Wednesday, 29 December 2010

Cerita Jums Kami II

Part I | Part II

Bila fikir balik pasal pengisian yang kami dapat, satu kesimpulan yang dapat saya buat ialah Melayu dan Islam di Malaysia dalam keadaan bahaya. Lalu kita tersedar, kita perlu lakukan sesuatu. Hidup mesti ada agenda supaya kerja yang kita lakukan mesti ada hala tuju. Walau ia berbau politik, saya kira ini politik yang matang. Untuk menyelamatkan maruah dan status quo kita di Tanah Air.


Maka betullah kata Abu Khairah:
"Kejayaan JUMS2010 tidak diukur pada sedapnya makanan, manisnya ukhuwah dan keterujaan aktiviti tapi dinilai pada sejauh mana ianya telah menginjak paradigma, spirit dan amal soleh anda ke tahapan yang lebih baik hari ini dan seterusnya !!"

Kalau ada yang bertanya, apa yang perlu kami buat dengan kesedaran yang kami dah dapat, rupanya Hasan al Banna dah berikan panduan kepada. Inilah juga yang ditekankan 4 hari 3 malam kita berada di sana. Keperibadian Muslim!

***

al Amal
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Amal: Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".
[at Taubah, 9:105]

Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur ialah:
1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul, bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan berguna kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua.

2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua.

3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.

4. dan seterusnya
[al Banna, Risalah Taalim]

Monday, 27 December 2010

Cerita Jums Kami

Pesan Iqbal, kejayaan terbesar adalah
apabila kita menyelematkan seseorang daripada neraka.

Part I

Daripada senyap je dalam kereta dalam perjalanan balik Sheffield tu, Iqbal tiba-tiba ajak main teka-teki.  Walaupun ditolak mentah-mentah oleh Pak Din, nasib baik ada Sarimi yang menunjukkan sifat seorang suami yang sporting. Hilang la bosan sket dia drive 5 jam lebih tu, dengan Anuar yang tak bosan-bosan memberikan jawapan yang salah. Saufi dan Zul pun rupanya ada koleksi teka-teki banyak gak. Banyak-banyak teka-teki, aku suka yang ni.


"Kalau Anuar jadi Iqbal, Iqbal jadi apa?"

...

"Iqbal jadi pelik?"
"Iqbal jadi Anuar?"

"Salah!"

"Habis tu?"

"Iqbal jadi dua la! Hahha :)"

Dan aku pun mula berfikir dan terbayangkan...
Sebab Iqbal kan mungkin tak balik sini tahun depan dah, kan bagus kalau Anuar jadi Iqbal betul-betul. Teruskan ke"legend"an Iqbal kat Sheffield ni. Hahha. Lagi legend daripada Iqbal pun tak pe rasanya kan Bal. Lagipun, dua kan lagi baik dari satu. Betul tak? =)

Moga ukhuwwah membawa ke syurga
"Di dalam Oooo, Jaalinan Ukhuwah"

Thursday, 23 December 2010

Ada apa dalam IPhone?

Ex-murabbi saya pesan, apa yang tertunjuk daripada diri kita,
itulah yang akan jadi syiar yang kita bawa.

Part I

Untuk jadi hebat, kita perlu efficientnya setiap apa yang kita ada. Ini tips yang aku pegang dan cuba untuk aplikasikan dalam hidup ni. Bila cerita pasal IPhone, aku harapkan aku dah sedaya upaya memaksimumkan penggunaannya. So, kalau nak tambah efficiency, kongsi-kongsilah yer :)

Wallpaper
Futaz n Quranic Circle selalu tukar-tukar jadi wallpaper lock screen sebab biasanya aku pilih wallpaper poster aktiviti terdekat yang akan dijalankan. Macam dalam gambar, itu aktiviti yang kami buat 10 Muharam lepas. Tiga hari sebelum aktiviti, dah kena tukar n mula pakai wallpaper baru. Biar ada anticipation.


