Saturday 12 February 2011

Stand Up!

You and I have the power Think good of one another
So stand up and take our places And do what we do better


Laungan merdeka mereka akhirnya termakbul. Apa yang disifatkan sebagai kemenangan ini perlu disyukuri dan disambut dengan gembira. Mudah-mudahan, ini merupakan kemenangan daripada Allah, yang perlu disikapi sepertimana disebut dalam an Nasr, 110:3.

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat.

Kata seorang akh tu, Allah tak khususkan untuk kita memuji dan membesarkan-Nya melalui surah ini, sebaliknya Allah menyuruh kita menyucikan-Nya dan memohon ampunan kepada-Nya. Pasti ada hikmahnya di sebalik galakan Allah melalui ayat ini. Nak tahu kenapa, tu kena belajar tafsir Quran lebih detail lagi.

Maka kemenangan yang ada ini perlu ada pengisiannya. Masa depan masih samar-samar, bagaimana Mesir akan berdepan dengan dunia luar. Bagaimana orang sekeliling kita terinspirasi daripada semangat Misriy ni. Bagi aku, ini peluang untuk kita Stand Up bersama-sama.


Bila dah ramai orang memang semangat nak berjuang ni, maka kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Ada yang berjuang bukan atas kefahaman yang betul. Mungkin sebab perkauman / sayang tanah air / jaga kepentingan ahli keluarga / balas dendam etc.

So kita raikan mereka ni untuk berjuang. Tapi jangan sampai mereka mempengaruhi cara kita berjuang. Kehadiran mereka akan menambah tenaga / idea / kewangan / semangat / skills etc. Ketentuan di hujungnya kita serahkan pada Allah. Kalau ikut hadis Rasulullah dalam hadis atas tu, "La Yadkhulul Jannah Illa Mu'min." Yang beriman pasti akan masuk syurga. 

Pendek kata, dakwah n jihad bukan eksklusif, ia utk semua! Jangan pinggirkan sesiapa yang ingin berjuang. Kerana keadilan dan kemerdekaan itu milik bersama.

Hari ni belajar masukkan lirik lagu dalam video. MiniLyric memang membantu.
Kita belajar sikit-sikit buat video ni.

2 comments:

  1. Allah berborak dgn malaikat...

    Allah berfirman: "Inni ja'ilun fil ardhi khalifah.."..
    Malaikat menjawab: "Ataj'alu fiha man yufsidu fiha wa yasfikud dima'?"
    Malaikat sambung: "Wa nahnu nusabbihu bihamdika wa nuqaddisu lak.."
    Allah menjawab: "Inni A'lamu ma la ta'lamuun..."

    Sesungguhnya yg mnjadikan khalifah itu Allah..sehinggakan malaikat sendiri ragu-ragu adakah kita akan dapat membawa panji Allah..maka, sama-samalah kita berusaha menjadi sebaik-baik pemimpin yg mana malaikat yg bertasbih, bertahmid, dn sentiasa mensucikan Allah pun tak dapat jadi khalifah kat bumi ini.. :)

    ReplyDelete
  2. Teringat dengan kata-kata seorang ikhwah, dakwah ini tidak dapat diukur dengan umur seseorang.kerana biasanya usia kita 60-70 thn.Perjalanan dakwah IM hampir 70 tahun.Jalan ini adalah panjang namun adalah paling cepat untuk mencapai destinasi.Mesir membuktikannya.InsyaAllah kita pun bisa!

    ReplyDelete

Labels