Tuesday, 27 April 2010

Jangan Lemah

Give them times to learn the mistakes first
before they repair people's mistakes
But remember, it must be as short as possible


Rintangan pertama di jalan dakwah yang dihadapi oleh para duat ialah manusia berpaling dari mereka dan tidak mempedulikan mereka kecuali yang telah diberi hidayat oleh Allah. 

Sekiranya dugaan-dugaan sedemikian rupa membuat mereka merasa susah, melemahkan keazaman mereka dan mereka tidak berpuas hati dengan sambutan yang telah diperolehi, maka dia telah gagal di permulaan jalan dakwah. 

Janganlah diharapkan lagi mereka ini untuk meneruskan jalannya bersama angkatan para pendokong dakwah kepada Allah.


مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلا الْبَلاغُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ
Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
[al Maidah, 5:99]

Saturday, 24 April 2010

Beranilah

Mereka tahu adanya Tuhan Tapi mereka tidak menunaikan kewajipan
Mereka tahu benarnya Quran Tapi mereka tidak mengambil pengajarannya
Menyedari ummat sedang bermasalah, seorang dai tidak seharusnya berjiwa penakut. Penakut yang mengurangkan kejantanan dirinya dalam tarbiyyah. Kerana ummat memerlukan sumbangan tenaganya untuk membimbing mereka.

Entah berapa banyaknya sifat penakut dalam diri kita, yang berpunca daripada sangka-sangkaan semata. Takut yang tak tentu pasal. Seandainya diri dapat digagahkan untuk melawan penyakit ini, pasti kita akan berada jauh lagi ke depan.

Takutkan melakukan kesalahan dalam beramal, ada yang terus meninggalkan amalan tersebut, bahkan lebih teruk lagi, tidak mahu langsung mempelajari cara untuk mengamalkannya. Bila jadi macam ni, lebih seronoklah syaitan melompat, berjaya melakukan tipu daya kepada orang tersebut.

Takutkan [Kabura Maqtan] atau kemurkaan Allah seperti dalam [as Saff, 61:2,3] kerana tidak membuat apa yang dikatakan, dia langsung diam, tidak mahu menjadi baik, dan membaikkan orang lain. Dia lupa salahnya manusia apabila tidak menyampaikan seruan, apatah lagi yang tidak menyampaikan seruan, dalam masa yang sama, melakukan dosa kesalahan.

Takutkan tanggungjawab yang akan dipikul selepas membina Bait al Muslim, baik terhadap diri, isteri, ipar mentua ataupun anak, dia langsung tidak mahu menikah memikirkan bebanan yang akan ditanggung.

Takutkan sifat perjalanan dakwah ini yang sangat panjang dan penuh dengan ujian, dia langsung memilih untuk berhenti atau tidak melibatkan diri, agar tidak berjumpa cabaran-cabaran yang akan datang melanda.

Alamak. Macam mana ni Bro? Sampai bila nak maju? Kata atuk nenek kita, orang yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah mencuba. Janganlah takut untuk gagal, lalu menyebabkan takut untuk berbuat. Selamanya orang macam itu akan berada di takuk lama jika dia tidak berani men”try dan error”.


Berjiwa besarlah. Usah terbeban dengan hal yang remeh temeh. Anda sudah besar, perlu matang. Bukan berselindung di sebalik alasan-alasan yang kebudak-budakan.

Tolong Jangan Beralasan. Katakan Sami'na wa Ataa'na

Wahai manusia sedarilah insafilah
Bertaubatlah berdoa bersedekahlah
Semoga Tuhan memberkati hidupmu

Monday, 19 April 2010

Memoir Ukhwah

Berjumpa dengan ikhwah itu sangat membahagiakan
Lebih-lebih lagi ketika menghayati bahawa ukhwah itu dasarnya iman, bukannya kumpulan

Masjid Klia, 7 Feb 10

Semalam dapat berjalan keluar bersama ikhwah, dibawa akh Faridul ke walimatul urus Zahir dan zaujahnya di Nilai. Barakallahu lakuma doaku buat mereka, mudah-mudahan Bait Muslim yang dibina berkekalan selain mampu melincirkan lagi proses pembaikan ummah.