Wallpaper dalam pun aku letak untuk aktiviti Jums yang akan start hari ni. Senang nak promote n tunjuk. Dan gambar atas ni merupakan top apps yang aku pakai. Off course Phone, Setting, Messages, Mail, Safari tu benda penting mesti ada. Yang lain tu, ada explanation di bawah.

E-Mail
Zaman semakin maju. Setiap benda semua melalui e-mel jer. E-mel pun kena ada banyak sekarang. Ada untuk universiti, ada untuk personal, ada untuk info (macam pakbelang), ada jugak untuk baca discussion dalam YG tu jer, eg: (eramuslim, PKS, kolejislam etc). Update discussion n planning aktiviti dakwah pun guna e-mel. So, terima kasih IPhone sebab kasik saya notification bila e-mel masuk. Tak de lah ketinggalan sangat. Masalah pun tak banyak berlaku.

Calendar
Setiap pagi kena bukak, nak tengok appointment apa ada hari ni. Kadang-kadang bila terasa kepala berserabut sebab banyak benda nak kena buat, akhirnya sort dalam calendar, then terasa semua benda tu jadi ringan. Boleh lupakan aktiviti yang lambat lagi akan berlaku, hanya letakkan reminder untuk ingatkan dua hari sebelum kejadian. Pepatah kan ada mengatakan: Jadilah Munazzam Syuunihi, jangan jadik Ghairu Munazzam Syuunihi =)


Notes
Benda penting jugak. Untuk catat apa-apa penting yang berlaku. Kalau terlupa bawak buku pergi usrah / kelas, kenalah hadap IPhone. Yang bagus, note ni terus synchronize masuk e-mel. Automatic save la lebih kurang. Idea yang tiba-tiba masuk kepala pun akan terus ditulis sini.

How Stuff Works - HSW
Ini versi apps dari website asal. Sebenarnya azam aku sempena Maal Hijrah lepas, nak baca everything yang ada dekat website ni. So, disebabkan aku perlu stick dengan azam ni, apps ni aku letakkan di muka depan. Kadang-kadang, penat jugak nak baca n faham, tapi tak pe la, mana ada azam yang senang nak buat. Kalau senang, tak azam la namanya.

Quran - القراَن الكريم
Benda paling penting dunia akhirat. Mesti letak depan. Quran ni dah menggantikan mushaf yang biasa aku pakai. Features menarik, apps ni boleh carikan apa-apa perkataan dalam Quran, terus bagitau perkataan itu ada pada ayat n surah mana. Contoh ada kat bawah ni, nak cari perkataan al Ajilah (sifat tergesa-gesa). Sangat membantu sebagai rujukan, selain tafsir ringkas dan terjemahan yang memang biasa ada.

RSS - MobileRSS
Kalau tak update rss n baca blog orang, rasa ada something tak kena dengan hidup ni. Selagi mana ada benda yang unread, selagi tu aku mesti cara masa untuk read. Inilah sebabnya RSS duduk di Front Page. Apa yang aku baca? Banyak jugak. Selalunya ada lah lebih kurang 200 benda unread setiap kali update. Blog orang, komen, news dan update-update lain biasanya aku tak terlepas. Tak jadi follower tak bermaksud kita tak baca setiap entri blog orang tu, betul tak? Alhamdulillah, iman pun selalu "recharged" bila baca news dan blog orang lain. Terima kasih diucapkan kepada blogger yang telah menyentuh iman aku sepanjang ni.

Yang best, semua ni Free Apps. Pasal apps lain, kita share next time pulak k.

Monday, 20 December 2010

Perfect Sangat pun Tak Best Jugak


Biasa kalau kita dengar pasal berlian (diamond) ni, ibrah yang kita dapat, untuk menjadi sesuatu yang tough dan bernilai tinggi, kita perlu tempuhi tekanan yang sangat tinggi, terperosok berkilometer-kilometer bawah bumi dengan suhu panas teramat sangat. Itulah hakikat kehidupan. Manisnya hanya dirasai bagi sesiapa yang kenal erti pahit.

