Monday, 29 November 2010

Ada Apa dengan Nama?

Hampir 20 tahun pakai nama Faqih Aqili.
Akhirnya terfikir, ada apa dengan nama?

1. Selalunya bila ada pembentangan pasal ISK atau AKAL mahupun OH, akulah orang yang mesti disebut namanya. Selalu la jugak kena usik dengan pembentang bila masuk pada bab hadis logam. "Khiaruhum fil Jahiliyyah, Khiaruhum fil Islam. Iza Faqihu / Faqahu." Pembentangan ini jugalah yang memahamkan lagi maksud di sebalik nama aku ni.


2. "Masya-Allah brother, what a good name!" Ni respond yang selalu aku terima bila berkenalan dengan orang local sini. Tapi tak la rasa special pun, memang orang Arab selalu je ber"Masya-Allah" time sembang-sembang. Dan respond macam itu jugalah yang mengingatkan aku tanggungjawab yang perlu dibawa dengan nama yang aku dapat ni. Pernah juga bila aku beritahu nama aku, macam-macam soalan agama orang tanya. Fikirnya, Faqih ni faqih. Alhamdulillah,  tak kantoi banyak =)

3. Kalau ikut nahwu / tatabahasa Arab, sampai sekarang aku tak berapa faham macamana struktur nama aku ni. Faqih tu dalam bentuk sifat. Jadi nama seterusnya mesti dalam bentuk yang sama ie Aqil. Entah macamana boleh ada huruf Ya' belakang tu, aku pun tak tahu, tapi aku rasa tak salah pun nak letak. Ya' tu mungkin maksudnya "my" dalam Bahasa Inggeris. Kepunyaan. Kalau betul macamtu, biarlah aku ini menjadi kepunyaan ummat masa kini.

4. Macamana dapat nama? Entahla, tak pernah nak tanya betul-betul dengan mak ayah. Khabarnya sampai minta cadangan daripada al Marhum Ustaz Dahlan. Tak penting cerita tu, tapi paling tidak, ayah mak saya dah laksanakan tugas awal mereka dengan cemerlang ie memberikan nama yang baik untuk anaknya. Bravo!
“Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.”
[HR Abu Daud]

5. fiQ tu datang dari mana? Ha, ini kisah kami adik beradik masa hingusan dulu-dulu. Walaupun adik-beradik, tak jadi penghalang untuk kami ejek sesama sendiri. Pening kepala mak ayah kot =) Tapi still ok, masih berkongsi masdar yang sama. Dan orang tertentu je yang panggil aku fiQ. Aku pulak, selalunya pakai nama ni untuk benda online. Lagi satu, disebabkan family kami ni tak la sikit sangat ahlinya, banyak jugak la nama lain aku pernah dapat. 3 yang melekat lama. 2 dah tahu. Yang lagi satu, biarlah rahsia. Huhu

6. Nama anak yang baik tanda hebatnya ibu bapanya. Sebab tu, untuk ulang tahun ke-20 saya pakai nama ni, dengan macam-macam pengalaman (dan berkat, mudah-mudahan) disebabkan nama ni, saya nak ucapkan terima kasih yang special kepada mak ayah saya hari ini. Nama yang best datang daripada mak bapak yang best. Tak gitu? Hehhe.

Banyak kali dah jumpa baby boy yang diberi nama Faqih Aqili
Semoga dorang menjadi lebih hebat berbanding diri ini

Friday, 26 November 2010

Mudahanah atau Mudarah?

Hari tu kami selongkar semula hukum hakam berkaitan dakwah ni. Mula-mula rasa macam nerd la pulak; baru sekarang nak baca pasal benda-benda basic dakwah ini. Tapi peduli apa, daripada langsung tak pernah go through perkara basic ni, better late than never, kata orang local di sini.

