Tuesday 29 March 2011

Sudut Kopi I

Dengan apologi kepada Akmal Hayat
Budak Imperial yang hebat

1
Orang yang bertimbang rasa adalah mereka yang apabila dia masuk sesebuah tandas, tandas tersebut menjadi lebih kemas dan bersih apabila dia keluar.

2
Apabila kita memarahi / tidak puas hati pada seseorang, sangat tinggi kemungkinan kita berasa diri kita betul, berasa lebih baik daripada dirinya, dan miliki tahap ego yang tinggi ketika itu.

3
Berapa ramai yang bersyukur ketika bangun di pagi hari apabila mata masih dapat melihat, rumah tak dimasuki pencuri, kencing masih boleh dibuang lagi.

... membataskan aktiviti seharian, bahkan mewujudkan rasa tidak selesa ...


Selepas terjumpa satu lagi slot di Ikim.fm yang lebih kurang hebatnya dengan Tafsir bersama Us Zahazan. Bersama Prof Muhaya Muhammad, Pakar Mata Opthalmology dalam Slot Islam itu Indah. Rabu 10 Pagi (3 Pagi UK) dan Ulangan Khamis 1 Pagi (Rabu 6 Ptg UK)

Terkenang slot slot kami dimuhasabah Cikgu Mariah di Kisas dulu
Berderu deru kata hikmah keluar untuk mematangkan kami. Terima kasih cikgu.

4 comments:

  1. Betul, suka sangat tazkirah Cikgu Mariah!!!! Wah!!!!!!

    ReplyDelete
  2. haha. tajuk tu membuatkan aku lebih cepat kemari.. ;p

    ReplyDelete
  3. Membekas. Itu yang teringat sampai sekarang :)
    Bila dengar talk Dr Muhaya ni, rasa tak tumpah, lebih kurang jer dua personaliti ni. Kata-kata yang penuh hikmah, yang betul-betul fire kena diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  4. Saya pencinta Bahasa Melayu :p

    ReplyDelete

Labels