan rezeki yang tidak disangka-sangka seperti dijanjikannya dalam at Talaq, 65:3. Ini penting, agar keputusan yang kita dapat nanti bukan suatu bentuk istidraj untuk menyesatkan kita.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya...

So 3 perkara aku dah bagitau korang. Belai Baik-baik Input yang Dah Ada - Jangan Study Last Minute, Jaga Emosi, dan Jaga Hubungan dengan Pemberi Rezeki Kita, Allah. Akhir kata, Semoga Berjaya!

Peringatan: Ni rahsia untuk lepas requirement Ib jer
Bukan untuk dapat 40 ke atas, apatah lagi 45 ツ

Tuesday, 26 April 2011

10 Perkara Anda Boleh Sembang tentang Gaza


Masa Rsp Sheffield dulu, sempat aku beli button "Save Gaza", Khai suruh, tanda membayar hutang kepada perjuangan membebaskan Palestin. Dan terus button tu tersemat pada kot aku, di bawa ke mana mana termasuk ke Cardiff baru ni. Memang ada kelainannya bila mula pakai button ni; rasa seperti perlu bersedia untuk ditanya dan dikaitkan dengan Palestin di mana-mana oleh sesiapapun.


Dalam perjalanan balik dari Cardiff baru ni, ada seorang nenek tua yang peramah menegur aku, bertanya tentang button yang aku pakai tu. Nasib baik dah dapat dua kali pengisian tentang Palestin ni, ada la perkara yang kami tukar tukarkan tentang Gaza. Cuma sebab waktu tu nak cuti Easter, panjang juga nenek tua ni membebel tentang Isa as yang baik hati tu.

Kalau nanti jadi perkara yang sama kat korang pulak lepas ni, ni cadangan sepuluh perkara yang korang boleh sembang tentang Gaza.
  • Gaza merupakan wilayah kecil Palestin yang menjadi kubu terakhir buat rakyat Palestin mempertahankan hak-hak asasi yang mereka miliki sejak sekian lamanya
  • Dengan hanya keluasan sebesar 363 km persegi dan penduduk seramai 1.5 juta menjadikan daerah kecil ini sangat padat dengan kependudukan yang tinggi.
  • Laporan terkini mendapati bahawa lebih dua pertiga daripada jumlah penduduk Gaza ini adalah pelarian yang menyelamatkan diri mereka dari wilayah-wilayah Palestin yang telah dijajah Israel sejak tahun 1948 lagi.
  • Kini Gaza yang seluas sekangkang kera telah dikepung tanpa peri kemanusiaan oleh regim Yahudi zionis sejak bulan Jun 2007 yang lalu.
  • Penderaan, penganiayaan dan pembunuhan yang semakin dahsyat dari masa ke masa ini telah mengakibatkan krisis di Gaza semakin kritikal dan dianggap sebagai krisis kemanusiaan terbesar di abad ini oleh pelbagai badan dan pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak asasi kemanusiaan sedunia.
  • Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan sebenar yang terjadi di Gaza pada awal bulan Mac 2008 yang lalu apabila lebih daripada 120 penduduk Palestin yang tidak berdosa dibunuh secara kejam dalam tempoh hanya seminggu. 
  • Konspirasi menyepi yang berlaku adalah satu jenayah yang lebih teruk daripada apa yang telah berlaku di Gaza baru-baru ini.
  • Tiada angka yang tepat bilangan jumlah bayi yang meninggal dunia kerana inkubator tidak dapat berfungsi kerana ketiadaan bekalan elektrik ataupun mati disebabkan kekurangan ubat secara berpanjangan.
  • Ramai penduduk Gaza sebelum ini yang meninggal dunia bukan kerana serangan udara Israel tetapi adalah disebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan.
  • Bahkan pada 20 Januari 2008, penduduk Gaza terpaksa hidup dalam kegelapan dan kesejukan yang amat sangat untuk beberapa hari di musim sejuk apabila janakuasa utamanya tidak lagi boleh berfungsi kerana tiada bekalan petrol yang mencukupi
[Sumber: Zainur Rashid Zainuddin, Palestin Dijajah - Di Manakah Solahuddinnya, 2009]

Kalau pakai button tu, at least ada sesuatu yang boleh dimodalkan. 
Beli jangan tak beli. Dah beli jangan lupa pakai pulak :)

Friday, 22 April 2011

Sistem Sokongan - Support System

Faham itu cantik kalau digandingkan dengan memahami

Untuk seronok-seronok jalan cuti Easter ni, saje aku join talk Road Show Palestin Dr Z dua kali; satu di Sheffield, lagi satu di Cardiff. Off course, banyak sangat persamaan dalam isi ceramah yang disampaikan. Cuma antara point Dr Z yang melekat dalam kepala aku ni ialah support system.

