Saturday, 30 October 2010

Bersusah untuk Iman

Perkongsian Halaqah Kami
Iman dengan Ghaib itu bukan senang, bukan juga mustahil

Bila menceritakan tentang iman, ia memang subjektif. Tak pernah ada alat ukuran yang spesifik. Tak semestinya apabila dah cantik rekod nombor dalam borang mutabaah, tanda iman dah stabil. Ia ukuran dalaman diri masing-masing. Diri sendiri yang tahu di mana tahap imannya berada. Dan diri sendirilah yang sedar apa yang perlu dilakukan bila rasa beribadah menjadi lesu.


Inilah apa yang kita selalu kata, iman tu maksudnya percaya. Ini yang menjadi perkara unik dalam agama kita. Kerana kita percaya perkara yang ghaib, yang tak pernah kita nampak, rasa mahupun dengar. Orang yang imannya up, dia percaya sepenuh hati bahawa dia akan bertemu jua apa yang telah dijanjikan. Yang imannya down, manifestasi iman melalui amalannya dah tentu tak jauh mana.

Sebab tu setiap apa yang dilakukan, biar terdorong dengan keimanan. Bahawa apa yang aku lakukan ini untuk kebaikan masa depan. Tak pernah merasa ruginya harta, terbuangnya masa mahupun sakitnya badan untuk berusaha menjaga level iman, kerana sedar bahawa akhirnya Allah akan pulangkan semula laburan tersebut kepada kita dengan tambahan berkali-kali ganda.

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.
[al Mulk, 67:12]

Siapa yang sanggup ketepikan rasa sejuk waktu pagi untuk berdiri bertahajjud. Entah siapa yang sanggup pikul rasa berat untuk infaqkan helaian-helaian duit yang entah berapa gram ringannya. Siapa juga yang sanggup menjaga bacaan al Qurannya ketika dia sedar bacaannya itu tak akan langsung dikira masuk menjadi credit hoursnya. Entah siapa yang sanggup pendamkan rasa penat, letih dan sedih apabila berurusan dalam medan dakwahnya.

Untuk diri sendiri, saya akan terus mendoakan, agar iman kawan-kawan sehalaqahku ini terus bertambah kuat, seiring dengan cantiknya rekod dalam borang mutabaah tu.


Sebab ia bukan seperti duit, apabila dah kumpul banyak dapat beli IPhone atau kereta 
Bukan juga seperti borang klaim, apabila dah siap isi borang, dapat elaun juga akhirnya 

Wednesday, 27 October 2010

40 Hours Program

Pesan Sheikh el Hamdoon, keikhlasan itu sangat penting. Kerana ini nilai paling besar yang diperolehi daripada grandmasters (al anbiya') kita. Ikhlas: tanpa meminta balasan daripada apa yang dilakukan. Mahupun menunjukkan ekspresi bahawa kita menginginkan balasan setimpal daripada mereka. Walaupun susah dan peritnya kerja yang kita lakukan.

Kerana bukan kepada manusia kita mengharapkan balasannya kembali. Susah untuk letakkan pengharapan kepada manusia. Mereka kerap terlepas pandang apa yang kita lakukan. Semakin kita berharap balasan daripada orang, semakin rosak nilai keikhlasan dalam diri kita, dan semakin menjadi sakit hati kita seandainya balasan yang diharap-harapkan tak kunjung tiba.

Part 2 of 14

Yang perlu diingat, hanya buah-buah keikhlasan yang akan terus kekal. "Whatever for Allah will remain," menjadi quote of the day. Dia contohkan kepada kami al Muwatta, yang nilainya berterusan dimanfaati sehingga sekarang. Maka kita perlu sedar, manusia yang didakwahi dengan hati yang sejahteralah yang akan terus memberikan pahala berterusan kepada kita. Sedekah yang keluar dengan ketulusan yang akan menjadi balasan yang jariah. Di sinilah titik penting mengapa kita perlu sentiasa mengikhlaskan selalu niat kita.

كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ
Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.
[ar Ra'du, 13:17]

Liwajhillah! La Nuridu Minkum Jaza'an wa la Syukuran
Kerana Allah! Kami tak harapkan balasan mahupun terima kasih daripada anda!
Begitu ikhlasnya mereka yang menghiasi bacaan al Insan kita.

