Sunday, 4 April 2010

Cerita "Budak Agama"

Saya juga hairan ada sesetengah orang yang sangat terpelajar dan mampu menggunakan kewarasannya dengan maksima, namun apabila sampai dalam soal pandangan agama, dia mencampakkan segala kebijaksanaannya dan membisukan diri seakan Islam ini memusuhi lojik dan akal lalu bertaklid buta.

Kadang-kadang aku merasakan adanya sentimen halus dalam Kmb ini yang menyuarakan perasaan tidak puas hatinya terhadap “budak agama” di sini. Kadang-kadang terasa, kadang-kadang tidak. Mungkin berpunca daripada perasaan sensitif dalam diri aku ini yang tebal, lebih-lebih lagi kemungkinan yang tinggi bahawa aku tergolong dalam kumpulan itu.

Yang direkodkan secara rasmi, memang banyak. Di blog Remy, al Gowar, Sham Tech, mungkin juga Billy the Ultimate, selain artikel Tunang versi Kmb. Tak dikira lagi yang disebut secara mulut seperti yang diadukan beberapa orang. Di sisi lain, hal ini boleh dipandang positif sebagaimana yang dicontohkan dalam surah [Abasa]. Membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan tujuan menunjukkan pelakunya jalan yang lurus. Tanda sayangnya seorang kawan terhadap kawannya yang lain. Ibarat seorang mak yang melihat jiran dan anaknya melakukan kesalahan; yang akan teruk dimarahi adalah anaknya sendiri.

Berbincang dengan seorang kawan (M), berikut merupakan apa yang dikatakannya. Mungkin “budak agama” ini dah tak rapat dengan bukan “budak agama”. “Budak agama” tidak lagi duduk bersama mereka menyebabkan ketidakfahaman yang berlaku dalam kalangan bukan “budak agama” menular sesama mereka dan tidak dapat dibetulkan dan dikurangkan “force”nya. Aku melihat mungkin disebabkan “budak agama” ini dah mula beruzlah dalam kelompoknya, terutamanya menjelang exam yang semakin tiba. Mereka seolah-olah dilihat seperti kumpulan elit, menyebabkan timbulnya karakteristik rebellious dalam kalangan bukan “budak agama”. Namun, seorang dai sepatutnya memahami bahawa masyarakat akan tetap menjadi objek dakwah mereka; jangan tidak dihiraukan mereka.


Secara umumnya aku cuba bersuara tentang hal ini. Seumum habis di blog, facebook. Ditambah dengan entri dalam blog ini. Satu, dua, tiga, empat dan lima. Tapi itulah kelemahannya seperti yang dikatakan M, terlalu banyak beranalogi, berkias dan berfalsafah menyebabkan orang langsung tak faham dan tidak mendapat message yang cuba disampaikan.

Ya, tiada manusia yang sempurna, sunyi daripada kesilapan. Dan tidak pernah layakpun tindakan / percakapan manusia zaman sekarang ini dijadikan hujah syariah. Tetapi inilah yang perlu difahami oleh seorang anda sebagai dai. Menerima teguran daripada masyarakat walaupun bukan anda yang melakukan kesalahan.

Sewajarnya ini menjadi ibrah bagi generasi Kmb di bawah, juga buat ikhwahku di tempat lain. Mari sama-sama memasyarakatkan dakwah. Tegur segera diriku andai aku cuba mengesampingkan masyarakat ke tepi. Terima kasih.

Sekalipun Waki’ ulama besar, namun kesilapan ilmiah mesti dinilai sebagai kesilapan ilmiah. Jelas, kita disuruh untuk menghormati orang lain terutama guru agama, namun ini tidak menghalang kita bercakap benar beralaskan disiplin dan akhlak yang diajar oleh Islam.
[Prolog dan Epilog diedit daripada artikel Dr Asri]

Popular Posts