Antara yang dijumpai termasuklah ayat laknat ke atas Bani Israel. Lalu hadis berkaitan "dai" Bani Israel dibacakan.
Sesungguhnya kekurangan yang mula-mula sekali menimpa Bani Israel ialah, seorang lelaki bertemu dengan seorang lelaki, lalu dia berkata: Wahai kamu ini, bertaqwalah kepada Allah. Tinggalkan apa yang kamu lakukan. Sesungguhnya ia tidak halal bagi kamu. Kemudian dia bertemu dengan lelaki itu keesokan harinya dalam keadaan melakukan kemungkaran. Namun keadaan itu tidak menghalangnya untuk menjadi teman makan, minum dan duduk. Apabila mereka melakukan demikian, Allah mencampur adukkan hati sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain.
[HR at Tirmizi]

Lalu kami ditanyakan, "Tak boleh makan bersama dengan orang yang buat maksiat ker? Nak duduk sembang pun tak boleh?" Lalu, terkeluarlah dua istilah: Mudahanah dan Mudarah.

Melepaskan diri atau menyokong? [Sumber]

Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau kehendak peribadi. Oleh kerana itu berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada di dalam kemaksiatannya, sementara dia tidak mengingkari (maksiat itu) sedangkan dia mampu kelakukannya maka itulah mudahanah.

Mudarah adalah menghindari mafsadah (kerusakan) dan kejahatan dengan ucapan yang lembut atau meninggalkan kekerasan dan sikap kasar, atau berpaling dari orang jahat jika ditakutkan kejahatannya atau terjadinya hal yang lebih besar dari kejahatan yang sedang dilakukan.

Nampak bezanya. Bahasa mudahnya, mudahanah itulah sikap "dai" Bani Israel yang dilaknat Allah tadi. Mudarah yang patut kita amalkan ketika berlaku / dampingi kemungkaran di depan mata. Jadi, kemungkaran yang berlaku setiap hari di depan mata kita, apa pendirian kita? Mudahanah atau mudarah? Suka atau tidak kita dengan perkara tersebut?

Pilihlah antara dua. Kerana tiada yang ketiga.

Tuesday, 23 November 2010

Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Mee Maggi 
Cepat Dimasak Lebih Sedap Dimakan



"As with other industrial fastfood products, instant noodles use many chemical ingredients, such as food colorings, preservatives and flavorings, that we should be wary of. Although they have minimal effects if consumed rarely, if consumed over a long time, the chemical substances will accumulate in one's body and later disturb the body's metabolism because essentially they are poisons."

"they are usually less nutrient dense than whole foods. The more a food is processed to make it instant, the more vitamins and minerals are lost. Fresh or whole foods that have not been processed are a much healthier choice."

There is usually a lot of sodium in instant noodles which is not good for the blood or our arteries.


"... many pregnant women who consume large amounts of instant noodles suffer miscarriages"

Styrofoam, which is often used in instant noodles packaging, can cause cancer
[Ehsan wikianswers dan thejakartapost]

Wow, rasanya semua orang dah tau betapa tak bagusnya kalau selalu makan makanan segera ni. Tapi, siapalah yang peduli dengan benda macamni? Sebab dia cepat. Dan dia sedap. Best!

Edit: www.maggi.com.my

Jangan mee-maggikan usrah! Ummat mengharapkan masa anda. Banyakkan lagi proses synthesis melalui nukleus ini. Masalah masih berderet. Aspek tarbiyyah banyak lagi yang belum terbina. Optimumkannya.

Tak Qowiyy Jismi nanti
Kata nak 10 Muwasafat

Saturday, 20 November 2010

Nasihat kepada yang Baru

Welcome to the Club yer =)
A club where you will find enjoyment if you strive in there

Kata orang: Jangan takut untuk mula [20:46]
Bila dah mula baru kita berada di gelanggang perjuangan yang sebenar, bukan lagi di alam bayangan dan teori. Bila dah mula juga, baru kita rasa, tak berbaloi kalau kita nak patah balik ke belakang semula. Usah takut pandangan / kata serong orang lain terhadap kita, yang penting, kita memulakannya sebab ini untuk kebaikan diri kita juga.

Kata orang: Jangan takut untuk jatuh [28:15]
Sebab jatuh itu benda biasa. Tiada manusia yang sempurna. Yang tak jatuh itu adalah mereka yang tak pernah mencuba. Dah jatuh, terus bangun semula. Belajarlah daripada setiap pengalaman jatuh. Jangan pula sengaja jatuhkan diri sendiri. Takut bahayakan orang lain pula.

