Wednesday, 30 June 2010

Takutnya Mereka Kepada Dosa

... ‘Nah, apa lagi laporan selanjutnya?” tanya Khalifah

Keempat: Sewaktu-waktu Gabenor menutup diri untuk bicara. Pada saat-saat seperti itu, biasanya beliau pergi meninggalkan majlis.”

“Silakan menanggapi, wahai Gabenor Said!” kata Khali fah ‘Umar.

“Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan almarhum Khubaib bin ‘Ady dihukum mati oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka menyayat-nyayat tubuh Khubaib berkeping-keping. Pada waktu itu mereka bertanya mengejek Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”

Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri …“

‘Demi Allah…!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan peristiwa, ketika saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahawa dosaku tidak akan diampuni Allah swt.”

"Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘Umar mengkahiri dialog itu.

Edit daripada: http://dakwah.info

1. Subhanallah. Hebatnya golongan para sahabat baginda Muhammad. Generasi yang perlu juga kita teliti sirah dan kehebatannya sebagai teladan. Tidak hairanlah Rasulullah pernah bersabda: “Jangan kamu mencaci sahabatku. Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya..kalau sesiapa pun menginfaqkan emas seperti gunung Uhud nescaya ia tidak akan menyamai satu cupak yang diinfaqkan oleh mereka (sahabat) bahkan tidak menyamai setengah cupak” [HR Syaikhan]

2. Dalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa Sa'id sentiasa pengsan ketika majlis mesyuarat gabenornya tersebut berlangsung. Mereka terpengsan-pengsan memikirkan dosa dahulu kala, bahkan dosa yang mereka lakukan kerana kebodohan dalam kejahiliahan. Kita, entah-entah yang difikirkan "Kejap lagi berdosa, lepas tu bertaubatla. Allah kan Maha Pengampun..."


3. Kita baru diancam sedikit dah terkial-kial. Khabbab, walaupun disiat-siat dan dipotong anggota tubuhnya satu persatu, masih lagi sanggup berkata "Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri". Fuh, jauh perbandingan keberanian kita dengan mereka. Umpama nisbah satu dengan infiniti.

Namun, bukan suatu kemustahilan untuk membina diri ke arah itu!

Tuesday, 29 June 2010

Nak Tegur, Biarlah Berhikmah

Menegur sesuatu, biarlah dengan teguran yang jelas. Agar mereka yang ditegur mampu melakukan perubahan. Lebih-lebih lagi jika kesalahan yang dilakukan bersifat fatal, yang mampu membawa keburukan yang lebih teruk.

Kalau teguran tidak jelas, lagi tidak berhikmah, jangan pula melenting jika teguran tidak dilayan, mahupun dibalas dengan kata keji dan nista. Adanya di kalangan mereka bukannya degil tidak mahu berubah, tapi tak faham mengapa mereka perlu berubah / ditegur.

Yang menegur, bertambah sakit hati. Yang ditegur, menjadi panas hati. Mungkin juga tawar hati.


Ada baiknya direnung kisah yang berlaku kepada Rasulullah bersama Ibn Ummi Maktum yang buta. Kerananya, 10 ayat al Quran diturunkan untuk menegur perilaku Rasulullah.
1. Ia memasamkan muka dan berpaling, 2. Kerana ia didatangi orang buta. 3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama Yang didapatinya daripadamu)! - 4. Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadaNya. 5. Adapun orang Yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), 6. Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya. 7. Padahal Engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). 8. Adapun orang Yang segera datang kepadaMu, 9. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), - 10. Maka Engkau berlengah-lengah melayaninya.
[Abasa, 80:1-10]
Apa yang diceritakan / dijelaskan:
1. Detail kesalahan yang dilakukan.
2. Peristiwa / masa ketika kesalahan berlaku
3. Sisi yang terlepas pandang sehingga berlaku kesalahan
4. Peristiwa yang mungkin berlaku apabila kesalahan tidak dilakukan
5. Pro / Cons kesalahan yang dilakukan

Agama itu nasihat. Maka nasihat-menasihatilah agar kita hidup dalam suasana harmoni.

