Friday, 16 July 2010

Top 10: Things Men Shouldn't Do After 30

Jalan-jalan di internet, terjumpa link artikel ni di askmen.com. 10 perkara yang perlu diberhentikan apabila umur dah masuk 30 tahun. Aku kata, umur 20 tahun pun dah kena start berhenti. Make slow and steady changes before that age.

Nampak macam main-main. Xde kaitan langsung dengan pembinaan Fard al Muslim. Ye ker, aku nampak ada kebenarannya di sebalik 10 benda ni. Jom check dan ponder-ponderkan.

No.10 - Eat fast food
Bukannya susah nak masak sendiri. Dah la mahal, xsihat pulak tu. Entah nanti kalau asyik fast food, heart attack datang, darah tinggi pun menumpang. Xdapat penuhi muwasafat qawiyyu alJism

No.9 - Drive recklessly
Entah berapa ramai orang yang boleh kita jumpa list dorang dalam Wikipedia, mati atas jalan raya. Memandu macam pelesit bermaksud anda sedang merosakkan hidup anda sendiri. Kalau xmampu nak bayangkan bahayanya, cuba fikirkan kalau tetiba kita bangun atas katil hospital, tengok-tengok, kaki dah langsung xde.

No.8 - Play video games obsessively
Kalau dah asyik mengadap main game jer untuk habiskan mission yang entah apa-apa, ada wire yang tak sambung lagi la kot dalam kepala tu. Macamane la nak hidup atas dunia realiti kalau mission kat dunia fantasi xpernah nak abes.


No.7 - Live in a dorm room
Nampakkanlah tempat tinggal anda merupakan tempat tinggal seorang lelaki dewasa. Kalau ada poster tampal sana sini, bilik berterabur, orang akan banyak bersangka buruk terhadap diri anda. Cubalah pastikan bilik / rumah sentiasa bersih, dan tunjukkanlah bahawa diri anda merupakan seorang yang muslim.

No.6 - Get a tattoo
No comment. Memang salah kerana mengubah ciptaan Allah.

No.5 - Binge drink
No comment juga. Memang salah di sisi syara'. Mudarat lebih banyak daripada manfaat seperti dalam 2:.

No.4 - Live paycheck-to-paycheck
Orang kaya jadi kaya sebab dorang pandai jimat dan laburkan duit dorang. Kaya-jangka-panjang merupakan sesuatu yang orang nak kejar. Cukuplah itu menjadi penggalak untuk anda menyimpan wang tunai yang cukup. Dah bersedia untuk menghadapi masa-masa kecemasan. Berjimat dan menabunglah sekarang.

No.3 - Work at a dead-end job
Orang akan menilai diri anda melalui kerja yang anda lakukan. Dan ini akan mempengaruhi cara mereka melayan diri anda. Kalau dah besar, tapi tak de kerja dengan sungguh-sungguh lagi, orang putih kata, "You better watch out"

No.2 - Be socially/politically clueless
Anda perlu menjadi seorang yang matang. Jadilah seorang yang profesional. Semakin anda kelihatan dewasa, semakin banyak kali anda akan diajak bersembang soal yang dewasa. Bukan perlu bijak berpolitik, memadai untuk mengetahui apa yang sudah berlaku di sekeliling negara anda.

No.1 - Dress like a slob
Perkara pertama yang akan orang perasan apabila bertemu dengan anda. Jaga penampilan diri dan expectation orang terhadap diri kita. Bukan ambil masa / duit / tenaga banyak mana pun untuk menjaga penampilan diri

Susah nak jumpa halaqah ajar secara detail 10 Muwasafat
Sebab tu, tarbiyyah melalui halaqah sahaja xmencukupi

Popular Posts