Kata orang: Jangan takut nak minta tolong [2:45]
Tiada sesiapa yang boleh berjaya disebabkan dirinya sendiri, walau sehebat mana sekalipun dia. Apabila dah minta tolong, baru kita tahu, kita tak perlu nak ego sebab kita bukan hebat mana. Selagi tak minta tolong, selagi itu kita tak tahu benda apa yang perlu dibaiki. Bodoh sombong kan sikap yang tak bawak diri kita ke mana-mana.


Kata orang: Jangan kedekut ilmu [18:78]
Bila orang minta nasihat atau tunjuk ajar, jangan rasa berat untuk memberi. Itu tandanya dia percaya pada kita dan menganggap kita ada sesuatu yang lebih berbanding dirinya. Nak ajarpun, jangan sampai sesat dan bahayakan diri sendiri pula.

Kata orang: Jangan perlekehkan orang lain [11:27]
Kita juga dahulunya tak pandai dan tertatih-tatih seperti mereka. Tak ada faedahnya kita membina kesombongan dalam diri. Bantu dan tolong mereka yang memerlukan. Kita nak meramaikan orang yang berkemampuan yang boleh warnakan masa depan kita secara bersama.

Dan akhirnya, selepas mendengar banyak kata-kata orang:
video
Ingat nak kejar Burn, rupanya aku yang terlebih laju, hahha

Dapat juga ice-skating buat kali pertama! Walaupun sakit-sakit belakang, lebam-lebam badan, tapi rasa berbaloi untuk belajar sesuatu yang baru. Ingat; bila dah mula, baru seronok tu datang dengan sendirinya!

"Ni sebab tak attend Quranic Circle la ni"
Lathif mengeluh =) Musibah tu kan penghapus dosa...

Wednesday, 17 November 2010

Magnet

Eid Mubarak!
Takutkah kita berkorban? Mahukah kita berjuang?

Langit biru yang tersangat luas itu pun, tak pernah menimbulkan rasa bosan. Bila tension-tension, ada yang sanggup travel jauh-jauh semata-mata ingin ke tepi laut. Dan tengok burung-burung kat atas langit pun memang mampu untuk tenangkan fikiran. Kenapa yer?


Dan akhirnya, usrah kami Jumaat lepas mencadangkan jawapannya. Terima kasih Atiq!

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
[al Israa', 17:44]

Anda seorang dai? Banyakkan bertasbih, mudah-mudahan orang sekeliling anda tak pernah merasa bosan untuk memandang dan mendengar kata-kata hikmah daripada anda. Magnet hati!

Teka-teki : Dua perkataan ringan pada lidah, tapi berat di akhirat nanti?
[Credit: Zakwan] [HR al Bukhari sebenarnya]

Sunday, 14 November 2010

"Confident"kan

Kalau offer benda yang ada seronok dan untungnya,
bukan main laju: tak sampai sesaat untuk terus terima

Semalam bila orang mengadukan kepada kami tentang seorang ikhwah yang teragak-agak untuk terlibat dalam dakwah, kami disuruh mencarikan penyelesaiannya. Kami terdiam. Tak tahu nak merespons bagaimana. Lalu kami daiajak berfikir, dulu-dulu macamanalah orang meyakinkan kami untuk terlibat sama dalam dakwah, ketika kami masih baru dan berjinak-jinak dengannya. Dan apa yang kami fikir dan buat apabila kita diberi sesuatu tugasan awal-awal dulu.

Encik al Khair mula bercerita, nak yakinkan seseorang, kita kena duduk dan ajak dia buat kerja bersama dengan kita. Bila dia dapat lihat sendiri keyakinan kita bekerja, barulah semangat dia datang menjelma, sebab dia dah dapat jumpa suatu contoh depan mata.
Tapi saya ada cerita sendiri: Saya diyakinkan melalui paksaan diri sendiri. Murabbi saya dulu, walaupun tak memaksa, tapi kami kenal dia sebagai seorang yang tegas dan pentingkan gerak kerja. Halaqah kami memang selalu tekankan tentang at Tadhiyyah dan infaq. Tak pernah ada halaqah yang tak sebut dua perkataan ini. 20 ayat terakhir surah al Baqarah memang biasa kami baca, untuk dijadikan semangat. Apabila murabbi memberikan tugasan, yang kami fikirkan, mesti disiapkan walau macamanapun. Inilah tarbiyyah bil product. Bila dah start buat, baru datang keyakinan tu. Ini versi pengalaman saya.

