Saturday, 22 January 2011

Jangan Jadi Spy!


Surah al Hujurat, 49 suatu surah yang saya suka baca. Surah dan ayatnya tak panjang, dan apa yang disebut dalam surah ni memang berkait rapat dengan hidup kita, prinsip berukhuwwah. Walaupun selalu jugak saya ulang-ulang ayat 6 - 13 dalam solat tu, alhamdulillah xpernah rasa bosan, mungkin sebabnya peringatan tentang menjaga ukhuwwah itu sangat penting.

Salah satunya ada dalam ayat 12. Allah kata, La Tajassasu! Jangan mengintip hal orang lain! Bahasa mudahnya, jangan jadi spy, curi-curi maklumat kawan sendiri. Tak cukup dengan tu, Rasulullah pulak ada berkata dalam hadis sahih, "La Tajassasu wa La Tahassasu!" Tajassus tu kita dah tau maksudnya. Tahassus pulak, maksudnya curi-curi dengar perbincangan orang tanpa kebenaran. Dua-duanya tak dibenarkan. Ada La an Nahiyyah depannya, faham-faham maksudnya. Belajar usul Fiqh untuk tahu hukum detailnya apa.

Bila ada perkara yang seseorang sembunyikan, jangan kita cuba nak korek. Maksudnya ada sesuatu yang dia tak mahu orang lain tahu. Diari peribadi, blog rahsia, group private, apatah lagi yang dah memang terang-terang rahsia seperti no pin, password facebook, e-mel etc. Ye la, walaupun memang seronok bila kita tau apa yang orang lain tak tau / cuba sorokkan, tapi itu tak bagus! Lainlah kalau orang tu tak kisah, itu lain cerita.


Macam aku, ade je orang pernah mintak aku tolong dia, dengan memberi aku password emel, account blog, no pin bank dia . Kalau dia kata bukak sekali, sekali jer la aku guna, walaupun sampai sekarang aku simpan no pin n password tu. Kadang-kadang tergerak jugak hati nak guna balik password n no pin tu utk bukak usha-usha account emel dorang, untuk saje suka-suka, tapi bila ingat ayat ni, terpaksa la buang niat jahat tu.

Macam kawan aku sorang pulak ni, dia cerita dia ada buat blog private, tak bagi siapa-siapa tengok, orang tertentu je boleh. Walaupun aku ada peluang untuk hack account dia / curi-curi baca, tapi sebab dia kata tak boleh, maka tak boleh la baca. Fine, cukup sampai situ. Itu sempadan privasi dia.

Sebab yang aku faham, Islam iktiraf nilai privasi seseorang, jangan sesuka hati nak melanggarnya. Ini perkara perlu dijaga dalam hidup berukhuwwah. Siapa la suka paparazzi ramai-ramai intip hidup dia. Ingat sekali lagi: La Tajassasu!

Yang menariknya, awal ayat Allah dah kata, Ijtanibu Kathiran Min az Zhan
Jauhi kebanyakan daripada prasangka yer! Ada bukti, baru ok.

Popular Posts