Sembang-sembang dengan Faridul, yang disegani kehebatannya, walaupun sekejap tetap dicari manfaatnya. Walau isu yang dibincangkan tidak seserius strategi dakwah, melainkan update hal-hal diri, ibu bapa, keluarga dan ikhwah, pertemuan itu dirasakan bermakna lebih-lebih lagi mengenangkan manfaatnya duduk bersama orang yang soleh.

Ibarat bau minyak wangi yang dapat disebarkan tanpa sentuhan iaitu melalui udara, mungkin itu yang digambarkan Rasulullah mengenai perwatakan iman melalui hadisnya.

“Perumpamaan teman berbincang yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Adakalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya.”
[HR Muslim]

Lebih sweet, dapat berjumpa Luqman, jiran lama yang sudah habis belajar di New Zealand. Tak disangka ukhwah terbina semula di situ: jauh dari Manjung, jauh juga dari NZ mahupun Bangi. Kenangan berdaurah bersama, ketika dia manusia pertama membacakan terjemahan al Quran dalam Bahasa Inggeris sedikit sebanyak membuatku tersenyum, ketika pernah aku beranggapan Bahasa Inggeris dan Islam itu sungguh asing jika dipadankan sekali. MaSyaAllah.

Sampai di Kmb, dapat bersama pula dengan Imran, ikhwah engineering yang dicanangkan mantap dalam tarbiyyahnya, hebat mentadabbur dan menghafal banyak surah. Terasa aku perlu berada di sampingnya agak lama untuk mendapatkan aroma-aroma iman. Hasilnya, dia kongsikan kepada kami ibrah Hukum Newton Kedua dan Ketiga terhadap jiwa seorang dai. Action dan reaction serta perlunya meningkatkan perubahan momentum dalam proses melawan Jahiliah ini.


Tak terlepas, kelibat akh Faizal yang datang menggantikan Muadz untuk menghalaqahkan adik-adik di sini. Semoga nilai kesungguhan yang kalian tunjukkan dapat diresapkan ke dalam jiwa kami untuk terus berterusan bersemangat menjadi al akh yang sebenarnya.

Ya, pertemuan-pertemuan dengan mereka ini sedikit sebanyak menginspirasikan. Agar terus serius dalam beramal dan mentarbiyyah sepanjang melalui titian dakwah yang mencabar ini, selain berbuat sehabis baik untuk IB Exam yang tinggal dua minggu lagi. Sedikit sebanyak, mereka melengkapkan bayang-bayangan aku yang berada di Sheffield, bergembira di sana sambil terus tsabat dalam tarbiyyah, insya-Allah.

Send your prayers to Allah. Allah will allign the frequency of environment, accordingly to what you’ve asked.

O Allah, ku memohon, agar Engkau memanfaatkan keseluruhan hidupku untuk kebaikan ummah. Ameen.

Saturday, 17 April 2010

Ini Hak Aku

Bila dipuji kejayaan kita Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa Semuanya dari Allah

Ada masanya, kita merasakan kita layak dengan apa yang kita dah dapat selepas kita berusaha. We deservas on what we’ve done. Contohnya, selepas penat struggle, dapat markah 90 dalam dalam Mathematics Paper 1, kita rasa ia berbaloi dengan usaha kita.

Setiap manusia diganjarkan mengikut tahap usaha mereka. Itu pegangan diri kita.

Tapi kadang-kadang kita dilupakan untuk memegang satu lagi kenyataan bahawa segala-galanya yang datang daripada kita merupakan pemberian Allah iaitu nikmat yang dihadiahkan kepada kita. Lalu menyebabkan kita berasa kita sahajalah yang layak mengecapi pemberian itu. Lebih teruk lagi, bila kita beranggapan orang lain tidak layak berkongsi kejayaan itu. Itu milik kita seorang. Mutlak.