Dan semalam, sempat pulak saya belek buku-buku lama. Yang saya jumpa, faktor yang menggerakkan seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugasan ialah keyakinan dalam dirinya tentang apa yang dibuatnya. Tertulis dalam Dakwatuna. Artikel ni memang best. Antara risalah menarik yang ditinggalkan as Syahid al Banna yang boleh dijumpai dalam Majmuatu ar Rasail.

Kepada orang yang yakin
Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja bersama kita supaya dengan ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang ... Begitulah sikap generasi pertama yang telah diberikan hidayah. Mereka mengikut dan meyakini risalah para nabi kemudian mereka berjuang bersungguh-sungguh. Mereka akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah. Mereka juga akan memperolehi ganjaran yang sama diperolehi oleh orang yang mengikut mereka. Tidak kurang walau sedikitpun.

Kepada yang Ragu-ragu
Namun kita nasihatkan agar dia terus berhubung dengan kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita atau melawat
cawangan-cawangan kita atau berkenalan dengan saudara-saudara kita. Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dengan kita. Begitulah kedudukan orang-orang yang sangsi di kalangan pengikut para rasul sebelum ini.
[Dakwatuna, al Banna]

Anda boleh pilih; nak jadi yang yakin atau ragu-ragu. Dan yakin ni memang berkait rapat dengan iman. Apa lagi, up-upkan la iman tu =)

Kalau tugasan macamni, memang ambil masa untuk setuju terima
"Tak kot." Kenapa ada kot; itu tanda kita masih ragu-ragu.

Thursday, 11 November 2010

Tahan Tangan Tu ...

Sembang dengan Saufi ni lain sikit. 
Dia pandai naikkan rentak perbincangan tiba-tiba jer

Antara cerita menarik yang pernah kami bincangkan bersama adalah mengenai Habil dan Qabil. Rentetan analisis dan pengalaman Syeikh Dakwah, Ustaz Abdullah Zaik. Kisah persembahan ibadah mereka kepada Allah, yang menyebabkan matinya Habil dan berterusannya dosa yang ditanggung Qabil sehingga hari Kiamat.

Yang saya perhatikan, hidup sesama manusia sentiasa melibatkan interaksi. Kalau buat benda baik perlu ada dua hala. Benda yang tak baik, biarkan ia menjadi satu hala. Nak berukhuwwah, biar kedua-dua akh respond. Nak husnu zhan, perlu dua-dua belah pihak berlapang dada. Nak tolong-menolong, biar ada masa kita give dan ada masa kita get pula.

Tapi kalau bab berdendam, jangan berbalas-balas. Kalau su'u dzan, biarkan orang dengan dzan dan hati busuknya. Walau dalam bab membunuh pun, biarkan orang yang membunuh menanggung dosanya. Kita ada akhirat sebagai masa dan tempat pembalasan. Sebab Rasulullah pun pernah bersabda, "Apabila dua orang muslim bergaduh dengan pedang masing-masing, kedua-dua pembunuh dan yang dibunuh akan ke neraka". [HR al Bukhari]
Sikap yang best tentang Habil ini ialah apabila dia bertindak cool. Dia tak buat interaksi dua hala. Allah ceritakan bahawa dia berkata:
“Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuhmu”
[al Maidah, 5:28]

Lagi bagus, kalau terasa orang tak bertindak baik dengan kita, kita yang cuba membaiki keadaan. Orang tak nak berukhuwah dengan kita, kita masih menjaga hak ukhuwwah terhadap dia. Orang tak nak dengar nasihat kita, kita tidak terus tidak mempedulikannya. Orang beri macam-macam ancaman kepada kita, kita tetap berusaha untuk memberikan perbaikan. al Islah [perbaikan] target utama kita.

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وما توفيقي إلا بالله عليه توكلت وإليه أنيب
... Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.
[Huud, 11:88]

Sekali lagi, Allah sebagai pihak yang menolong menjayakan. Rapatlah dengan-Nya.