Monday, 28 June 2010

Program Silaturahim Negeri

Alhamdulillah, al Quds Day berjalan diadakan seperti yang dijadualkan, namun pengisian slot berubah di akhir masa untuk memudahkan peserta sasaran yang bakal menduduki test pertama mereka.

Bertemu dengan Encik Notalelaki, Encik AgarBisaMenangis dan ikhwah lain serata negeri Perak menjadikan liqa 2 hari kami di Utp ceria dengan ragam masing-masing. Mudah-mudahan pertemuan semalam cukup untuk menjadi inspirasi memandu semula hati ini ke jalan dakwah, selain menambah semula selera beribadah secara bersungguh kepada Allah. 

Sebagaimana yang dijanjikan, berikut merupakan slide presentation untuk Bicara Siswa, versi complicated, selepas dicompress dan disimplify secara tidak bertauliah selepas penat bermain futsal. Semoga bermanfaat!



Klik untuk paparan imej besar

Ingatkan nak paste countdown Akmal before IB Result Keluar
Bukak facebook, dah tak ada. Kesian dia kena belasah =)

Saturday, 26 June 2010

Sebelum Mata Terlena

Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini


Muhasabah itu penting. Kerana nafsu kita siang dan malam mengajak ke arah kejahatan dan kesia-siaan. Setidak-tidaknya muhasabah ini akan bertindak sebagai pengawas atas segala tindakan yang kita lakukan.

Muhasabah itu berbeza-beza. Ada yang ketat, ada yang longgar. Petanda anda termasuk orang yang bertaqwa adalah apabila menambah ketatnya muhasabah anda berbanding sebelumnya. Lebih ketat daripada analisis seorang businessman

Ketika datangnya kegelapan kezaliman ke dalam diri, pastikan ubatinya semula dengan muhasabah, agar taqwa terus menyinar semula di dalam hati.

Idea daripada: Abdul Hamid al Bilali, Taujih Ruhiyah, Penerbit an Nadwah, 2007

Friday, 25 June 2010

Semangat Dulu, Baru Faham

Tidak salah andai semangat datang dulu dan kefahaman kemudian.

Sayyidus Syuhada Hamzah b Abd Mutallib, semangat membela anak saudara datang dulu, baru kefahaman Islam datang kemudian.

Saudara Shah Kirit, semangat nak kahwin baru dia masuk Islam, kemudian baru kefahamannya datang.

Ikhwah/akhwat kita, kebanyakannya memula langkah dengan kefahaman yang minimal dan semangat yang membara (karakter syabab), tetapi insyaAllah, kefahaman itu akan datang, hakikatnya sunnah perubahan adalah tadarruj (bertahap).

Edit daripada: abu_humaira @ www.halaqah-online.com

Semoga semangat sudah menemui kefahaman

Thursday, 24 June 2010

Dahsyatnya Cinta Pertama

Hadirlah cinta, cinta pertama
Hadirlah cinta, cinta utama

Orang kata, cinta pertama ini, apabila dah break up, susah nak dilupakan.
Mana taknya, sepenuh jiwa dah diberikan kepada yang tersayang tu.
Walaupun dah jumpa cinta yang kedua / ketiga / seterusnya, pasti kita akan terkenang juga cinta kita yang pertama.

Efeknya cukup mendalam.

Begitu juga dengan diri kita. Sewajarnya cinta pertama yang berlaku dalam diri kita merupakan cinta kepada Allah. Andai tiba-tiba datang cinta kedua, mengatasi cinta yang pertama, maka jangan dilupakan terus cinta pertama, kerana peluang kedua masih terus wujud untuk cinta pertama menjadi cinta yang teratas semula.

Kerana hidup kita penuh dengan cinta. Cintakan perempuan, harta, nama kemasyhuran, bahkan juga keseronokan dalam penjajahan.