Sistem sokongan. Perkataan yang dulunya aku hafal dalam subjek Biologi tentang tulang belakang manusia. Yang aku belajar, manusia tanpa tulang belakang ibarat sotong; yang lembik ke kiri ke kanan. Manakan si sotong dapat hidup berdiri di atas darat. Begitu juga seorang pejuang tanpa sistem sokongannya, akan terbantut dan tempang pergerakannya.

en.wikipedia.org

Kata Dr Z, anak isteri merupakan komponen penting dalam sistem sokongan. Siapa yang tidak teringinkan seorang isteri yang memahami perjuangan si suami. Rela ditinggalkan di rumah untuk mendidik anak. Atau mungkin rela adanya hari yang berlalu tanpa suami di sisi. Bahkan selalu mengapi-apikan semangat suami untuk tabah meneruskan perjuangan.

Siapa juga yang tak inginkan anak yang cerdas melontarkan idea sokongan. Bonus jika ada anak yang berani menegur langkah si ayah. Atau setidak-tidaknya anak yang cukup menjadi [Qurratu A'yuni] penyejuk mata seperti dalam al Furqan, 25:74. Ketiadaan sang ayah bahkan melatih mereka bersifat matang dan mandiri, bukannya semakin rosak sehingga menjejas reputasi perjuangan si ayah.

Tapi untuk orang yang tak kahwin lagi ni, carilah sokongan daripada mak ayah n adik beradik. Teringat pula dialog aku sehari sebelum SOS di Sheffield; sempat aku telefon Malaysia, nak minta berkat sket daripada parents untuk kendalikan majlis ni. Yang terharunya, apabila aku menceritakan tentang tema RSP kami ni iaitu Searching for Salahuddin, yang mak aku komenkan tentang Salahuddin al- Ayyubi ini adalah hebatya baginda dalam tahajjud dan bangun malamnya.

Tersentak aku dalam diam, mula aku bermuhasabah bagaimana kualiti solat malamku. Ironi juga, jika hajat di hati menganjur program ingin mencari Salahuddin, tetapi sesi ekslusif dengan Tuhan di waktu malam diabaikan. Salahuddin seperti apa yang ingin dicari sebenarnya. Kekuatan perubahan daripada siapa yang diharapkan jika doa dengan Allah dilupakan. Cukup nasihat si ibu ini untuk memberi semangat kepada anaknya untuk terus memantapkan langkah ke hadapan.

Sistem sokongan. Tanpanya akan tempanglah gerakan seseorang al akh. Moga kuat mencengkam akar sokongan kita.

Monday, 18 April 2011

Khutbah yang Mantap

Khutbah merupakan masa ketika orang rela untuk mendengar nasihat daripada khatib
Rugi kalau peluang itu tidak dipergunakan sebaiknya

Selepas mendengar khutbah yang mantap dan mengancam Jumaat lepas, terkeluar idea untuk buat talk dalam versi movie. Ok, inilah hasil kerja yang pertama, terimalah Khutbah Jumaat 14 Apr 2011 di Muslim Welfare House of Sheffield (MWHS) bertajuk Ujian Solat Subuh: Kepentingan dan Tips untuk Melepasinya. Ye la, subuh hari ni je masuk 4:10 pagi n habis 6:01 pagi.

Secara ringkasnya, khutbah ni tentang ujian yang kita duduki setiap hari: Solat Subuh. Apa gred yang kita capai setiap hari dalam seminggu ini. Mungkinkah cemerlang seperti gred A, atau cukup-cukup makan untuk gred C, atau langsung fail untuk gred F? Kenapa solat subuh, dan bagaimana caranya untuk lepas ujian ini dengan "flying colours". Mari bermuhasabah.



Serius, ini merupakan suatu contoh khutbah yang besh dan ditunggu-tunggu. Moga lahir ramai khatib seperti ini suatu hari nanti, terutamanya di bumi Malaysia sana.