Sunday, 24 October 2010

Rumah Kami Ini

Kata Kak Lin, sewa rumah ni macam kahwin jugak.
Dua-dua ada kontrak. Tak puas hati, mana boleh keluar macam tu jer

Ini cerita rumah kami. Rumah William. Yang ada macam-macam masalah. Mr Hafeez nama landlord kami. Orang Pakistan. Dulu senior pesan, jangan habiskan banyak duit untuk sewa rumah. Bila dah jadi macam sekarang, barulah kami rasa ada benarnya pesanan senior tu. Cukuplah gambar bawah ni menceritakan segala-galanya.


Tapi kami akan ambil ini sebagai pengajaran. Fasa-fasa baru sebagai orang dewasa. Keputusan dah kena diri sendiri yang buat. Tak boleh nak harap kat mak bapak pilihkan rumah. Tandatangan pulak dah tak boleh letak kat mana-mana ikut suka hati. Tanggungjawab kena pikul. Risiko kena hadapi. Agreement kena baca betul-betul. Dapatkan salinan. Jangan bila dah timbul masalah, baru nak menyesal tak sudah-sudah.

Kita akan membesar. Kalau masalah rumah tak boleh nak hadapi, macamana nak hadapi masalah rumahtangga pulak. Hikhik. Ataupun masalah lain yang lebih besar. Biarlah tragedi dan masalah dengan Mr Hafeez jadi ujian dan iktibar. Halangan pertama. Kalau dengan dia pun tak lepas, entah macamana pulak ujian lain sepanjang hidup ni nanti.

Tapi, kalau nak tak suka kat landlord pun, tetap ada batasannya. Jangan hina diri dia, mahupun kutuk-kutuk belakang. Sebab dia juga orang Islam. Orang tua pulak tu. Umur around 70. Hormatilah dia sebagai orang tua. Kerana Mr Hafeez itu juga milik KITA. Hohho.

Fine, ada orang kata tak Islamik langsung nama rumah kami
Tapi pernah dengar tak nama Sheikh William, orang pertama membina masjid kat England

Thursday, 21 October 2010

Cerita Jaulah Kami

1st time buat report, sori ayat dalam entri ni kaku sikit =)
Dipublish juga di web Isma Eropah dengan nada (lebih) formal

Oldcastle

Berobjetifkan untuk memupuk nilai ukhuwah antara senior dan fresher, jaulah UK Utara ke Newcastle berjaya dilaksanakan dengan lancar pada hujung minggu lepas. Jaulah disertai lebih 20 orang yang rata-ratanya dari Sheffield, Manchester, Edinburgh dan juga tuan rumah, Newcastle.

Perjalanan yang diketuai oleh akhi Iqbal Hakim bermula selepas Isya. Menjejakkan kaki di bumi Newcastle di tengah malam minggu memang mencabar. Cuaca sejuk ternyata tidak menjadi penghalang kegembiraan mereka untuk membina ukhwah dengan teman baru di Newcastle.

Aktiviti bermula seawal Subuh dengan solat dan bacaan al Mathurat di Masjid Madina. Selesai sarapan ringan, gelanggang futsal menjadi tumpuan. Bermain dengan semangat yang padu, ditambah dengan pelbagai gelagat dan gelak ketawa, permainan tamat 4 – 2, dengan dua kad kuning dilayangkan. Yang penting bukannya keputusan, tetapi nilai kebersamaan yang dapat terbina.


Agenda diteruskan dengan melancong ke sekitar bandar Newcastle sehingga ke pesisiran pantai. Teruja dengan pemandangan, peserta jaulah mengambil peluang untuk bergambar mesra sesama mereka. Turut dilakukan, rakaman video promo untuk program musim sejuk akan datang: Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) 24 – 26 Disember 2010.

Video segar dari ladang. Tak edit lagi, even belum jadi public

Rezeki di Newcaslte memang murah. Makanan tengah hari dan makan malam seakan-akan terlebih cukup selepas menerima tajaan daripada kenalan di Masjid Madina. Akiviti diteruskan dengan tayangan mengenai perjuangan rakyat di Palestin. Akhir sekali para peserta dibiarkan untuk bersembang sesama mereka buat malam terakhir di situ.