Dalam sirah Sahabat ra, ada disebutkan mengenai kisah cinta Zubair b al Awwam. Hayati kisahnya:
... hingga ahli sejarah menyebutkan bahawa pedang pertama yang dihunuskan untuk membela Islam ialah pedang Zubair bin 'Awwam.

Pada hari-hari pertama dari Islam, sementara Kaum Muslimin waktu itu sedikit sekali hingga mereka selalu bersembunyi-sembunyi di rumah Arqam, tiba-tiba pada suatu hari tersebar berita bahawa Rasul terbunuh.

Seketika itu, tiada lain tindakan Zubair kecuali menghunus pedang dan mengacungkannya, lain ia berjalan di jalan-jalan kota Mekah laksana tiupan angin kercang, padahal ia masih muda belia ..! Ia pergi mula-mula meneliti berita tersebut dengan bertekad andainya berita itu ternyata benar, maka niscaya pedangnya akan menebas semua bahu orang Quraisy, sehingga ia mengalahkan mereka, atau mereka menewaskannya....

Di suatu tempat ketinggian kota mekah, Rasulullah menemukannya, lain bertanya akan maksudnya. Zubair menyampaikan berita tersebut .... Maka Rasulullah memohonkan bahagia dan mendoakan kebaikan baginya serta keampuhan bagi pedangnya.
Edit daripada: http://www.alsofwah.or.id/

Dahsyatnya cinta pertama ini. Yang pasti, masihkah kita ingat cinta pertama kita?



"nazrul nk koyak ape. haha. kalau izzat aku phm la. lol"
Sensitif gambar ni. Maaf siap-siap ek.
Mereka juga termasuk cinta saya!

Wednesday, 23 June 2010

Teka-teki Sahabat II

Menyelongkar Tugasan Halaqah Lama-lama Dulu

Part I | Part II

Kali ini, mari kita main teka-teki. Siapakah sahabat ra yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa berikut.
Jawapan dah di"font-putih"kan. Highlight untuk melihat jawapan.

Petikan diambil daripada ar Raheeq al Makhtum, berkisar peristiwa di Madinah, mengikut kronologi.

Perutusan Kepada Raja Dan Gabenor
Rasulullah memilih Hatib bin Abi Baltaah untuk membawa risalah ini, kepada al-Maquqis. Sebaik sahaja beliau di hadapannya Hatib pun berkata: "Pemerintah sebelum kau ini telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan tertinggi maka Allah mengutuknya di dunia dan akhirat, dengan itu Allah menghukum ke atasnya dengan bala dan azabNya, harap kiranya kau boleh mengambil pengajaran darinya, dan jangan biarkan diri kau menjadi bahan pengiktibaran orang kemudian."

Perang Al-Khaibar Dan Wadi Al-Qura
Ketibaan Jaafar telah disambut oleh Rasulullah dan Baginda mengucupinya seterusnya Baginda bersabda: "Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, Apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"

Perang Al-Mu'tah
Sekiranya Zaid gugur maka Jaafar mengambil tempatnya dan seandainya Jaafar turut gugur syahid, maka Abdullah bin Rawahah pula tampil mengambil teraju kepimpinan tentera Islam, di sini Rasulullah menyerahkan mereka sebuah bendera putih yang diberinya ke tangan Zaid bin al-Harithah.

Perang Pembukaan Kota Mekah
Kemudian kata al-Abbas pula: "Wahai Rasulullah, Abu Sufian ini jenis manusia suka berbangga, buatlah sesuatu untuk beliau". Kata Rasulullah (s.a.w): "Ya, sesiapa yang berlindung di dalam rumah Abu Sufian beliau adalah selamat dan sesiapa masuk ke dalam rumahnya dan mengunci dari dalam maka beliau pun selamat dan sesiapa memasuki Baitullah al-Haram maka beliau ini pun selamat juga".


