Tuesday, 2 August 2011

Magnet Ruhi

Kerana sirah itu perlu dibaca dan diceritakan untuk kita hayati
Bukan sekadar kosong seperti bacaan teks sejarah yang lain. 

Ketika memberi pengisian serius, sangat penting untuk pengisi untuk tune / bawa suasana masuk ke dalam suasana yang diperlukan. Ini sangat penting supaya objektif pengisian tersebut tercapai. Lagipun, kebanyakan hadirin biasanya sudah terbiasa dengan suasana santai / lawak ketika pengisian.

Pernah dalam sebuah daurah yang kami lalui, pengisi tiba-tiba sebak apabila menceritakan mengenai nasib umat Islam ketika peristiwa pemboikotan beramai-ramai di Fasa Makkah. Mana mungkin cerita terpaksa makan daun / tulang kering diceritakan dengan kosong mahupun dijadikan bahan lawak. Mendengarnya sahaja sudah boleh dijadikan suatu siri dalam slot "Bersamamu", bahkan lebih dahsyat lagi.

Kerana hadirin perlu sedar bahawa tujuan sirah seperti itu, diceritakan bukan untuk menjadi sekadar ilmu pengetahuan, tetapi seharusnya ditanggapi dengan serius seterusnya membawa kepada penghayatan dan semangat dalam tindakan. Di sini letaknya peranan / taklifan seorang pengisi, mengisi sehingga dia menjadi magnet ruhi; menarik hati-hati hadirin untuk menghayati pengisian yang diberi.

Maka begitu juga sepatutnya bacaan al Quran kita
Fain lam tabku, fatabaaku!

sumber
***

Pemboikotan Beramai. Tahun Ketujuh Kebangkitan [Sumber: ar Raheeq al Makhtum]
Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan itu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua mereka terkurung di lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh kebangkitan Rasulullah.

Tiga Tahun di Lorong Abu Talib
Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke tangan kaum muslimm.

Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan, kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. 

Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya.

Popular Posts