Jaulah tamat keesokannya selepas solat Subuh. Slot muhasabah sebelum menaiki tren menutup agenda Jaulah UK Utara. Salah seorang peserta, Lathif menyifatkan jaulah ini sebagai menarik dan terharu mendapat layanan hebat daripada tuan rumah. "Jalan di Newcastle memang menyeronokkan walaupun saya pergi bukan untuk membeli barang. Senior memang banyak tolong. Dapat juga berkenalan dengan kawan dan senior baru. Pengisian pada malam itu juga bagus, tentang konsep pahala daripada Allah yang pasti seperti yang Dia janjikan."

Diharapkan ukhuwwah yang berjaya dibina dalam jaulah ini menjadi asas pemupukan nilai-nilai Islami yang lain seperti keikhlasan dan pengorbanan pada masa akan datang.

Mulut ternganga macam naga nak keluarkan asap. Hehhe

Jumpa di Old Trafford dua minggu lagi!

Monday, 18 October 2010

Berehat Sebentar

... kalau boleh kita sama-sama elakkan komunikasi yg kurang berfaedah, gurau senda yang mendatangkan keraguan / hilang thiqah mad'u terhadap dakwah / tarbiah yang kita bawa. Terutamanya jika komunikasi ini berlainan jantina, walaupun mungkin kawan satu batch. Reputasi dan akhlak yang baik perlu dijaga.

Sebagaimana kita maklum dakwah ini bermula dengan qudwah, jadi kita perlu melihat serius isu ini dan sampaikan maani-maani tarbawi ini kepada ikhwah akhawat downline masing-masing yg masih baru. Biarlah ini menjadi keistimewaan dakwah kita.

لِئَلا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

"supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[an Nisa' 4:165]
Shahadatul Haq

Salam perjuangan.

Ini pesanan akhi Sani selepas modifikasi. Ada benarnya. Points to ponder ketika berseronok-seronoknya kita. Muhasabah.

Friday, 15 October 2010

Malam Itu

Dan aku sentiasa doakan
Agar roh infaq itu terus menyala-nyala

Sebelum itu
Kami bercuti tiga bulan. Halaqah dah jadi tak seformal dulu. Infaq: Kejap diminta, kejap xsedar peluang ada. Ramadan pula berlalu. Pernah sehari, aku nekad untuk berinfaq sejumlah wang, tetapi akibat terlambat, melepas peluang. Akhirnya aku dah sampai Uk, bumi yang diceritakan bahawa sponsored-student akan hidup kaya. Lalu aku bertekad, jumlah infaq aku di Sheffield perlu lebih daripada dua kali ganda infaq aku di Kmb dulu. Hanis tambah, orang Islam: Hari ni mesti lagi baek dari semalam.

Seminggu sebelum itu
Aku terbaca artikel di Suhaib Webb, lalu dijadikan status facebook dan juga tema entri dalam blog ni. Hikmah daripada hadis "... I don’t fear for you poverty, but I fear that the world would be abundant for you ..." [Syaikhan]. Aku tak risau kamu jadi miskin. Lalu aku tahu, aku perlu bertanggungjawab atas apa yang aku tulis. Dan akulah yang perlu amalkan apa yang aku tulis terlebih dulu.

Sehari sebelum itu
Keluar dengan Afifi membeli IPhone4. Aku dapat dulu, lepas tu dia. Smart gadjet yang aku terbayang akan memilikinya satu malam sebelum itu. Bertambah aset dunia bererti perlunya berkembang aset akhirat. Dalam masa yang sama, aku sangat mengharapkan doa-doa sulit yang mengharapkan aku tak terleka dengan nikmat dunia ni.

Petang itu
Aku terbaca ayat al Quran mengenai orang yang kedekut. Aku kongsikan sikit dalam satu message kepada ikhwah lain. Kerana ketika itu sudah berkumandang seruan baru untuk menginfaqkan harta kami.
"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. | Jika Dia meminta harta kepadamu lalu mendesak kamu (supaya memberikan semuanya) niscaya kamu akan kikir dan Dia akan menampakkan kedengkianmu. | Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)."
[Muhammad, 47:36-38]

Malam Itu
Ketika diumumkan untuk keluarkan hampir 50pound untuk infaq, aku sahut seruan tu. Aku tak kesah. Sebab aku dah nekad dan excited. Peluang infaq terdahulu aku dah sia-siakan. Sekarang aku tak nak berulang kembali. Duit di tangan tengah banyak. Ketika inilah masa yang sesuai untuk infaq. Dan aku lega, urusanku bakal selesai.

