Wednesday, 30 June 2010

Takutnya Mereka Kepada Dosa

... ‘Nah, apa lagi laporan selanjutnya?” tanya Khalifah

Keempat: Sewaktu-waktu Gabenor menutup diri untuk bicara. Pada saat-saat seperti itu, biasanya beliau pergi meninggalkan majlis.”

“Silakan menanggapi, wahai Gabenor Said!” kata Khali fah ‘Umar.

“Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan almarhum Khubaib bin ‘Ady dihukum mati oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka menyayat-nyayat tubuh Khubaib berkeping-keping. Pada waktu itu mereka bertanya mengejek Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”

Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri …“

‘Demi Allah…!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan peristiwa, ketika saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahawa dosaku tidak akan diampuni Allah swt.”

"Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘Umar mengkahiri dialog itu.

Edit daripada: http://dakwah.info

1. Subhanallah. Hebatnya golongan para sahabat baginda Muhammad. Generasi yang perlu juga kita teliti sirah dan kehebatannya sebagai teladan. Tidak hairanlah Rasulullah pernah bersabda: “Jangan kamu mencaci sahabatku. Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya..kalau sesiapa pun menginfaqkan emas seperti gunung Uhud nescaya ia tidak akan menyamai satu cupak yang diinfaqkan oleh mereka (sahabat) bahkan tidak menyamai setengah cupak” [HR Syaikhan]

2. Dalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa Sa'id sentiasa pengsan ketika majlis mesyuarat gabenornya tersebut berlangsung. Mereka terpengsan-pengsan memikirkan dosa dahulu kala, bahkan dosa yang mereka lakukan kerana kebodohan dalam kejahiliahan. Kita, entah-entah yang difikirkan "Kejap lagi berdosa, lepas tu bertaubatla. Allah kan Maha Pengampun..."


3. Kita baru diancam sedikit dah terkial-kial. Khabbab, walaupun disiat-siat dan dipotong anggota tubuhnya satu persatu, masih lagi sanggup berkata "Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri". Fuh, jauh perbandingan keberanian kita dengan mereka. Umpama nisbah satu dengan infiniti.

Namun, bukan suatu kemustahilan untuk membina diri ke arah itu!

Popular Posts