Perang Tabuk
Manakala tiga orang mukmin yang sejati yang tidak menyertai peperangan, iaitu Ka'ab bin Malik, Mararah bin al-Rabi' dan Hilal bin Umaiyah bertegas menyatakan hakikat yang sebenarnya. Kepada mereka bertiga, Rasulullah telah memerintah sekalian para sahabat supaya tidak menegur sapa . dengan mereka, maka berlakulah satu pemboikotan yang hebat terhadap tiga orang sahabat ini.

Hajjah Al-Wida'
Adapun yang bertanggungjawab melaung dan menyampaikan ucapan Rasulullah kepada orang ramai di padang Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyah bin Khalaf. Sebaik sahaja selesai Rasulullah menyampaikan ucapannya itu turunlah firman Allah yang yang bermaksud:

Di hari ini telah Ku sempurnakan hagi kamu agama kamu dan Kita lengkapkan ke atas kamu nikmatKu, dan Ku meredhai bagi kamu Islam sebagai Deen " (al-Maaidah: 3)

Semasa Umar mendengar firman Allah itu beliau terus menangis dan setelah ditanya, mengapa beliau menangis? Jawab beliau: "Kerana selepas kesempurnaan akan menyusul pula kekurangan".

Wafat
Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?. Jawab Fatimah: "Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah (s.a.w) membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".

Semoga Berjaya

Teka-teki Sahabat

Menyelongkar Tugasan Halaqah Lama-lama Dulu

Part I
| Part II

Kali ini, mari kita main teka-teki. Siapakah sahabat ra yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa berikut.
Jawapan dah di"font-putih"kan. Highlight untuk melihat jawapan.

Petikan diambil daripada ar Raheeq al Makhtum, berkisar peristiwa di Madinah, mengikut kronologi.

Marhalah Pertama
Abdullah bin Salam. Beliau merupakan salah seorang ahli agama Yahudi, semasa beliau mendengar berita kedatangan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah, yang turun di kalangan Banu al-Najar, segera beliau menemui Rasulullah, beliau mengemukakan beberapa pertanyaan yang tidak mungkin dijawabnya kecuali seorang nabi Allah, setelah beliau mendapati jawapan, segera beliau beriman dengan risalahnya, tidak sempat berubah tempat, dan beliau menegaskan kepada Baginda: Sebenarnya kaum Yahudi adalah satu kauin pendusta, sekiranya mereka mengetahui mengenai keislaman ku sebelum tuan hamba menyoal mereka nescaya mereka dustakan daku.

Stuktur Masyarakat Baru
Setelah mereka tiba di Madinah, Rasulullah terus mempersaudarakan antara Abdul Rahman bin Auf dengan Sa'd bin alRabi', sehingga beliau berkata kepada Abdul Rahman: Sebenarnya aku ini orang Ansar yang terbanyak hartanya, di sini aku hendak bagi dua, isteriku pun dua kau pilinlah mana seorang dari mereka yang berkenan dihati kau, dan aku hendak ceraikan, selepas selesai iddahnya kau kahwinlah dengannya.

Perang Badar
Kedua-dua mereka pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: "Saya Rasulullah". Tanya Baginda: "Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?" Jawab mereka: "Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka", maka sabda Rasulullah s.a.w: "Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya". Setelah selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra'.


Perang Uhud
... semasa Quraisy bergerak dengan tenteranya ke Uhud Jabir telah menjanjikan: Sekiranya kau dapat membunuh Hamzah bapa saudara Rasulullah sebagai menuntut bela ke atas kematian bapa saudaraku maka akan ku bebaskan kau, dengan itu aku pun keluar menyertai orang ramai, daku adalah keturunan Habsyah, biasa mengguna seligi ala orang-orang Habsyah dan jarang akan tersisih sasarannya, di ketika pertempuran sengit berlaku, ku memerhatikan di mana gerangan Hamzah, setelah ku dapatinya di celah-celah orang ramai seperti seekor unta gagah, beliau mengasak orang ramai, tiada siapa yang mampu membendung, demi Allah aku tidak menghirau sesuatu pun selain dari Hamzah semasa itu ku cuba bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu ...