Wednesday, 14 April 2010

Bingkisan Mabit

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan Untuk ku ukirkan senyuman

Venue: Uitm 10 April
Sayang-sayangkan harta, diinfaq-infaqkan. Sayang-sayangkan Rasulullah, sentiasa teman-temankan. Begitulah hijrahnya Abu Bakar bersama Rasulullah, mempengaruhi sedikit sebanyak sisi kewangannya, baik untuk dirinya dan juga keluarganya.

Sungguh hebat figur dakwah ini. Direlakan kekurangan hartanya semata-mata untuk Islam. Inikan pula kita, yang sangat berkira-kira. Bajet sibuk dan terhalang dengan maisyah dan soal akademik kita. Dan sungguh, kehebatannya bukan ditunjukkan oleh dirinya sahaja, bahkan juga isteri dan anak-anaknya.

Ketika datuk Asma (ayah Abu Bakar) iaitu Abu Quhafah marah-marahkan Abu Bakar yang dianggapnya tidak bertanggungjawab meninggalkan keluarganya begitu saja, Asma malah bijak menenangkan datuknya yang buta itu dengan membunyikan kerikil-kerikil seolah itu kepingan dirham yang banyak. “Tenang saja atuk, ayah tidak mengabaikan kami”, ujar Asma. Barulah Abu Quhafah menjadi tenang.


Mantapnya famili yang terdidik dengan tarbiyyah. Nilai ukhwah lebih tererat dan terikat kuat apabila ikhwah itu merupakan ahli keluarga kita sendiri. Ulul Arham yang juga bertitle ikhwah.

Juga, ayuh mantapkan ukhwah kita dengan skill ini. Skill bijak memback-up ikhwah, ketika ikhwah itu dalam kesusahan. Apatah lagi, kesusahan yang akan menyebabkannya dipandang rendah oleh orang awam.

Rujukan: Ukhwah Islamiah

Baitul Muslim itu mendalam tanggungjawabnya
Memantapkan lagi individu, juga bergerak ke arah masyarakat muslim.
Bukan boleh dibuat main-main

Saturday, 10 April 2010

Perang Besar

Dakwah itu hakikatnya akan sentiasa bergerak. Sama ada dengan anda ataupun tidak.
Jika tidak dengan anda, akan ada orang lain yang akan bergerak dengannya.

Dalam hidup, memang kita tidak akan pernah lari daripada menerima bebanan. Baik yang bersifat pilihan ataupun kemestian. Ia akan datang dan pergi, bertukar silih ganti.

Ibarat orang yang selalu work-out, kadang-kadang beban 30kg terasa boleh angkat senang jer. Ada masanya bila terasa ada sesuatu yang tak kena, cepat sangat rasa lenguh walaupun mengangkat beban yang sama beratnya.

Begitu juga bebanan yang dipikul seorang dai. Yang kerja khususnya bukan dai, tetapi juga seorang student, kawan mahupun seorang anak. Dakwah yang sifatnya Qaulan Tsaqila [al Muzzammil, 73:5] pasti akan menambahkan cabaran kepada pemikul. Analoginya, sedangkan manusia yang tidak memikul beban dakwah ada masa tension dan gentingnya, inikan pula dai yang ada tugasan extranya.


Pasti akan datang suatu masa, ketika meletusnya perang yang besar dalam hati. Ketika jumlah tolakan daya bebanan dari atas berjumlah 300 Newton, namun ternyata iman hanya berbaki 2000 Newton daya untuk mengangkatnya ke atas. Namun, digagahkan juga kakinya untuk terus bergerak memikul bebanan itu, walaupun terpaksa menyeretkan kakinya untuk mengharungi Safaran yang tidak Qasidan, yang Aradhannya juga tidak Qariban [at Taubah, 9:42].