Cuma semalam, apabila terbaca lagi pasal berlian ni, suatu fakta yang diketengahkan adalah rupanya tak semua orang suka dengan berlian yang betul-betul asli. Alasannya, mahal dan biasanya non-ethical sebab ada isu kemanusiaan ie masalah buruh di sebalik proses cari galinya. Lalu, ramailah yang mencari berlian sintetik seperti cubic zirconia (CZ) dan maissanite.


CZ dah cukup bagus berbanding berlian. Lagi berkilau dan banyak kerlipnya, cantik sebab betul-betul colourless dan tak ada cacat sifat dalamannya atau bahasa saintifiknya, no inclusions. Tapi, peliknya, pengguna tetap tak puas hati disebabkan ia terlalu sempurna. Di mata kasar ia terlalu superficial. Moisasanite pun sama. Kekerasan dah nampak real, warna dah hijau kekuningan, lagi nampak kilauannya berbanding dengan berlian, tapi sekali lagi, ingatkan keistimewaan ini disangkakan suatu kelebihan, rupanya kekurangan.

Kita juga begitu. Nampak sangat best kalau hidup macam malaikat. Tak ada dosa, tak tertipu dengan hawa nafsu, sepenuh masa beribadat. Tapi rupanya perfect sangat pun tak bagus sangat. Sebab Allah memang inginkan suatu kaum yang akan beristighfar kepada-Nya apabila melakukan kesalahan.

"Seandainya saja kamu tidak berdosa nescaya Allah akan membinasakan kalian, kemudian Dia datangkan suatu kaum yang berdosa lantas mereka beristighfar (minta ampun) kepada Allah, Dia pun mengampuninya."
[HR Muslim]

Lihatlah! Anda bermaksiat, dan anda akan dihargai-Nya andai ada istighfar sebagai pengampun kesalahan. Fikiran, kalau berlian memerlukan calar-calar dan kurang sedikit kelip-kelipnya untuk menjadi bernilai dan mendapat tempat ke 10 dalam Skala Kekerasan Mohs, maka apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada alam ini.

"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin."
[az Zariyat, 51:20]

Friday, 17 December 2010

Henset Entah Kat Mana


Ada satu habit yang entah aku tak tau susah sangat nak ubah atau tak. Tapi sepanjang aku hidup ni memang diakui, ramai yang tak suka dengan habit ni. Ramai yang rasa panas, dan yang nak mengamuk pun ada. Dahsyat jugak kot masalah dengan habit ni.

Habit apa? Tinggal henset entah kat mana sampai orang nak call / contact pun susah. Adik kepada habit ni, sengaja tak angkat phone / reply sms walaupun tahu, respons dia diperlukan.

Aku pun tak suka jugak habit ni. Kalau tinggal henset, macamanalah dia nak angkat time orang call. Kalau bilangan kawan dia macam bilangan planet dalam sistem suria kita, ok la jugak, tapi masalahnya bila dia tu fames, ramai peminat nak call. Yang parah, bila situasi urgent yang kalau call tak terjawab, banyak masalah akan berlaku / tak selesai. Memang tension ^^
Ayah saya pernah cerita dia pun ada habit camni. Saya pun perasan jugak. Kadang-kadang nampak henset tertinggal dalam kereta. Selalu jugak dia pergi sekolah tak bawak henset. Dan selalu jugak saya yang jawabkan call bagi pihak dia. Dia cerita, akhirnya dia dimarahi oleh ikhwah yang juga kawan baiknya sendiri. Huh, tak sangka pulak serius sampai macamtu. Tapi bila fikirkan balik, memang munasabah sebab dakwah, lagilah tahap urgentnya melampau. Perlu cepat respons, sebab itulah makna sebenar kehidupan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan.
[al Anfal, 8:24]

Nasihat aku untuk orang macamni, please la. Jangan susahkan orang lain dan jangan sebabkan orang lain susah dan marah. Sebab manusia tu penting, jangan abaikan komunikasi terhadapnya. Always make yourself contactable and give respond as fast as possible. Fas'au wa Saari'u! Cepat dan Pantas.