Perang Banu Mustala' Atau Al-Muraisi
Allah (s.w.t) jua yang berkuasa mentadbirkan urusanNya di dunia ini, di situ Saidatina Aisyah terlena dek keletihan perjalanan, beliau sedar apabila mendengar laungan dari Safwan bin Ma'tal yang menyebut: "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun, Isteri Rasulullah? "

Perjanjian Al-Hudaibiah
Selepas Rasulullah selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda pun menyeru kepada sidang muslimin dengan sabdanya: "Ayuh sekarang kamu boleh bersembelih". Demi Allah tak seorang pun bertindak, hingga terpaksa Baginda menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang menyahut. Dengan keadaan berduka Rasulullah bangun dan masuk ke dalam khemah, menemui isterinya Ummu Salamah. Baginda menceritakan kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi respon kepada seruannya, maka jawab Ummu Salamah: "Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan itu?" Ayuh Rasulullah, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut apa-apa suruhan pun, kemudianjemput tukang cukur mencukur rambut tuan hamba".

Semoga berjaya!

Tuesday, 22 June 2010

Perbezaan Ahli Sunnah dengan Syiah

Senarai Ringkas Titik Perbezaan dan Pertentangan antara Ahli Sunnah Wa al Jamaah dgn Syiah Imamiah dalam Masalah I’tiqad dan Kepercayaan.

Buku: Asas-asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas (Imamiah)
Pengarang: Sayyid Muhibbuddin al Khatiib
Alih Bahasa: Hj. Salahuddin Abdullah
Penerbitan: Pustaka Antara



Klik untuk paparan yang lebih jelas

Monday, 21 June 2010

Ini Hasil Doa-doa Mereka

Kisah Zaid b Amr 
Zaid berhenti berkelana. Dia kembali ke Mekah menunggu nabi yang dijanjikan. Ketika Zaid sedang dalam perjalanan pulang, Allah mengutus Muhammad menjadi nabi dan rasul dengan agama yang hak. Tetapi, Zaid sebelum sempat bertemu dengan baginda, dia dihadang perompak-perompak Badwi di tengah jalan dan terbunuh sebelum dia kembali ke Mekah. Sewaktu dia akan menghembuskan nafasnya yang terakhir, Zaid menengadah ke langit dan berkata, 
"Wahai Allah, jika Engkau mengharamkanku dari agama yang lurus ini, janganlah anakku Sa'id diharamkan pula daripadanya."
Download dan Edit daripada: e-book www.pakdenono.com

1. Doa Zaid b Amr akhirnya dikabulkan Allah. Anaknya, Sa'id b Zaid diiktiraf oleh Rasulullah sebagai salah seorang sahabat yang dijamin memasuki syurga dalam suatu hadis bersama sembilan orang sahabat yang lain.

2. Apa yang saya pelajari, dalam kesenangan yang kita rasai dalam hidup kita, adanya hasil daripada doa yang dipohon oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim, dalam [al Baqarah, 2:158] pernah berdoa kepada Allah, dan kelihatannya doa baginda dimakbulkan oleh-Nya.

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

3. Dalam konteks tarbiyyah dan dakwah, keberadaan kita dalam medan ini tidak mustahil merupakan hasil doa ibu bapa datuk nenek moyang kita yang terdahulu. Mungkin sahaja mereka tidak berpeluang berhalaqah, sebarkan dakwah, namun hati kecil mereka berharap agar anak cucu mereka melakukannya pada masa akan datang, umpama kisah Zaid b Amr dalam cerita di atas.

4. Begitu juga dengan nikmat-nikmat yang lain. Ibu bapa, sebagai contohnya pasti mendoakan anak-anaknya berjaya cemerlang di dunia dan akhirat. Kita rasakan kita berjaya dan terus berjaya kerana hasil usaha dan kesungguhan kita, rupanya ada orang lain yang turut membantu dan mendoakan diri kita secara rahsia.


