Thursday, 1 April 2010

Jangan Bongkak

Jagalah hati Jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini

Jangan takabur. Ini kata Afifi ketika mentadabburi ayat al Quran ketika duduk bersama kami minggu lepas. Dalam buku Komitmen Dai Sejati juga ditulis sebegitu, katanya.

Bila kita senang dijangkiti penyakit ini: Apabila kita terlibat dalam perdebatan. Lumrah dalam perdebatan / perbahasan, setiap pihak mahukan kemenangan berada di pihak mereka. Menang bicara, menang strategi, menang psikologi dll.

Siapa yang tidak sakit hati, apabila orang lain lebih banyak berhujah / bercakap berbanding diri sendiri? Siapa tidak tertarik hati, apabila hujah diberikan orang lain dilihat lemah, hujah daripada diri sendiri lebih kuat? Siapa tidak mahu, dirinya dipandang tinggi orang lain kerana hujahnya yang meyakinkan berbanding orang lain?

Sampai satu tahap, kita akan kagum dengan kelebihan pada diri kita sehingga melecehkan orang lain. Berani untuk menyentuh dan memainkan peribadi orang lain sehingga merasa tidak mahu menerima kebenaran yang datang daripada mereka.

Inilah yang dinamakan Takabbur [Sayyid Muhammad Nuh, Aafatun Ala at Thariq]


Sedangkan Malaikat yang perfect amalan ibadahnya tidak ada sifat takabbur, inikan pula kita yang asyik lompang mutabaah amalanya.

إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ
Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya lah mereka bersujud.
[al A’raaf, 7:206]

Popular Posts