Monday, 19 April 2010

Memoir Ukhwah

Berjumpa dengan ikhwah itu sangat membahagiakan
Lebih-lebih lagi ketika menghayati bahawa ukhwah itu dasarnya iman, bukannya kumpulan

Masjid Klia, 7 Feb 10

Semalam dapat berjalan keluar bersama ikhwah, dibawa akh Faridul ke walimatul urus Zahir dan zaujahnya di Nilai. Barakallahu lakuma doaku buat mereka, mudah-mudahan Bait Muslim yang dibina berkekalan selain mampu melincirkan lagi proses pembaikan ummah.

Sembang-sembang dengan Faridul, yang disegani kehebatannya, walaupun sekejap tetap dicari manfaatnya. Walau isu yang dibincangkan tidak seserius strategi dakwah, melainkan update hal-hal diri, ibu bapa, keluarga dan ikhwah, pertemuan itu dirasakan bermakna lebih-lebih lagi mengenangkan manfaatnya duduk bersama orang yang soleh.

Ibarat bau minyak wangi yang dapat disebarkan tanpa sentuhan iaitu melalui udara, mungkin itu yang digambarkan Rasulullah mengenai perwatakan iman melalui hadisnya.

“Perumpamaan teman berbincang yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Adakalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya.”
[HR Muslim]

Lebih sweet, dapat berjumpa Luqman, jiran lama yang sudah habis belajar di New Zealand. Tak disangka ukhwah terbina semula di situ: jauh dari Manjung, jauh juga dari NZ mahupun Bangi. Kenangan berdaurah bersama, ketika dia manusia pertama membacakan terjemahan al Quran dalam Bahasa Inggeris sedikit sebanyak membuatku tersenyum, ketika pernah aku beranggapan Bahasa Inggeris dan Islam itu sungguh asing jika dipadankan sekali. MaSyaAllah.

Sampai di Kmb, dapat bersama pula dengan Imran, ikhwah engineering yang dicanangkan mantap dalam tarbiyyahnya, hebat mentadabbur dan menghafal banyak surah. Terasa aku perlu berada di sampingnya agak lama untuk mendapatkan aroma-aroma iman. Hasilnya, dia kongsikan kepada kami ibrah Hukum Newton Kedua dan Ketiga terhadap jiwa seorang dai. Action dan reaction serta perlunya meningkatkan perubahan momentum dalam proses melawan Jahiliah ini.


Tak terlepas, kelibat akh Faizal yang datang menggantikan Muadz untuk menghalaqahkan adik-adik di sini. Semoga nilai kesungguhan yang kalian tunjukkan dapat diresapkan ke dalam jiwa kami untuk terus berterusan bersemangat menjadi al akh yang sebenarnya.

Ya, pertemuan-pertemuan dengan mereka ini sedikit sebanyak menginspirasikan. Agar terus serius dalam beramal dan mentarbiyyah sepanjang melalui titian dakwah yang mencabar ini, selain berbuat sehabis baik untuk IB Exam yang tinggal dua minggu lagi. Sedikit sebanyak, mereka melengkapkan bayang-bayangan aku yang berada di Sheffield, bergembira di sana sambil terus tsabat dalam tarbiyyah, insya-Allah.

Send your prayers to Allah. Allah will allign the frequency of environment, accordingly to what you’ve asked.

O Allah, ku memohon, agar Engkau memanfaatkan keseluruhan hidupku untuk kebaikan ummah. Ameen.

Popular Posts