Dan malam itu juga aku mula mengingat kembali. Ini yang aku jumpa. Perang tabuk, waktu susah. Abu Bakar tawarkan semua. Umar infaqkan separuh. Orang kaya Usman dan Abdur Rahman infaqkan sebahagian besar harta mereka. Baki sahabat dengan kemampuan masing-masing. Ada masa Rasulullah tak izinkan sahabat berjihad. Ada masa Rasulullah merelakan pertolongan diberi. Abu Muhammad ingatkan Rasulullah izinkan Abu Bakar infaqkan selepas bertanya soal keluarganya terlebih dulu. Orang lain ada cerita yang lain. Dan aku ingat juga bahawa amal yang sedikit dan berterusan itu lebih disukai oleh-Nya


Dan Selepas Itu
Aku terharu dengan cara Iqbal. Dan aku suka dengan ayatnya kepada kami "... tapi keikhlasan tu i'Allah boleh dipupuk dan akan datang kemudian..perlahan2.." I.K.H.L.A.S. dan P.U.P.U.K. Suka dengan dua perkataan ini. =) Semoga Newcastle berjalan seperti didoakan. =)

Dan Kami juga sedar, 

Tuesday, 12 October 2010

Ketika Kita Penat

Soalnya, adakah kita sudah penat
Kalau amal tak banyak mana, hati belum mengeluh apa-apa

Bagaimanakah yang dikatakan sebagai muslim itu? Untuk lebih memahami frasa ini, kita fahamkan analogi mudah berikut: Bagaimanakah seseorang itu dikatakan sebagai guru? Seseorang itu hanya akan dikenal sebagai guru jika ia hadir ke institusi tempat mengajarnya dan melakukan aktiviti yang berpadanan dengan tugas guru iaitu mendidik dan mengajar di dalam kelas.

Jika ia hadir ke sekolah, tapi duduk di pejabat dan melakukan tugas perkeranian, ia tidak mungkin digelar guru tetapi digelar sebagai kerani. Ia mungkin sahaja hadir ke sekolah, tapi tidak mengajar sebaliknya menyapu sampah dan memotong pokok, maka ia dikenal sebagai pekebun sekolah… Begitu juga muslim. Muslim itu hanya akan menjadi muslim jika ia melaksanakan tugasnya sebagai muslim yang sebenar. Dan apakah tugas muslim yang sebenar itu? Kita baca sambungan ayat al-Quran di atas…


لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
…agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi ke atas dirimu dan kamu semua menjadi saksi atas segenap umat manusia… 
[al Hajj, 22:78]

Sudah sempurnakah tugas kita di atas muka bumi sebagai saksi? Atau kita hanyalah saksi yang sekadar bermain-main dan bersandiwara sahaja di atas muka bumi ini?


Ikhwah dan akhawat fillah,
Benar, dalam melaksanakan misi ini, adakalanya kita akan berasa amat penat… Benar, penat itu fitrah dan hasil sampingan daripada kerja kita. Dan pastinya kita mahu penat itu berbaloi. Jangan kita sekadar super giga mega mentajmik sana sini, tapi kita tidak mampu membawa adik-adik yg kita tajmik itu ke fasa seterusnya… Sangat parah dan berbahaya! Ingat, kita mahu penat itu berbaloi.

Terima kasih akhi Fazdhly atas artikelnya! Blog-jumping lagi, terjumpa taujih daripada akhi gelapcerah. Sungguh, hidup aku bersama entri ikhwah seperti mereka menjadi muhasabah atas amal-amal yang dilakukan.

