Sunday 25 July 2010

Walaupun Abu Dzar Tak Suka

Siapa cakap, orang tak ikut halaqah ni tak masuk syurga?

Entah ini siri yang ke berapa aku bercerita mengenai Ibrah Jaulah ke Negeri Sembilan. Jaulah yang secara rasminya selama tiga hari, kami mulakan dengan pengisian daripada Ustaz Fauzi . Satu bahagian daripada pengisiannya saya kira sangat lawak, sehinggakan kami semua tertawa dengan sikap seorang sahabat Rasulullah ini.

muka lebih kurang macam ni ustaz becerita hari tu

Isinya mengenai barang yang mahal. Nak sesuatu yang mahal, pastinya kita perlukan korbankan sesuatu yang mahal daripada diri kita. Syurga Firdaus bukannya sesuatu yang murah, sebab tu untuk mendapatkannya, harta dan nyawa perlu dipertaruhkan.

Walaupun begitu, ada hadis daripada Imam Bukhari menceritakan syarat minimum untuk ke syurga. Hadis daripada Abu Dzar ra.

Tatkala beliau sedang duduk bersama Rasulullah saw, baginda saw tiba-tiba tersenyum. Lalu Abu Dzar ra bertanya, "Kenapa engkau tersenyum?”. Jawab baginda saw, “Aku baru sahaja diberitahu bahawa tiada seorangpun umatku yang mati, dan dia mengucapkan Laa Ilaaha Illallah melainkan dia pasti akan masuk syurga”.

Terpegun dan terkejut Abu Dzar. Tak percaya barangkali. Lalu dia bertanya, “Walaupun dia pernah mencuri? Walau dia pernah berzina?”, jawab Rasulullah saw “Walaupun dia pernah mencuri, walaupun dia pernah berzina”. Lalu kerana terkejut Abu Dzar ra mengulangi pertanyaannya tiga kali. Kali ketiga Rasulullah saw menjawab sambil menambah, "... walaupun Abu Dzar tak suka"

Hahha. Ini teks hadis yang penuh.

وفى البخارى عن ابى ذر رضى اللّه عنه، قال: اتيت النبى(ص) وعليه ثوب ابيض وهو نائم، ثم اتيته وقد استيقظ، فقال: ما من عبد قال: لا اله الا اللّه ثم مات على ذلك الا دخل الجنه. قلت: وان زنى وان سرق؟ قال: وان زنى وان سرق، قلت: وان زنى وان سرق؟ قال: وان زنى وان سرق، قلت: وان زنى وان سرق؟ قال: وان زنى وان سرق على رغم انف ابى ذر

Tapi, nak target, targetlah tinggi-tinggi. Aim for the stars. At least, kalau tak sampai pun, mendaratlah di tempat yang rendah sikit. Tak gitu...

No comments:

Post a Comment

Labels