Wednesday, 23 June 2010

Teka-teki Sahabat II

Menyelongkar Tugasan Halaqah Lama-lama Dulu

Part I | Part II

Kali ini, mari kita main teka-teki. Siapakah sahabat ra yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa berikut.
Jawapan dah di"font-putih"kan. Highlight untuk melihat jawapan.

Petikan diambil daripada ar Raheeq al Makhtum, berkisar peristiwa di Madinah, mengikut kronologi.

Perutusan Kepada Raja Dan Gabenor
Rasulullah memilih Hatib bin Abi Baltaah untuk membawa risalah ini, kepada al-Maquqis. Sebaik sahaja beliau di hadapannya Hatib pun berkata: "Pemerintah sebelum kau ini telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan tertinggi maka Allah mengutuknya di dunia dan akhirat, dengan itu Allah menghukum ke atasnya dengan bala dan azabNya, harap kiranya kau boleh mengambil pengajaran darinya, dan jangan biarkan diri kau menjadi bahan pengiktibaran orang kemudian."

Perang Al-Khaibar Dan Wadi Al-Qura
Ketibaan Jaafar telah disambut oleh Rasulullah dan Baginda mengucupinya seterusnya Baginda bersabda: "Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, Apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"

Perang Al-Mu'tah
Sekiranya Zaid gugur maka Jaafar mengambil tempatnya dan seandainya Jaafar turut gugur syahid, maka Abdullah bin Rawahah pula tampil mengambil teraju kepimpinan tentera Islam, di sini Rasulullah menyerahkan mereka sebuah bendera putih yang diberinya ke tangan Zaid bin al-Harithah.

Perang Pembukaan Kota Mekah
Kemudian kata al-Abbas pula: "Wahai Rasulullah, Abu Sufian ini jenis manusia suka berbangga, buatlah sesuatu untuk beliau". Kata Rasulullah (s.a.w): "Ya, sesiapa yang berlindung di dalam rumah Abu Sufian beliau adalah selamat dan sesiapa masuk ke dalam rumahnya dan mengunci dari dalam maka beliau pun selamat dan sesiapa memasuki Baitullah al-Haram maka beliau ini pun selamat juga".


Perang Tabuk
Manakala tiga orang mukmin yang sejati yang tidak menyertai peperangan, iaitu Ka'ab bin Malik, Mararah bin al-Rabi' dan Hilal bin Umaiyah bertegas menyatakan hakikat yang sebenarnya. Kepada mereka bertiga, Rasulullah telah memerintah sekalian para sahabat supaya tidak menegur sapa . dengan mereka, maka berlakulah satu pemboikotan yang hebat terhadap tiga orang sahabat ini.

Hajjah Al-Wida'
Adapun yang bertanggungjawab melaung dan menyampaikan ucapan Rasulullah kepada orang ramai di padang Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyah bin Khalaf. Sebaik sahaja selesai Rasulullah menyampaikan ucapannya itu turunlah firman Allah yang yang bermaksud:

Di hari ini telah Ku sempurnakan hagi kamu agama kamu dan Kita lengkapkan ke atas kamu nikmatKu, dan Ku meredhai bagi kamu Islam sebagai Deen " (al-Maaidah: 3)

Semasa Umar mendengar firman Allah itu beliau terus menangis dan setelah ditanya, mengapa beliau menangis? Jawab beliau: "Kerana selepas kesempurnaan akan menyusul pula kekurangan".

Wafat
Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?. Jawab Fatimah: "Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah (s.a.w) membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".

Semoga Berjaya

Popular Posts