"... tidak ada yang pantas saya ucapkan kecuali memulangkan segala puji-pujian hanya kepada ALLAH subhana wa taala kerana telah mempertemukan saya dengan beberapa individu yang telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras menegakkan tabia'at agama ini.... tabi'at agama ini yang menuntut kita beriltizam dengan dengan sungguh2 atas jalannya... yakin dan percaya dengan sebenar2 nya bahawa inilah satu2 jalan untuk kita lulus dan mencapai kebhagiaan dalam perjalanan hidup ini yang seseberapa lama.... hingga akhirnya kita menemui "al-yaqin" itu, yakni kematian.... hingga kita menemuinya dalam aksi2 kita yang terakhir dan terbaik di dalam dakwah kepada ALLAH...

ada ikhwah yang duitnya habis kering kontang utk mad'u...ada ikhwah yang sampai demam2 hanya kerana menelaah buku2 fikroh dan menghadiri puluhan pertemuan seminggu...tiada habuan dunia yang didapati kecuali lelah dan lunyai... tetapi inilah bukti syahadah ini...

inilah jalan para rasul2 dan pengikut2 nya terdahulu. inilah yang membentuk keimanan kita kpd ALLAH akan ganjaran yang besar menanti di hari dihimpunkan setiap seorang pernah hidup membebaskan takluk yang lain selain takluk ALLAH dalam kehidupan.... meletakkan diri bahawa setiap yang dilakukan adalah berkenaan hisab di hadapan ALLAH di padang mahsyar kelak... akhirnya, ia membawa kita kepada membenarkan ikrar kita setiap hari..

sesungguhnya solatku....
ibadah ku....
hidupku.....
dan matiku hanya untuk ALLAH semata-mata....

inilah destinasi terakhir aqidah ini dalam setiap jiwa individu muslim....."
Selamat mumahasabah amal. 
Semoga ia menjadi amal unik kita.

Saturday, 9 October 2010

Panjangnya Umur

Happy Birthday untuk Mak saya 
Moga panjang umur sampai dapat buat haji, dan juga murah rezeki

Selalu kita rasa, orang baik-baik ni, tempoh kita hidup dengan dorang ni sekejap jer. Tak sempat nak enjoy lama-lama dengan dorang. Saya di sini pun rasa benda yang sama. Cuti tiga bulan yang lepas, duduk dengan mak bapak di rumah memang rasa sekejap. Tak sempat nak mesra dan sembang banyak-banyak. Nak belajar memasak pun tak habis, hehhe.

Senior kat sini pun sama. Zakwan, Bal, Sarimi dan Sopi dah final year. Dorang memang baik dan best. Rumah kebajikan mungkin akan tamat fungsinya bila Zakwan dah balik Malaysia. Baki setahun rasa macam tak cukup untuk transfer skill dan ilmu penting daripada dorang.

Blog-jumping hari ni, terbaca artikel di murni-suarahati, petikan daripada kolum Ustaz Pahrol, Majalah Solusi 24, menceritakan konsep umur panjang macamana. Memang best dan bermakna.

Imam al-Nawawi, pendek umurnya tetapi “panjang” ilmu dan abadi jasanya. Imam Syaf’I, Imam al-Ghazali.. . tidak empat pecen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad. Begitu juga Umar Ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang dua tahun sahaja tapi keunggulannya mengatasi khalifah Ummayyah yang memerintah lebih lama darupadanya, sama ada yang sebelum atau selepasnya.

Oleh sebab itu, kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu dan jasa. Harta misalnya, boleh memanjangkan umur jika disedekahkan atau diwakafkan. Maka jadilah harta itu amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak juga boleh panjangka umur, yakni dengan menyambungkan silturrahim.

Rahsia kejayaan orang yang “panjang” umur itu ialah kesedaran mereka tentang tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan. Dan impaknya, dunia sentiasa kreatif dan inovatif dalam menambah amal kebaikan.

Salah satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid. Para sahabat Rasulullah panjang umur (dalam kebaikan dan pahala yang berterusan) kerana mereka sangat mecintai mati. Aneh, orang yang cintakan mati panjang umurnya. Manakala orang yang cinta hidup, pendek pula umurnya.
[Solusi Isu 24]

Mati syahid. Tapi realitinya, mereka tetap hidup. Yang berjangkit penyakit wahan (al Wahnu), memang seram mendengarnya. Tapi yang pernah mendengar hadis riwayat Bukhari dan Muslim "Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah,"  mesti rasa biasa, bahkan inilah yang jadi cita-cita dia. Barulah hidup atas dunia bertahun-tahun jadi bermakna. Bermakna untuk selama-lamanya. [Khalidina fiha Abada]

Mereka yang mendapat syahid, tidak sedikit yang berikan penghormatan kepada mereka. Belum kira lagi penghormatan yang diberikan warga-warga langit sana. Baca berita komandan Briged al Qassam yang syahid dalam pertempuran dengan Israel, siapalah yang tak terasa manisnya mendapat peluang syahid sebegitu.


