Tuesday 27 April 2010

Jangan Lemah

Give them times to learn the mistakes first
before they repair people's mistakes
But remember, it must be as short as possible


Rintangan pertama di jalan dakwah yang dihadapi oleh para duat ialah manusia berpaling dari mereka dan tidak mempedulikan mereka kecuali yang telah diberi hidayat oleh Allah. 

Sekiranya dugaan-dugaan sedemikian rupa membuat mereka merasa susah, melemahkan keazaman mereka dan mereka tidak berpuas hati dengan sambutan yang telah diperolehi, maka dia telah gagal di permulaan jalan dakwah. 

Janganlah diharapkan lagi mereka ini untuk meneruskan jalannya bersama angkatan para pendokong dakwah kepada Allah.


مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلا الْبَلاغُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ
Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
[al Maidah, 5:99]

7 comments:

  1. salam, adakah kita dikira terus gagal jika ada perasaan mcmtue. bukankah kita manusia yg ada time feel down. sometimes dai tend to rser diri mereka dipetik sebelum masak oleh sang murabbi. sebab mereka kekadang tk faham gerak kerja .. adakah kerana meraka belum betul2 faham fikrah

    ReplyDelete
  2. Mereka gagal apabila berterusan merasa susah, lemah keazaman mereka dan tidak berpuas hati dengan sambutan yang telah diperolehi.

    Namun, ini hanya simptom yang biasa terjadi , yang memerlukan murabbi memerhatikan secara berkala perkembangan mutarabbinya.

    Sebaiknya, mutarabbi itu terus diberikan nasihat, panduan, guideline dan pemerhatian agar terus maju dan belajar daripada kesilapan, jika berlaku.

    Ibaratnya, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Buah yang dipetik sebelum masak, perlu diperam terlebih dahulu sebelum sesuai untuk dimakan.

    Jawapan lain daripada seorang ikhwah apabila ana bertanya tentang masalah ini:
    Berikan dia masa untuk membaiki diri (ilaj) dahulu. Seeloknya tempoh bertenang itu tidak terlalu lama, memadai untuk mendapatkan semula momentum semangat dakwahnya.

    Wallahu A'lam. Semoga dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. ya,benar..
    kita harus berdakwah tanpa mengharapkan balasan atau hasil..
    segalaNya diesrahkan pada Allah,kita hanya berusaha yang termampu.

    ReplyDelete
  4. buat salah banyak kali tidak mengapa,tetapi jangan ulang kesalahan yang sama berkali-kali.

    ReplyDelete
  5. Setuju2.
    Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.
    [HR Muslim]

    Berdakwah kerana Allah, bukan kerana bilangan / sambutan.

    Btw, welcome here salahuddin.

    ReplyDelete
  6. Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.
    [HR Muslim]

    ^_^ (clash of the titans)

    ReplyDelete
  7. ---> Akmal Hayat
    Nasib baik aku ingat lagi. ^_^
    Kalau x, cengkerik pun akan berbunyi...
    krik krik

    ReplyDelete

Labels