Friday, 26 November 2010

Mudahanah atau Mudarah?

Hari tu kami selongkar semula hukum hakam berkaitan dakwah ni. Mula-mula rasa macam nerd la pulak; baru sekarang nak baca pasal benda-benda basic dakwah ini. Tapi peduli apa, daripada langsung tak pernah go through perkara basic ni, better late than never, kata orang local di sini.

Antara yang dijumpai termasuklah ayat laknat ke atas Bani Israel. Lalu hadis berkaitan "dai" Bani Israel dibacakan.
Sesungguhnya kekurangan yang mula-mula sekali menimpa Bani Israel ialah, seorang lelaki bertemu dengan seorang lelaki, lalu dia berkata: Wahai kamu ini, bertaqwalah kepada Allah. Tinggalkan apa yang kamu lakukan. Sesungguhnya ia tidak halal bagi kamu. Kemudian dia bertemu dengan lelaki itu keesokan harinya dalam keadaan melakukan kemungkaran. Namun keadaan itu tidak menghalangnya untuk menjadi teman makan, minum dan duduk. Apabila mereka melakukan demikian, Allah mencampur adukkan hati sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain.
[HR at Tirmizi]

Lalu kami ditanyakan, "Tak boleh makan bersama dengan orang yang buat maksiat ker? Nak duduk sembang pun tak boleh?" Lalu, terkeluarlah dua istilah: Mudahanah dan Mudarah.

Melepaskan diri atau menyokong? [Sumber]

Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau kehendak peribadi. Oleh kerana itu berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada di dalam kemaksiatannya, sementara dia tidak mengingkari (maksiat itu) sedangkan dia mampu kelakukannya maka itulah mudahanah.

Mudarah adalah menghindari mafsadah (kerusakan) dan kejahatan dengan ucapan yang lembut atau meninggalkan kekerasan dan sikap kasar, atau berpaling dari orang jahat jika ditakutkan kejahatannya atau terjadinya hal yang lebih besar dari kejahatan yang sedang dilakukan.

Nampak bezanya. Bahasa mudahnya, mudahanah itulah sikap "dai" Bani Israel yang dilaknat Allah tadi. Mudarah yang patut kita amalkan ketika berlaku / dampingi kemungkaran di depan mata. Jadi, kemungkaran yang berlaku setiap hari di depan mata kita, apa pendirian kita? Mudahanah atau mudarah? Suka atau tidak kita dengan perkara tersebut?

Pilihlah antara dua. Kerana tiada yang ketiga.

Popular Posts