Hebron-Infopalestina: Ribuan warga Palestina mengiringi jenazah syuhada anggota Brigade Al Qassam, Ma’mun Netsyah, Jumat (8/10). Sementara jenazah Nasyat Karumi sedang dalam persiapan untuk dibawa ke tempat kelahirannya Tulkarm, sesuai dengan wasiatnya.

Korensponden Infopalestina menyatakan, ribuan warga Palestina berkumpul secara spontan di depan Rumah Sakit Muhammad Ali Al Muhtasib di kota Tua Hebron. Setelah melakukan aksi penentangan terhadap pasukan Israel, mereka mengusung jenazah dua syuhada di tengah hujan peluru dan gas air mata menuju Rumah Sakit Muhammad Ali Al Muhtasib, kemudian mereka membawa dua jenazah syahid menuju masjid Al Anshar di jalan As Salam di tengah kota.

Koresponden kami menggambarkan, massa yang berkumpul sangat banyak, kesedihan memenuhi mata mereka pada situasi yang belum pernah terjadi di jalan-jalan kota Hebron sejak beberapa tahun terakhir. Massa bersorak untuk Brigade Al Qassam dan meminta perlawanan untuk segera melakukan balasan.

Ribuan warga Palestina menunaikan shalat jenazah untuk dua arwah yang suci ini. Sementara tenggorokan mulai menuntut Brigade Al Qassam melakukan pembalasan. Para pengiring mengusung jenazah Netsyah di atas pundak mereka, kemudian mereka berkeliling di jalan-jalan kota mulai dari masjid Al Anshar sampai pekuburan para syuhada di Wadi Abu Iktilah Barat kota.
Entah la penghujung umur kita ni macamana. Baguslah kalau ada orang yang akan menangisi habisnya umur kita. Yang selalu kita doakan: Allahumma-khtim lana bi husnil khatimah, wa la takhtim lana bi su'il khatimah. Husnul Khatimah. Mati ketika dalam usaha menaikkan semula agama Allah. Biar inilah yang kita sentiasa sebut dan harap-harapkan, insya-Allah.

Setiap kali dengar Ikim kat Uk ni, pasti teringat kat mak dengan radionya
Especially bila slot Ustaz Zahazan =) Tapi kena tunggu pukul 11:30 malam la

Oh, Happy Sweet 17 untuk adik saya pulak esok.
All the best SPM! Kasik berjaya dunia akhirat!

Wednesday, 6 October 2010

Kenapa Pergi Masjid

Entah ni entri ke berapa tentang masjid. Ok, saya terpaksa akui yang saya dah mula gelisah bila duduk jauh daripada masjid. Tapi bila ikhwah dah bagitau ketetapan di sini: Ikhwah yang duduk jauh jauh, paling sikit, dalam sehari mesti sekali ke masjid, adalah rasa lega datang sikit.

Paling tidak, kawan rapat saya nanti merupakan orang yang baik-baik. Yang mujahadahnya kuat. Naik bukit setiap malam memang mencabar. Dengan cuaca dan angin yang sejuk. Perjalanan yang jauh. Yang kuat iman, tak kuat badan pun akan mampu pergi. Yang kuat badan, tak kuat iman belum tentu sampai. Imanlah penggerak utama ke sini, dengan kepercayaan setiap langkahnya akan memberi pulangan rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
[at Taubah, 9:18]

Bukan calang-calang orang yang dapat masuk dalam kumpulan ini: Beriman, solat, zakat dan takut Allah lalu harapannya mereka akan mendapat petunjuk. Kalau kita bukan orangnya, mengapa tidak kita bergaul dengan orang seperti mereka. Cukuplah hadis minyak wangi menjadi penguat semangat kepada kami.
Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya.
[HR Muslim]