Dirinya juga terpaksa bekerja lebih keras, untuk menyedapkan hati agar terus bersemangat mempejuangkan dakwah dan tarbiyyah. Ketika syaitan membisik-bisikkan ke dalam hatinya janji manis berupa ketenangan, keuntungan mahupun masa lapang yang bersifat tipu daya. Ketika matanya tersilau dengan kenikmatan, kesenangan dan keriangan yang Allah berikan kepada orang yang mengingkari-Nya. Ketika manusia lain memandang serong dan pesimis dengan apa yang dilakukannya. Hatinya sakit ibarat ditumbuk-tumbuk dan dicucuk-cucuk.

Tension! Tension! Tension! Sampai bila nak jadi begini? Adakah dia akan meletakkan garisan penamatnya sendiri pada perjalanan itu. Tidak! Kerana dia menyedari bahawa bukan haknya untuk menentukan di mana garisan itu, kerana dakwah itu sentiasa akan bergerak, sama ada dengannya atau tidak.

Ikhwah Fillah,
Di sinilah letaknya pergantungan kita kepada Allah. Ketika beban terasa sudah berganda-gana beratnya, itulah masanya anda diingatkan agar meluncurkan tubuh badan dan kepalamu ke tempat sujud, untuk mengadu sehabisnya kepada-Nya, walaupun terpaksa menangis, kerana di situlah posisi minimum jarakmu dengan Allah.

Di sinilah juga letaknya kepentingan qiamullail sebagai sumber tenaga tambahan. Bangun untuk meninggalkan tempat tidur untuk berdua-duaan dengan Allah, meluahkan rahsia yang terpendam dalam hati, yang anda tidak mahu adukan kepada manusia lain agar tidak dianggap tidak layak

Di sinilah juga letaknya kebaikan sembang-sembang iman yang pernah dilakukan Huzaifah dan Abu Bakar bersama Rasulullah selepas mereka berdua menyedari diri mereka bertukar munafik. Bertukar-tukar fikiran dan mendapatkan nasihat.

Paksa diri! Gunakan tenaga dalaman yang tersimpan. Lemak-lemak yang terkumpul perlu dioksidakan, ataupun gunakan saja tenaga daripada pembakaran protein, untuk mengelakkan diri kekurangan terdaya. Kerana yakinlah bahawa kemenangan ke atas kebatilan itu suatu kepastian.

Lenyapkan keraguan dan yakinlah bahawa Allah pasti membimbing kita untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki

Thursday, 8 April 2010

Apabila Virus Datang Menyerang

Buta hati tidak nampak kebenaran Buta hati ditipu nafsu dan syaitan

Virus Name:
Ghurur

Virus Definition:
Kagum pada sesuatu yang datang daripada diri sendiri sehingga bertindak merendahkan / memandang leceh apa yang datang daripada orang lain

Virus Sources:
• Lalai, tidak memuhasabah diri sendiri
• Tidak dibimbing oleh orang lain
• Berlebih-lebihan dalam beragama
• Berlebih-lebihan dalam mencari ilmu, namun mengabaikan pengamalannya
• Selalu berada dalam ketaatan sehinga meremehkan kemaksiatan dan kesalahan
• Cenderung kepada dunia
• Mencontohi orang pada situasi yang salah
• Berlebih-lebihan menyembunyikan amal
• Perlakuan yang berbeza daripada figur teladan


Virus Actions:
Terhadap Dai
• Terjerumus dalam perdebatan
• Terjerumus dalam kesombongan
• Autoritative – Mengharapkan katanya sentiasa akan dipatuhi
Terhadap Islam
• Mudah dipecahbelahkan oleh musuh
• Menjadikan orang ramai memusuhi Islam

Virus Symptoms:
• Melecehkan dan meremehkan tindakan baik orang lain
• Banyak bercerita mengenai kebaikan yang dilakukannya
• Sukar untuk tunduk pada kebenaran

Virus Treatment:
• Merenung kesan buruk ghurur
• Bersederhana dalam setiap keadaan
• Menyedari amal bukan semata-mata kriteria agar selamat
• Sentiasa menelaah al Quran dan as Sunnah
• Mengambil iktibar daripada kisah ulama-ulama salaf
• Sibukkan diri dengan soal prinsip, bukan cabang-cabangan
• Memutuskan hubungan dengan orang yang terkena penyakit ghurur
• Memuhasabah diri
• Menasihati orang lain
• Mengundurkan diri daripada kedudukan atas
• Berjaga-jaga dengan pujian, sanjungan dan ketaatan
• Memohon pertolongan kepada Allah