5. Pengajaran bagi kita, sewajarnya kita mendoakan juga agar orang lain turut merasai nikmat Islam, tarbiyyah dan dakwah atau kebaikan-kebaikan lain seperti yang kita rasai sekarang, ataupun yang lebih baik. Terutamanya bagi anak cucu kita, selain anak halaqah dan juga ikhwah seperjuangan. Mudah-mudahan dengan cara ini, kita dapat membina generasi Qurratu A'yun sebagaimana yang terkandung dalam doa pada [al Furqan, 25:74]

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Saturday, 19 June 2010

Iblis yang Tidak Bodoh

Iblis itu meskipun hanya mahu sujud kepada Allah sahaja
Bukanlah dia penganut tauhid yang terhebat

Seorang akh bertanya dalam halaqah kami minggu ini. Soalan retorik.

Antum ingat bila iblis dihalau keluar daripada syurga, dia tak buat apa-apa ker? Dia senang-lenang duduk atas singgahsananya? Tunggu sampai hari kiamat?

Memang le x. Senang gila jawapan.

Dan antum ingat, kerja dia bodoh-bodoh dan simple-simple kacau orang je ker? Jatuh-jatuhkan iman orang macam kita ini? Yang memang dah sedia  tak kuat ni.



Itulah dia iblis dengan perancangan-perancangannya di seluruh dunia. Apa jenis kerosakan yang berlaku atas muka bumi ini, pasti dia ada di belakangnya. Sekecil-kecilnya, mahupun yang sebesar-besarnya. Agar Islam tidak bangkit semudah teori dan formula. Illuminati, freemasonry, assasination, perang saudara, tikam belakang etc.

Kompleks prosesnya. Hebat perancangannya. 

Maka kita perlu berusaha untuk menjadi sehebat dirinya, bahkan lebih hebat lagi. Jangan mudah menyerah andai ada ujian mendatang. Itu baru kecil dan sedikit. Berjiwa besarlah!

Kerana inilah janjinya yang meyakinkan
He said, ‘Now, by Your might, I shall surely pervert them all,
[Saad, 38:82]

Jika kail panjang sejengkal
Manakan laut mahu diduga

Friday, 18 June 2010

Lalat yang Hebat

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas

Agak-agaknya, orang beriman itu, dosanya kecil mana?
Orang munafik pula, dosanya besar mana?

Tetapi, kenapa Rasulullah pernah bersabda:
Seorang mukmin memandang dosa-dosanya seperti orang yang duduk di bawah sebuah gunung, dia berasa takut jika gunung itu akan menimpanya.

Sedangkan seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dengan menggerakkan tangannya sedikit sahaja, lalat itu akan terbang.

[HR Bukhari]

Yang kecil, seolah-olahnya menjadi cukup besar. Yang besar, tiba-tiba dianggap kecil.

Paradoks sungguh!

Thanx Sifoo Anas for tweeting this video

Harga selautan syukurku
Hanyalah setitik nikmat Mu di bumi

Thursday, 17 June 2010

Bagaimana Kita Bangun Semula?

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Kenapa apabila budak kecil jatuh, dia terus cuba untuk bangun semula? Sedangkan apabila orang tua terjatuh, dia susah untuk bangun semula?

Apa bezanya antara budak kecil dengan orang tua?

Kerana si budak kecil itu menjalani proses pembesaran. Sedangkan orang tua itu melalui proses penuaan.


Apa status kita?

Jatuhnya kita sekali, adakah kita mencuba untuk bangun semula? Atau jatuhnya kita, tak mampu untuk terus bangkit semula, lantaran retaknya tulang pinggul dan tulang belakang?

Jalanilah proses pembesaran. Membesar untuk menjadi manusia yang hebat dan kuat!

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Berkat itu Apa?

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu


Suka-suki Waktu Cuti


Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
[al Araaf, 7:96]

Wednesday, 16 June 2010

How to Get Rid of Dogs?

Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

It is related that an old man asked a young lad what he would do if he saw shaytan.

“I would hit him,” the young man said.

“And if he came back?”

“I would hit him again,” he replied.

And the old man asked the same question, and the young man gave the same response.