Semalam, Andi tag kami di Facebook, suruh baca blog Encik Grimjow. Walaupun tak sampai 4 tahun mahupun 4 minggu duduk di sini, dah boleh rasa sayu apabila membaca entri ni.
"Perbetulkan niat untuk ke masjid tu adalah untuk mendapat keredhaanNya. Lepas tu bila dah satel solat semua, kita boleh bersalaman dan pulang turun bukit ke rumah masing-masing. Serius benda ni best untuk dibuat dan benda seumpama inilah korang akan kenang sampailah bila-bila. Tak mampu untuk 5 kali sehari sebab ada kelas, curilah masa at least waktu isya untuk ke MWHS tu, kerana masjid itu... MILIK KITA!"

mwhs.org.uk

Jenguk di IslamQA, terjumpalah satu soalan yang 95% mirip dengan keadaan kami di sini. Jawapan yang diberikan "If a person is not obliged to pray in congregation because he is far away from the mosque, it is still mustahabb for him, and he should be keen to come to the mosque time after time, especially if he is living far away from other Muslims. By meeting other Muslims he will renew his faith, raise his status, strengthen the bonds of brotherhood and love, and make his children get used to loving and respecting the mosque."

Sunday, 3 October 2010

Aku Tak Risau Kamu Jadi Miskin

“By Allah I don’t fear for you poverty, but I fear that the world would be abundant for you as it has been for those before you, so you compete for it as they have competed for it, so it destroys you as it has destroyed them.” 
[Agreed upon]

Duit elaun memang banyak, walaupun mula-mula ni kami agak kedekut sikit. Heater tak pernah on, untuk jimatkan bayaran gas. Tapi tak ada siapa dapat menafikan, kalau belajar di UK Ireland ni, memang kaya. Duit sentiasa cukup. Berlebih. Kalau convert ke duit Malaysia, satu pound boleh sampai mencecah RM 4.90. Dah kira banyak.


Cerita dan ajakan dah macam-macam. Ada orang nak beli IPhone Blackberry, ada orang nak beli Xbox PS3, juga boot Messi, ada yang nak melancong sampai ke Germany dan macam2 lagi. Entah la. Saya masih tak reti nak respond lagi. Takkan mulut nak cakap lain, prinsip dalam hati tulis lain.

Tarbiyyah saya dengan Dr Abu Muhammad tidaklah terlalu lama. Tapi kalau bab bermewah-mewah ni saya akan selalu ingat kata-kata dia. "Nabi Muhammad tentu lebih memahami maksud [al Araaf, 7:32]" Sehingga sekarang kata-kata inilah yang menahan diri saya daripada baham satu persatu benda mewah atas dunia ini.

Ternyata, kehidupan baginda memang mengagumkan sehinggakan Aishah bercerita "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". [HR Syaikhan] 

Suhaib webb pula menulis "The blessed Prophet recognized the true nature of this life. He understood what it meant to be in the dunya, without being of it. He sailed the very same ocean that we all must. But his ship knew well from where it had come, and to where it was going. His was a boat that remained dry. He understood that the same ocean which sparkles in the sunlight, will become a graveyard for the ships that enter it." Saya bersetuju. 100%.

Kalau buat perbandingan, antara hidup Malaysia dengan sini, hadis Mus'ab b Umair memang cukup untuk menjelaskan. Ketika melihat keadaan Mus'ab, teringatlah Nabi Muhammad kepada kemewahannya ketika di Mekah dahulu. Menitis air mata baginda. Lalu inilah yang disabdakan "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
[HR Turmizi]

Ini penilaian sendiri-sendiri. Bagaimana anda menjinakkan nafsu dunia dalam hati masing-masing. Yang baiknya adalah seperti sabda baginda: Hari ini lebih baik daripada hari itu. Tetapi persetujuan kita tetap sama, infaq tetap infaq. Lokaliti kami dah tetap kadarnya. Sikit saya kira. Tapi kalau dah rasa mula mengarut-ngarut dalam spending tu, tak salah pun kalau nak infaq lebih, buat besarkan kantung amalan akhirat sana nanti. Lagi kekal nilaiannya.

Kaya vs Mewah. Hiduplah seperti hayat pedagang. Kun Ghariban!
Encik Hamka pun ada entri versi dia sendiri
Sham Tech pun ada gaya kaya dia sendiri =)

Popular Posts