Tuesday, 14 December 2010

Cepat dan Selamat

Alkisah Nak Jadi Kaya Raya
Mengejar Wang Berjuta-juta

KUALA LUMPUR 14 Dis. — Kerana terpedaya dengan janji pendapatan yang lumayan dalam tempoh singkat melalui pelbagai skim pelaburan, lebih 3,000 orang kerugian berjuta-juta ringgit dalam masa enam bulan lepas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, kes terbaru yang dilaporkan ialah RM40,000 untuk perniagaan rumpai laut menggunakan mesin serba guna, Mat Kiosk yang menjanjikan pulangan sebanyak RM2,000 setiap bulan.

1. Lebih kurang kata Ustaz Zaharuddin, dalam hidup kita, memang kita selalu kejarkan benda yang instant, yang cepat keluar hasilnya. Belajar nak cepat habis, kalau ada program fast-track degree nak ambil, skim cepat kaya pun nak layan, mee segera pun selalu makan. Sampaikan kahwin pun, kalau boleh nak cepat jer prosesnya.

كَلا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ

... Sebenarnya kamu mencintai kehidupan dunia
[al Qiyamah, 75:20]

2. Semua nak segera. [al Ajilah] kalau dalam Bahasa Arabnya. Dalam al Quran, tiga kali perkataan ini diulang, salah satunya dalam al Qiyamah. Allah kata manusia ini sukakan kepada dunia yang sifatnya, balasan segera. Lalu tertinggallah akhirat, tak dilayan sebaiknya sebab dunia dah ambil proportion yang banyak dalam hidup. Ye lah, tak sanggup tunggu balasan yang sengaja Allah lewat bayarkan.

وَتَذَرُونَ الآخِرَةَ

dan kamu meninggalkan kehidupan akhirat
[al Qiyamah, 75:21]

3. Yang bahayanya, takut benda yang segera ni banyak bahaya dan mudaratnya. Mee segera memang diketahui umum suatu yang tak sihat. Bawak kereta laju-laju, takut kemalangan atau dapat saman ekor. Masuk skim cepat kaya, dah banyak yang lesap pelaburannya. Bahkan dalam dakwah pun, tergesa-gesa harapan pada mad'u boleh menyebabkan wujudnya lapisan level yang tidak matang.


Yang best, slow and steady. Ingat ni!
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
[HR Muslim]


Saturday, 11 December 2010

Baby Elephant Syndrome

Lepas terbaca status Akmal: LOL
Syndrome budak Imperial, dia kata

Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri.Anak gajah itu tidak berdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai dan tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya gajah itu tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu. KENAPA? Kerana ia sudah kehilangan diri! Pengalaman gagal masa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya ia tetap tidak mampu melakukannnya.


Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi.Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang semakin luntur.
[Copy: Solusi Isu No 17]

1. Selamat tahun Baru. Semoga datangnya tahun baru, bertambah segar dan bersih semangat yang ada dalam diri. Mudah-mudahan tahun lepas ditutup dengan kebaikan yang banyak. Tahun ini datang dengan cabaran untuk menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

2. Apa azam tahun baru? Terkejut aku apabila mak tanya soalan macamtu. Sori, hari tu tak siapkan skema jawapan =) Yang dapat jawab, nak study gila-gila. Tarbiyyah dakwah pun nak hebat-hebat. Tapi, off course la, sempena tahun baru, azam pun kena baru. Rekod tahun lepas perlu diteliti untuk setkan rekod baru. Peningkatan mesti ada. Gradient mesti bertambah. Bahasa Matematiknya, dy / dx > 1. Second derivative pun kalau boleh > 1. Yang ni lagi bagus.