Shaking his head, the old man said, “If you were walking on a road and a ferocious dog came to you, how often would you hit him to make sure he doesn’t come back? Rather the smarter way is to ask the master of the dog to remove it from your path.


And this is why we seek refuge in Allah when we begin the prayer. Ibn Al Qayyim said that it is narrated that when we commence the prayer, Allah orders for the barrier between us to be lifted and we are directly facing our Lord, yet if we turn away (i.e. get distracted) the barrier is brought back down. And it is in these moments of heedlessness that the shaytan tries to make one thought lead to another but when the barrier is removed, shaytan does not dare to distract us.


[Fatir, 35:6]
Truly Satan is an enemy to you. So treat him as an enemy, by being obedient to God and do not obey him; he only summons his faction, his followers in disbelief, so that they may be among the inhabitants of the Blaze, the fierce Fire.

Tuesday, 15 June 2010

Berat dan Ringan

Jenis-jenis at Takhfif
Dr Abd. Basit Abd. Rahman
Solusi Isu #12
Klik imej untuk besarkan

Rukhsah: Mengikut Taraf Keringanan

Rukhsah: Mengikut Sebab
Suka-suki Waktu Cuti

Saturday, 12 June 2010

Jangan Cuba-cuba Menipu

How to Tell If Your Guy Is Lying
Mintak maap: Nak dating, biar ikut syariat!
Nicole Jurick

Suka-suki Waktu Cuti

Menipu tak ke mana. Menggelisahkan lagi hati anda.
"Sesiapa yang menipu, dia bukan daripada golonganku" [HR Muslim]

Wednesday, 9 June 2010

Tarbiyah Dzatiyah

Rasa penat bermujahadah?
Hilangkan perasaan tersebut dengan mencuba dan menghayati skill baru dalam buku ini

Antara perkara penting dalam pembentukan Individu / Fardu Muslim itu ialah Tarbiyyah Dzatiyyah. Ia merupakan suatu cara untuk memastikan diri sendiri terus bersama dengan proses tarbiyah selain memastikan diri sentiasa terjaga daripada unsur² yang boleh merosakkan diri seperti maksiat, nifaq, kufr dll.




Download di sini:
Tarbiyyah Dzatiyah.pps
Tarbiyyah Dzatiyah.jpg

Judul Buku : Tarbiyah Dzatiyah
Judul Asli : At-Tarbiyah adz-dzatiyah ma’alim wa taujihat
Penulis : Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan
Penerjemah : Fadhli Bahri, Lc
Penerbit : An-Nadwah, Jakarta
Tahun : 2002
Ukuran Buku : 96 ha1; 1,5 cm x 17,5 cm
ISBN : 979-3180-06-4
Edisi Cetakan : Cetakan V, Jumadil Akhir 1425 H/ Agustus 2004 M

Semoga terus bercuti dalam rahmat dan pemeliharaan Allah
Elakkan Futur dan Lalai Menjadi Teman Karib Anda

Monday, 7 June 2010

Step Towards Excellent Person

Program STEP Universiti Kebangsaan Malaysia
Anjuran Purebase Training Centre
5 - 6 Julai 10

Nota Ahli Panel Pertama
Forum Potret Pelajar Mukmin: Antara Cabaran dan Realiti

Pusingan pertama: Akademik
1) Cara belajar/ teknik/ rahsia
  • Kaitkan dengan masalah niat belajar, niat dapat tinggi dalam exam.
  • Kisah cicak yang meniup api kpd nabi Ibrahim a.s. Walaupun api yang ditiup itu kecil/sedikit, tapi kerana perbuatannya itu cicak telah dilabelkan binatang yang tidak bersyukur.
  • Macam tu juga dengan kita, yang kena ikhlaskan niat hanya kerana Allah. Jangan nilai kecil masalah niat ini... kerana niat ini penentu, atau pemisah antara adat dan ibadat
  • Teknik belajar: Tumpuan dalam kelas, Study group, Soalan past year, Nota ringkas / bergambar, Hafalan / tilawah / qiam / doa / solat hajat




Pusingan kedua:
1) Komitmen lain di sekolah (jawatan, kelab, pengawas, koko)
Adakah wajar pelajar yang ikut halaqah ni, menyertai mana-mana kelab atau persatuan lain yang sekolah tawarkan??
  • Suasana berpersatuan di sekolah?? (lebih-lebih lagi di sekolah yang biasa)
  • Tekankan masalah ikhtilat
  • Ikhtilat: apa yang Islam gariskan
  • Kalau memang terpaksa macam mane?? Macam mane nak handle...

