Wednesday 8 December 2010

Bebas

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi, bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku, yang terkunci

Sampai satu masa, kita perlu lepas pergantungan kita terhadap individu penting dalam hidup kita. Mereka manusia biasa. Sampai masanya, mereka akan tinggalkan diri kita. Tak boleh kita nak paksa orang lain memilih pendapat dan ketentuan kita. Sepertimana mustahil menarik sahabat rapat untuk masuk kubur bersama.

Sebahagian sahabat, islamnya mereka kerana tertariknya mereka kepada baginda. Adanya baginda sebagai figur hidup berjalan di hadapan mereka; menjadi pemimpin, teman bersosial mahupun menjadi rujukan. Perang Uhud, apabila tersebarnya berita syahidnya Rasulullah, ini menjadi cabaran kepada tentera Muslimin yang tinggal. Anggapannya, bila jadi seperti itu, dah tiada Rasulullah yang akan memimpin saki baki perang mereka. Tiada Rasulullah yang akan pulang bersama mereka ke Madinah. Tiada Rasulullah yang akan menceriakan hidup mereka lagi di sana.
Dan ayat ini memang kuat kait rapat dengan tersebarnya berita tersebut.

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
[ali Imran, 3:144]

Apa stand sahabat terhadap ayat ini? Mereka berikan jawapan "Tidak". Dan kita juga perlu jawab persoalan dalam ayat ni dengan jawapan sama, "Tidak!". Sebabnya mudah, Ansar menjawab: Kalau Rasulullah terbunuh, baginda dah mencapai syahidnya, kita pula bagaimana. Abu Bakar ra pula menjawab ketika hari kewafatan baginda. "Kalau kamu menyembah Muhammad, Muhammad telah pergi. Kalau kamu menyembah Allah, Allah itu kekal dan tak akan mati."

Kalau figur itu Rasulullah, dah pasti baginda meninggalkan sahabatnya dengan cara baik; kematian. Tapi kalau figur itu murabbi, senior, kawan satu batch, mak ayah, penaja, bos, zaujah apatah lagi girlfriend, entah macamana mereka akan tinggalkan kita. Mungkin mereka pergi dengan cara baik, mungkin juga tidak. Murabbi pindah tempat lain, tak nak join program. Kawan satu batch futur, kita nak join sama. Girlfriend jumpa balak baru, kita ternganga. Bos pecat, kita down. Scholarship kena tarik, kita tak tentu arah. Macamtu?

Persoalannya, bagaimana kita respons dengan pemergian mereka. Merajuk kerana kuantiti kita tinggal sikit. Ataupun kita terus kekal thabat atas jalan ini, sebab kita faham mengapa kita berada di sini. Allah tak memerlukan kamu, kamu yang memerlukan Dia.

Ayuh cari jawapan kuat, kenapa kamu Islam n Dakwah hari ini.

Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari, Teruskan berlari

4 comments:

  1. sangat suka post ini.period.

    ReplyDelete
  2. huhu.. macam kesinambungan plak.. ^^

    ReplyDelete
  3. Thanx Hafiz!
    Erk, period apa pulak tu...

    ReplyDelete
  4. huhu, kesinambungan aper tu Akmal?

    ReplyDelete

Labels