Edit daripada: Dr. Sayyid Muhammad Nuh, Reformasi Ruhiyah Aktivis Dakwah

Kepahitan dalam kebenaran tetap perlu dirasai untuk diperjuangkan kemanisannya

Sunday, 4 April 2010

Cerita "Budak Agama"

Saya juga hairan ada sesetengah orang yang sangat terpelajar dan mampu menggunakan kewarasannya dengan maksima, namun apabila sampai dalam soal pandangan agama, dia mencampakkan segala kebijaksanaannya dan membisukan diri seakan Islam ini memusuhi lojik dan akal lalu bertaklid buta.

Kadang-kadang aku merasakan adanya sentimen halus dalam Kmb ini yang menyuarakan perasaan tidak puas hatinya terhadap “budak agama” di sini. Kadang-kadang terasa, kadang-kadang tidak. Mungkin berpunca daripada perasaan sensitif dalam diri aku ini yang tebal, lebih-lebih lagi kemungkinan yang tinggi bahawa aku tergolong dalam kumpulan itu.

Yang direkodkan secara rasmi, memang banyak. Di blog Remy, al Gowar, Sham Tech, mungkin juga Billy the Ultimate, selain artikel Tunang versi Kmb. Tak dikira lagi yang disebut secara mulut seperti yang diadukan beberapa orang. Di sisi lain, hal ini boleh dipandang positif sebagaimana yang dicontohkan dalam surah [Abasa]. Membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan tujuan menunjukkan pelakunya jalan yang lurus. Tanda sayangnya seorang kawan terhadap kawannya yang lain. Ibarat seorang mak yang melihat jiran dan anaknya melakukan kesalahan; yang akan teruk dimarahi adalah anaknya sendiri.

Berbincang dengan seorang kawan (M), berikut merupakan apa yang dikatakannya. Mungkin “budak agama” ini dah tak rapat dengan bukan “budak agama”. “Budak agama” tidak lagi duduk bersama mereka menyebabkan ketidakfahaman yang berlaku dalam kalangan bukan “budak agama” menular sesama mereka dan tidak dapat dibetulkan dan dikurangkan “force”nya. Aku melihat mungkin disebabkan “budak agama” ini dah mula beruzlah dalam kelompoknya, terutamanya menjelang exam yang semakin tiba. Mereka seolah-olah dilihat seperti kumpulan elit, menyebabkan timbulnya karakteristik rebellious dalam kalangan bukan “budak agama”. Namun, seorang dai sepatutnya memahami bahawa masyarakat akan tetap menjadi objek dakwah mereka; jangan tidak dihiraukan mereka.


Secara umumnya aku cuba bersuara tentang hal ini. Seumum habis di blog, facebook. Ditambah dengan entri dalam blog ini. Satu, dua, tiga, empat dan lima. Tapi itulah kelemahannya seperti yang dikatakan M, terlalu banyak beranalogi, berkias dan berfalsafah menyebabkan orang langsung tak faham dan tidak mendapat message yang cuba disampaikan.

Ya, tiada manusia yang sempurna, sunyi daripada kesilapan. Dan tidak pernah layakpun tindakan / percakapan manusia zaman sekarang ini dijadikan hujah syariah. Tetapi inilah yang perlu difahami oleh seorang anda sebagai dai. Menerima teguran daripada masyarakat walaupun bukan anda yang melakukan kesalahan.

Sewajarnya ini menjadi ibrah bagi generasi Kmb di bawah, juga buat ikhwahku di tempat lain. Mari sama-sama memasyarakatkan dakwah. Tegur segera diriku andai aku cuba mengesampingkan masyarakat ke tepi. Terima kasih.