Ada masa, bukan semua give akan kita get.
Sebab dah pasti kita tetap akan get di akhirat nanti. Percayalah!

Monday, 8 November 2010

Bermula Ahad Tadi...

Ahad tadi bermulalah bulan Zulhijjah. 
Tapi kat sini tak de pulak Pemegang Cop Mohor Raja nak bagi pengumuman. AJK Sukan SMSA punya announcement untuk pergi Notts ada la.

Biasa dengar orang baca surah al Fajr kan? Pernah tau apa maksud ayat kedua [Layalin Asyr] atau dalam bahasa Melayunya [Demi sepuluh malam] tu? Ibn Abbas ra dan Mujahid ra berpendapat 10 hari yang dimaksudkan adalah 10 hari pertama Zulhijjah.

source

Dah tentu 10 hari ini ada keistimewaan tersendiri. The virtue of first 10 days of Zulhijjah. Hadis femes berikut boleh menjelaskan kot.

“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
[HR al Bukhari]


Sebab Rasulullah pernah bersabda seperti di atas, maka ada tiga benda baik saya nak ajak anda buat sempena masuk Bulan Zulhijjah ni.
  • Mari hafal [wal fajr, wa layalin asyr] dan lancarkan. Ayat pendek-pendek, satu mukasurat lebih jer.
  • Puasa setiap hari sampai 9 Zulhijjah amacam? Kata duduk Uk; Subuh 5:30, Maghrib 4:30
  • Uji keikhlasan dengan buat sesuatu untuk rumah anda (eg kemas / cuci / susun) tanpa ahli rumah anda sedari.

At least, bermakna sikit bulan Zulhijjah tahun ini. Penuh dengan kebaikan. Daripada membiarkan kosong tanpa hala tujuan.

Orang Malaysia dah sibuk survey lembu kerbau
Entah macamana raya Aid al Adha kat Uk ni?

Friday, 5 November 2010

Quranic Circle. Jom!

Even though I didn’t understand any Arabic in those days, I was just mesmerized by the beauty and power of this chapter.
[Suhaibwebb]

Saya suka tunggu Hari Khamis datang. Sebab malamnya akan ada Quranic Circle. Baca surah al Kahfi ramai-ramai. Lepas tu ada tadabbur, kemudian agenda bebas. Semestinya Zakwan dan ahli rumahnya akan menjaga kebajikan sesiapa yang datang. Faham-faham je la maksudnya. Tapi jangan tersalah niat pulak nak ke Holberry Close tu.


Alhamdulillah, dah tiga kali kami ber"circle". Penuh ruang tamu Rumah Kebajikan tu. Pernah bilik tu mampat sangat. Mampat dengan Malaikat bagus dah. Lagi bagus kalau orang yang tambah memampatkannya. Waktu mampat macam inilah ada terbukanya ruang untuk kita diperluaskan ruang pula oleh Allah. Bagaimana caranya? al Mujadalah ayat 11 ada jawapannya.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Mula-mula cadangannya nak baca surah Yasin. Hidupkan suasana macam di Malaysia. Biar ada masa untuk orang Malaysia berkumpul beramai-ramai. Tapi kata Iqbal, takut ada orang yang tak setuju. Takut jadi isu. Jadi kami cuba option lain, baca surah al Kahfi. Bagus tu memang bagus. Sebab dalam tafsir Ibn Katheer adanya hadis Saheeh tentang bacaan al Kahfi pada malam Jumaat.
"Sesiapa yang membaca surah al Kahfi pada hari Jumaat, ia akan memberinya cahaya dari Jumaat ke Jumaat seterusnya"
Tapi sebenarnya al Banna pun pernah bercerita tentang isu ini. Suatu yang bagus tentang dia ni adalah dia selalu mengambil jalan pertengahan. Dan saya suka cara sederhana tu. Wasathan.

Zikir Secara Berkumpulan
Terdapat beberapa hadis yang memberi galakan supaya berzikir secara berkumpulan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
لا يعقد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمت ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله فيمن عنده
“Apabila satu kumpulan duduk menyebut Allah Azza wa Jalla malaikat akan mengelilingi mereka dan mereka akan dinaungi rahmat, mereka akan dilimpahi ketenangan dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka pada sesiapa yang ada di sisiNya.”