3. Peningkatan yang macamane? Terpulang kepada diri masing-masing. Kalau dulu baca Quran 5 page seminggu, mungkin tahun ini kena target banyak muka surat lagi. Dulu mengantuk time baca buku, so method baru kena cari. Dulu rasa macam tak boleh go usrah 2 jam, tahun ni cuba panjangkan lagi. Tahun lepas tak reti main ski, so kena la belajar tahun ni. Jangan jadi seperti anak gajah dalam cerita atas. Tak berkembang prestasi diri. Takut-takut, kalau anak gajah pun rendah prestasi, cucu gajah bertambah-tambah pulak lembiknya lagi.

Wednesday, 8 December 2010

Bebas

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi, bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku, yang terkunci

Sampai satu masa, kita perlu lepas pergantungan kita terhadap individu penting dalam hidup kita. Mereka manusia biasa. Sampai masanya, mereka akan tinggalkan diri kita. Tak boleh kita nak paksa orang lain memilih pendapat dan ketentuan kita. Sepertimana mustahil menarik sahabat rapat untuk masuk kubur bersama.

Sebahagian sahabat, islamnya mereka kerana tertariknya mereka kepada baginda. Adanya baginda sebagai figur hidup berjalan di hadapan mereka; menjadi pemimpin, teman bersosial mahupun menjadi rujukan. Perang Uhud, apabila tersebarnya berita syahidnya Rasulullah, ini menjadi cabaran kepada tentera Muslimin yang tinggal. Anggapannya, bila jadi seperti itu, dah tiada Rasulullah yang akan memimpin saki baki perang mereka. Tiada Rasulullah yang akan pulang bersama mereka ke Madinah. Tiada Rasulullah yang akan menceriakan hidup mereka lagi di sana.
Dan ayat ini memang kuat kait rapat dengan tersebarnya berita tersebut.

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
[ali Imran, 3:144]

Apa stand sahabat terhadap ayat ini? Mereka berikan jawapan "Tidak". Dan kita juga perlu jawab persoalan dalam ayat ni dengan jawapan sama, "Tidak!". Sebabnya mudah, Ansar menjawab: Kalau Rasulullah terbunuh, baginda dah mencapai syahidnya, kita pula bagaimana. Abu Bakar ra pula menjawab ketika hari kewafatan baginda. "Kalau kamu menyembah Muhammad, Muhammad telah pergi. Kalau kamu menyembah Allah, Allah itu kekal dan tak akan mati."

Kalau figur itu Rasulullah, dah pasti baginda meninggalkan sahabatnya dengan cara baik; kematian. Tapi kalau figur itu murabbi, senior, kawan satu batch, mak ayah, penaja, bos, zaujah apatah lagi girlfriend, entah macamana mereka akan tinggalkan kita. Mungkin mereka pergi dengan cara baik, mungkin juga tidak. Murabbi pindah tempat lain, tak nak join program. Kawan satu batch futur, kita nak join sama. Girlfriend jumpa balak baru, kita ternganga. Bos pecat, kita down. Scholarship kena tarik, kita tak tentu arah. Macamtu?

Persoalannya, bagaimana kita respons dengan pemergian mereka. Merajuk kerana kuantiti kita tinggal sikit. Ataupun kita terus kekal thabat atas jalan ini, sebab kita faham mengapa kita berada di sini. Allah tak memerlukan kamu, kamu yang memerlukan Dia.

Ayuh cari jawapan kuat, kenapa kamu Islam n Dakwah hari ini.

Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari, Teruskan berlari

Sunday, 5 December 2010

Winter yang Best

Salji ni rupanya hangat-hangat tahi ayam je
Awal-awal je lebat tahap melampau

Winter = Cuaca sejuk gila = Pukul 3.30 dah gelap = Tak best
"Buat apa la nak mengeluh. Allah dah tentukan macamtu..."

Winter = Siang pendek = Malam Panjang.
"Ni la season yang paling best! Siang pendek = Jom puasa. Malam panjang = Qiam lama-lama."