Salahuddin al Ayyubi tak pernah miss solat berjemaah, 
kecuali beberapa waktu sebelum kemangkatannya. Kita bagaimana?

Teaser untuk Entri Akan Datang
Cari persamaan antara dua gambar di bawah

Thursday, 14 April 2011

GBP 642. Terima Kasih!



Akhirnya ia berjaya dilaksanakan.
Tahniah kepada semua tenaga kerja, hadirin dan pemberi sokongan



Dan diumumkan: Jumlah Kutipan untuk Palestin pada 13 April sahaja di Sheffield sebanyak
GBP 642
hasil daripada makanan, buku, barangan yang dijual, frame gambar yang dilelong, tabung yang dijalankan.


Moga Allah menggantinya dengan sebaik-baik balasan yang banyak.

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
[al Baqarah, 2:274]
Yang penat itu akan hilang
Yang bermanfaat itu akan berkekalan

Sunday, 10 April 2011

Top 5 Lagu Santai yang Best

Untuk komiti Santai,
Korang memang best! Tahniah.

Semalam kami ada event, SANTAI atau nama panjangnya Sheffield Acoustic Night. Ala-ala konsert macam Malaysian Night / Geek Night. Kalau ikut penerangan dalam laman web, objektifnya memang mantap, suatu transformasi yang baik, aku kira. "... as a medium for any talented person who are interested to perform in a very relaxed atmosphere while conserving the good messages, following the syara’ and respecting the norm of the society."

Bak kata Raihan:
berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.

Mula-mula sebelum persembahan, siap ada tayangan video lagi, memetik ucapan Dr Asri / Ustaz Azhar dan Fatwa al Qardhawi tentang hiburan. Nak bagitau yang hiburan ni suatu fitrah bagi manusia, dan manusia tak mampu menafikannya. Macam-macam kisah dari sahabat diceritakan. Kesimpulannya, hiburan nyanyian itu harus dan tiada dalil qat'ie mengharamkan alat-alat muzik. So, let's have FUN!

Ok dalam banyak banyak persembahan yang ada tu, ni dia list top 5 yang aku suka dan enjoy mendengarnya. Aku kalau bab lagu ni, rentak yang aku consider dulu sama ada lagu tu best atau tak. Kalau lirik dia pulak bawa mesej yang mendalam, terus lagu tu aku jadikan lagu favourite yang akan selalu aku dengar.

5. Semangat yang Hilang

Malu bertanya kawan Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan Di lubuk hati terbenam

Entah la aku tak dapat cari kat mane bestnya lagu ni. Rentak santai. Dan mungkin sebab lagu ni pasal semangat n semangat dalam diri aku ni kejap naik turun kejap ada hilang, tu sebabnya lagu ni jadi best kot.

4. Mirae

Impian selalunya dari langit yang tinggi
Aku takut tak dapat mencapainya, tetapi aku tetap berusaha

Kali terakhir aku dengar lagu Jepun ni, semasa zaman sekolah dulu. Liriknya mendalam; mengenai masa depan. Rentaknya pun masuk. Mantapnya lagu ni sampai tak cukup dengan terjemahan, siap ada yang buat lagu ni dalam versi Bahasa Melayu lagi.

3. Bukan Kerana Nama

Dengarkan bersama Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih Pada sesama insan Dan menyatakan kasih sayangmu

Lagu ni mengusik aku untuk bermuhasabah tentang keikhlasan dalam perbuatan seharian aku, terutamanya tulisan yang aku publish dalam blog ni, wall fb dan di tempat lain. Bukan banyak like yang dicari, tapi kesan keikhlasan yang aku alami.

2. Permata untuk Isteri

Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan

Bila dengar lagu ni, memang teringat pada pasangan suami isteri paling bahagia yang aku ada sekarang ni. Tak lain tak bukan ayah dan mak aku. Faktor rindu famili yang menebal dalam diri aku ni mungkin menambahkan lagi kesan lagu ni. Dengar lagu ni, rasa macam nak je dedikasikan lagu ni untuk mak aku bagi pihak ayah aku. Ye la, aku kan mane ade isteri lagi =)

1. Selagi Ada Rindu

Selagi ada waktu Selagi ada rindu
Biar beribu batu Ingin aku bertemu

Ok, ni lagu yang layak dapat tempat no satu untuk event ni. Walaupun macam femes, ni kali pertama aku dengar. Persembahan oleh Abg Safuan. Sebelum nyanyi, dia kata lagu ini untuk memperingati Rasulullah saw. Dan ia memang masuk dan menyentuh hati. Lebih hebat daripada nyanyian Kristal atas ni, mahupun Pak Long. Persembahan yang superb, ditambah dengan respond baik dari audiens. Thumbs up!