Mungkin anda sendiri kerap bertemu dengan hadis-hadis yang menyebut bagaimana baginda terserempak dengan satu kumpulan yang sedang menyebut nama Allah di dalam masjid. Baginda memuji mereka dan tidak mencegah perbuatan mereka.

Melakukan sesuatu ibadat secara berkumpulan adalah digalakkan. Apatah lagi jika amalan tersebut banyak membawa manfaat seperti menyatukan hati, mengukuhkan hubungan, menghabiskan masa dengan amalan yang berguna, mengajar orang buta huruf yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna dan menampilkan syiar Allah Taala.

Benar, berzikir secara berkumpulan adalah makruh jika ia menyebabkan berlakunya perkara yang dilarang oleh syarak seperti mengganggu orang yang sedang sembahyang atau disertai dengan perbuatan sia-sia atau gelak ketawa atau berlaku kesilapan pada bacaan atau penyambungan bacaan orang lain atau sebagainya yang dilarang oleh syarak. Jika itu yang berlaku, berzikir secara berkumpulan adalah dilarang kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan tersebut bukan kerana zikir secara berkumpulan itu sendiri. Apatah lagi jika zikir yang dilakukan secara berkumpulan itu mengikut bacaan yang diterima daripada Rasulullah s.a.w. dan sahih, seperti yang ada dalam wazifah ini. Alangkah baik jika Ikhwan dapat menjauhi perkara yang makruh ini ketika mereka berkumpul untuk berzikir pada waktu pagi dan petang di kelab mereka atau di mana-mana masjid. Sesiapa yang tidak sempat berzikir dalam kumpulan hendaklah dia berzikir sendirian dan jangan abaikan amalan ini.

Saya nak book Khamis malam anda setiap minggu untuk Quranic Circle boleh? =) 
Holberry Close jom!

Tuesday, 2 November 2010

Volunteerism

Nikmatnya adalah ketika memberi.
Kerana kita sedar bahawa yang membalasnya bukan manusia, tetapi Pemilik manusia.

... to offer to do something that you do not have to do, often without having been asked to do it and/or without expecting payment
[Cambridge Advanced Learner]

Itu pengertian volunteer dalam kamus. Memberi sesuatu yang tak semestinya  perlu dilakukan, selalunya tanpa diminta dan tanpa mengharapkan balasan / ganti. Mendengar dan berkata tentangnya memang mudah. Tetapi cabarannya adalah kepada hati kita yang mula tidak selesa apabila volunteerism itu tidak dibalas semula. "Aku dah bagi ko senang, bila la pulak ko nak bagi balik senang kat aku."

Begitu juga kerja dalam medan kita. Banyak yang volunteerism. Belanja makan, tolong bayar, bagi hadiah, bagi guide, tunjuk jalan dan lain-lain. Tiada manusia akan menjanjikan gaji lumayan, mahupun karpet merah kepada anda.

Pravsworld

Orang yang mencari-cari sesuatu balasan, pasti akan hilang dan gugur. Mula-mula boleh bertahan, kemudian  keluar satu dua keluhan apabila pemberian tak berbalas dengan terima kasih. Lepas tu, hati mula menjadi tidak ikhlas. Akhirnya mula mempersoalkan satu persatu jasa yang dia dah buat. Kalau yang teruk lagi, minta ganti rugi atas apa yang dah diberikan. Dia gagal.

Hanya hati yang teguh kepercayaannya dengan balasan Allah di akhirat kelak yang akan terus berada dalam kelab volunteerism ini. Yang tercari-cari peluang dunia, akan gugur satu demi satu. al Banna pun pernah menceritakan mengenai golongan yang mengharap-harapkan sesuatu manfaat daripada jalan dakwah: Ini yang akan kami katakan kepada mereka, "Apa yang kamu cari tak dapat kami berikan, di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk kamu mengejar peluang itu"

Sekali lagi, ayat al Insan ini menjadi teman hidup saya. Ayat dan hikmah untuk bulan ini.
"... kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."
[al Insan, 76:9]

Sedang belajar dan berusaha memberi, tanpa menginginkan balasan. 
Harapnya berjaya ;)

Popular Posts