Tuesday, 29 June 2010

Nak Tegur, Biarlah Berhikmah

Menegur sesuatu, biarlah dengan teguran yang jelas. Agar mereka yang ditegur mampu melakukan perubahan. Lebih-lebih lagi jika kesalahan yang dilakukan bersifat fatal, yang mampu membawa keburukan yang lebih teruk.

Kalau teguran tidak jelas, lagi tidak berhikmah, jangan pula melenting jika teguran tidak dilayan, mahupun dibalas dengan kata keji dan nista. Adanya di kalangan mereka bukannya degil tidak mahu berubah, tapi tak faham mengapa mereka perlu berubah / ditegur.

Yang menegur, bertambah sakit hati. Yang ditegur, menjadi panas hati. Mungkin juga tawar hati.


Ada baiknya direnung kisah yang berlaku kepada Rasulullah bersama Ibn Ummi Maktum yang buta. Kerananya, 10 ayat al Quran diturunkan untuk menegur perilaku Rasulullah.
1. Ia memasamkan muka dan berpaling, 2. Kerana ia didatangi orang buta. 3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama Yang didapatinya daripadamu)! - 4. Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadaNya. 5. Adapun orang Yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), 6. Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya. 7. Padahal Engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). 8. Adapun orang Yang segera datang kepadaMu, 9. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), - 10. Maka Engkau berlengah-lengah melayaninya.
[Abasa, 80:1-10]
Apa yang diceritakan / dijelaskan:
1. Detail kesalahan yang dilakukan.
2. Peristiwa / masa ketika kesalahan berlaku
3. Sisi yang terlepas pandang sehingga berlaku kesalahan
4. Peristiwa yang mungkin berlaku apabila kesalahan tidak dilakukan
5. Pro / Cons kesalahan yang dilakukan

Agama itu nasihat. Maka nasihat-menasihatilah agar kita hidup dalam suasana harmoni.

Popular Posts