Pusingan ketiga:
1) Masalah keluarga yang menekankan akademik (pergi sekolah semata-mata utk belajar)
  • Islam syumul, jadi kena ambil semua
  • Terangkan agenda yahudi dalam SEKULARISME (pemisahan agama dengan dunia)
  • Keluarga masih belum faham, jadi ambil masa untuk terangkan perkara yang sebenar (take time)
  • Sembunyi-sembunyi (ikut sunnah Rasulullah)
  • Dakwah fardiyyah secara berkala, bukan secara drastik

Sibuk-sibuk awal cuti ini, dapat juga turun ke KL untuk berprogram
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan
Semoga dakwah sekolah dapat digencarkan!

Friday, 4 June 2010

Tafsir dan Tadabbur

Pertanyaan:
1. Apa beza antara mentaddabur dengan mentafsirkan ayat Al Quran?
2. Ada hadis yang melarang kita untuk mentafsir al quran tanpa ilmu disertai ancaman dosa. Walaupun benar, bagaimanakah takwil atau maksud hadis tersebut, tentunya darjat hadist juga kami perlukan

Hal tersebut kami tanyakan sebab dalam pengajian kami yang melibatkan orang umum, saat kami cuba mentaddaburi ayat Al Quran, seorang jamaah dikecam. Dan dinyatakan bahawa kita tidak boleh melakukannya, dan menyebut hadis tersebut.

Kalau kita tidak boleh mencuba memahami Al Quran, lalu bagaimana? Bukankah ayat Alquran kebanyakan ayat yang muhkamat dan jelas maksudnya.

Jawapan:
Assalamu `alaikum Wr. Wb.
Al-Hamdulillahi Rabbil `Alamin, Washshalatu Wassalamu `Alaa Sayyidil Mursalin, Wa `Alaa `Aalihi Waashabihi Ajma`in, Wa Ba`d

Tadabbur adalah aktiviti merenung dan meresapi makna yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim. Sedangkan tafsir adalah menjelaskan makna dan kandungan yang ada pada suatu ayat. Bezanya adalah yang satu merenungkan atau meresapi sedangkan yang lainnya adalah menjelaskan. Hampir sama, meskipun tetap ada bezanya.

Pengetian Tafsir
Tafsir itu berasal dari bahasa arab yang bererti menyingkap sesuatu yang tertutup. Dan secara istilah menurut Abu Hayyan, tafsir itu adalah ilmu yang membahas cara pengucapan lafaz Al-Quran Al-Karim, petunjuknya, hukumnya, baik ketika berdiri sendiri mahupun ketika tersusun dalam suatu rangkaian, serta hal-hal yang melengkapinya.

Wednesday, 2 June 2010

Naik ke Atas, Turun ke Bawah

Iman adalah mutiara Di dalam hati Manusia
Yang meyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa

Ketika Iman terasa mencanak-canak naiknya, ingatlah bahawa Allah telahpun berfirman dalam al Qurannya.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
[al Ankabuut, 29:2]

Ketika iman terasa menjunam sebawah-bawahnya, ingatlah bahawa Rasulullah telahpun bersabda dalam suatu hadis yang sahih

Andaikan kamu semua konsisten menjalankan apa yang kamu terima dariku, tentu para malaikat akan menjabat tanganmu di tempat tidur dan di jalan. Tetapi, Hanzalah, sesaat kita ingat, sesaat kita lupa.
[HR Muslim]
Ayuh Jaga Iman!

Popular Posts