Kesimpulan yang aku buat, penganjuran kali pertama event ni memang mantap, dan ruang pembaikan masih banyak lagi. Apa-apapun, bravo.

Dan, yang pasti lagu yang live dengar time Santai 
lagi best daripada dengar di Youtube :)

Wednesday, 6 April 2011

Hanzalah dan Thermodynamic


Mungkin kita ada fikir, apabila Quran banyak menceritakan tentang akhirat, syurga neraka dan macam macam perkara ghaib lagi, manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan. Nampak macam betul. Tapi hakikatnya tidak. Manusia yang membaca al Quran itu masih lagi lalai dan terpengaruh dengan dunianya.

Kenapa ye? Sebab ikut logik alam pun, sesuatu benda yang tak dijaga, pasti akan menjadi rosak dan usang dengan sendirinya. Degraded / turun ke stage atau level bawah.

Ibarat air, pastinya akan mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan rendah. Sebabnya, tidak ada air yang bergerak dari bawah ke atas melainkan adanya tenaga daripada pam atau haba untuk menyejatkanya. 

Ibarat manusia, kalau ditutup matanya dan dibiarkan berjalan lurus [as Sirat al Mustaqim?] keseorangan, dia akan menyimpang juga ke kiri dan ke kanan, walaupun pada mulanya dia dah set kaki dada dan postur badannya akan bergerak lurus. Melainkan adanya orang di sebelahnya / dari jauh memberikan panduan / arahan agar dia dapat bergerak dengan lurus.


Ibarat hukum thermodinamik kedua, sesebuah sistem itu akan menjadi semakin kacau dan huru hara jika dibiarkan begitu sahaja, melainkan kalau ada tenaga dari sumber luar yang datang untuk membaiki.
The Second Law says that entropy always increases in a closed system. Entropy can decrease in an open system only if energy is received from an outside source.

Ibarat ayat dalam surah at Tin yang memberitahu bahawa kita pada asalnya sudah merupakan sebaik-baik kejadian, tapi secara sendirinya status kita akan jatuh terhina, melainkan adanya unsur iman dan amal soleh.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
[at Tiin, 95:6]


Ibarat Hanzalah r.a yang pernah akui kemunafikannya apabila terpisah daripada majlis Rasulullah. Kerana bagi dirinya, membiarkan imannya berada di rumah bererti merosakkannya perlahan-lahan.

Maka, apa kesimpulan yang dapat kita peroleh? 
Make efforts brother!

"Ubat Hati kan ada 5 Perkara!" :)

Saturday, 2 April 2011

Mesti Kita Rasa Seronok Kan Kalau...

40 Jam Keluar daripada Kesibukan Dunia Jap
Mode 40 Hours Program sekali lagi

Kat syurga nanti, setiap orang daripada kita ni ada rank / level masing-masing. Terpisah-pisah. Mengikut amal dan kesungguhan kita di dunia ni. Kata Sheikh Omer dalam program tadi, kalau orang yang level tinggi, dorang boleh turun untuk lawat orang yang level syurganya rendah, tapi orang yang level rendah tak boleh naik melawat orang yang level syurganya tinggi.

Tapi kalau yang berbeza level itu ada hubungan ahli keluarga, Allah akan naikkan ahli keluarga yang levelnya rendah tu, untuk sama-sama berada di level syurga ahli keluarga yang tinggi. Ada reunion. Barulah jadi One Happy Family at Home Jannah.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
[at Thur, 52:21]


Mesti kita rasa seronok kan? Kalau mula-mula ahli keluarga kita ada yang level syurganya rendah, tapi sebab dalam ramai-ramai ahli keluarga kita tu, level kita paling tinggi, lalu kita dapat buat reunion kat dalam syurga level kita. Besar jasa kita pada waktu nanti tu kan?

Saya sayang ahli keluarga saya, terutamanya mak bapak saya :)
Saariu!


Macam-macam cerita lawak yang kami dah dengar akan berlaku di syurga nanti
Banyak kali kami tergelak-gelak :) Ihik3

Popular Posts