Musim yang paling bagus bagi orang beriman ialah musim sejuk. Malamnya panjang untuk sesiapa yang ingin bersolat, siangnya pendek bagi sesiapa yang ingin berpuasa
[Hasan al Basri]

Tapi, winter = sejuk. Rasa air sejuk macam ke tulang? Malas betul nak baharui wudhu...
"You just need a little push. Fikirkan ganjaran yang akan dapat untuk menjaga sunnah simple ini. Walaupun it's freezong cold."

Nah, ada tiga contoh reward yang dijanjikan.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

”…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih." 
[al Baqarah, 2:222]

"Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan dan kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu"
[HR Syaikhan]

“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas. 
[HR al Bukhari]

So, sayang winter tak? Grab this chance!

Thursday, 2 December 2010

Ada Apa dengan Marathon?

Setelah semua benda nak di"taz"kan (Futaz, Btaz, Snowtaz, Sotaz)
Akhirnya Marathon lahir sebagai projek disiplin masa mingguan

Pendahuluan
Membaca Majmuatu ar Rasail (Himpunan Risalah) yang ditulis oleh Hasan al Banna memang menterujakan saya. Seolah-olahnya saya dapat merasakan hidupnya tulisan beliau dalam menceritakan prinsip dan idea perjuangannya. Lalu saya berfikir, tak patut kalau saya sorang jer yang merasai perasaan tersebut. Kerana kita berada dalam saf yang sama, maka lagi bagus kalau apa yang saya tahu dan rasa itu dapat diterjemahkan untuk faedah bersama-sama.

Sedikit sebanyak juga saya teringat kepada bekas naqib saya yang mengatakan, betapa ramainya mereka yang mengaku bangga dan ingin mencontohi perjuangan dan sistem yang dibawa Hassan al Banna, namun tidak pernah / jarang meneliti apa yang disampaikan oleh beliau dalam ucapan dan risalahnya.

Dan secara personal, saya merasakan apa yang ditulis oleh beliau memang sudah mula saya nampak praktikalnya sekarang, berbanding ketika saya bacanya suka-suka masa kecil dulu. Rugilah kalau pengalaman dan idea yang dikongsikan beliau tidak diteliti oleh dai zaman sekarang. Minimal, kita tahu sikit sebanyak apa yang ada dalam Himpunan Risalah ini, agar dapat dihadam dan ditelitikan, untuk kita jadikan bekalan sepanjang kita meneliti jalan yang jauh dan panjang ini.

Inilah tujuan saya menulis note ini. Harapannya untuk menjadikannya siri mingguan, untuk berkongsi petikan pendek daripada apa yang tertulis dalam Majmuatu ar Rasail. Maka terimalah:

MARATHON: Siri 1
Majmuatu ar Rasail: Tahu, Hadam dan "On"kan Sepanjang Jalan

***___***

Terus Terang
Kita ingin jelaskan objektif kita kepada seluruh manusia. Kita mahu bentangkan pendekatan kita di hadapan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan dakwah kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari.


Suci
Kita juga mahu bangsa kita (seluruh umat Islam adalah bangsa kita) memahami bahawa dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah yang suci. Kesucian dakwah ini menyebabkan kita menolak segala kepentingan diri sendiri, kita ketepikan segala keuntungan dunia, kita ketepikan segala keinginan dan kehendak kita. Kita melangkah menurut langkah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala untuk para pendakwah:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
[Yusuf, 12: 108]

Kita tidak akan meminta apa-apa ganjaran daripada manusia. Kita tidak akan menuntut sebarang wang atau ganjaran. Kita tidak akan meminta kedudukan. Kita tidak akan meminta mereka membalas atau berterima kasih kepada kita. Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah kepada Tuhan yang mencipta kita.
[Dakwatuna]

Semoga bermanfaat!

Tapak Projek

Terima kasih kepada semua atas doa n celebration
Harapannya, usia tidak digunakan untuk kepentingan diri semata-mata 

Popular Posts