Sekalipun Waki’ ulama besar, namun kesilapan ilmiah mesti dinilai sebagai kesilapan ilmiah. Jelas, kita disuruh untuk menghormati orang lain terutama guru agama, namun ini tidak menghalang kita bercakap benar beralaskan disiplin dan akhlak yang diajar oleh Islam.
[Prolog dan Epilog diedit daripada artikel Dr Asri]

Friday, 2 April 2010

Hairannya Allah

Now we share the same bright sun, The same round moon
Why don’t we share the same love

Cari Kapal Terbang.

Datang seorang manusia menjadi tetamu Nabi, namun ketika Rasul bertanya kepada isteri-isterinya, tiada seorangpun antara mereka yang mempunyai simpanan makanan untuk menjamu tetamu tersebut. Akhirnya Rasulullah menawarkan kepada para shahabatnya, "Barangsiapa antara kalian yang mahu memberi makanan kepada tetamu ini, maka Allah akan merahmatinya." Berdirilah seorang sahabat dari kalangan Ansar, seraya berkata, "Saya akan memberinya makanan wahai Rasulullah."

Akhirnya, diajaknya tetamu tersebut pulang ke rumahnya. Sesampai di rumah, sahabat Ansar ini bertanya kepada isterinya, “Wahai isteriku, adakah engkau masih memiliki sesuatu (makanan)?” Si isteri pun menjawab, “Tidak, selain sedikit persediaan (makanan) untuk anak-anak kita.” Maka spontan dia berkata kepada isterinya, “Rayulah anak-anak agar mereka bermain-main, sehingga lupa akan rasa lapar, lalu matikanlah lampu pada waktu makan, dan berpura-puralah bahawa kita juga sedang makan, ketika tetamu kita makan.”

Maka, pada waktu makan malam, dimatikanlah lampu di rumah tersebut, dan dihidangkannya makanan yang semestinya untuk anak-anak mereka, lalu mereka berpura-pura menyantap hidangan bersama si tetamu yang sedang menikmati makan malamnya.

Pagi harinya, ketika sahabat Ansar ini menghadap Rasulullah, baginda berkata, "Allah hairan dengan tingkah laku kamu berdua kepada tetamu kamu malam tadi," Lalu turunlah surah al-Hasyr ayat 9, berkaitan kisah sahabat Ansar ini.

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

[HR Bukhari Muslim]

Edit daripada: Eramuslim

Kau sambutlah kami dengan doa
Dan kami pun datang dengan iman
Indahnya Ithar

Thursday, 1 April 2010

Jangan Bongkak

Jagalah hati Jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini

Jangan takabur. Ini kata Afifi ketika mentadabburi ayat al Quran ketika duduk bersama kami minggu lepas. Dalam buku Komitmen Dai Sejati juga ditulis sebegitu, katanya.

Bila kita senang dijangkiti penyakit ini: Apabila kita terlibat dalam perdebatan. Lumrah dalam perdebatan / perbahasan, setiap pihak mahukan kemenangan berada di pihak mereka. Menang bicara, menang strategi, menang psikologi dll.

Siapa yang tidak sakit hati, apabila orang lain lebih banyak berhujah / bercakap berbanding diri sendiri? Siapa tidak tertarik hati, apabila hujah diberikan orang lain dilihat lemah, hujah daripada diri sendiri lebih kuat? Siapa tidak mahu, dirinya dipandang tinggi orang lain kerana hujahnya yang meyakinkan berbanding orang lain?

Sampai satu tahap, kita akan kagum dengan kelebihan pada diri kita sehingga melecehkan orang lain. Berani untuk menyentuh dan memainkan peribadi orang lain sehingga merasa tidak mahu menerima kebenaran yang datang daripada mereka.

Inilah yang dinamakan Takabbur [Sayyid Muhammad Nuh, Aafatun Ala at Thariq]


Sedangkan Malaikat yang perfect amalan ibadahnya tidak ada sifat takabbur, inikan pula kita yang asyik lompang mutabaah amalanya.

إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ
Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya lah mereka bersujud.
[al A’raaf, 7:206]

Popular Posts