Thursday 11 March 2010

Manusia Suka Beralasan

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Dia boleh la, family dia faham dakwah-dakwah ni.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, tapi family sendiri tunggang langgang tak ditarbiyyah.

Dia boleh la, result exam dia tinggi. Xmacam aku.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, akademik xterjaga.

Dia boleh la, duit dia banyak. Boleh attend program macam-macam.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, duit asyik tak de je bila aku mintak.

Dia boleh la, masa dia banyak free. Aku banyak benda nak kena buat.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Lepas tu asyik siapkan kerja last-last minute.

Dia boleh la, dia dah kerja. Xsibuk macam student.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Kerja pun xdapat-dapat lagi.

Dia boleh la, budak sekolah agama. Suasana terjaga.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Budak sekolah sains jer. Xlayak bagi tazkirah depan orang.
Entah la. Macam-macam alasan yang kita berikan untuk mengelak daripada terlibat secara langsung dengan pengislahan ummat ini. Kerja berat la katakan. Tapi tak mencuba start untuk mulakan training. Jadi macam ni, salah. Dah jadi macam tu, salah jugak.

sumber

Kalau orang tu lagi hebat daripada kita, kita rendah diri, rasa xcukup lagi nikmat yang kita ada berbanding diri dia. Kalau orang tu tak hebat macam kita, kita hina dia. Sampai bila la kita nak menjadi seperti ini.


وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الإنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلا
Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Qur'an ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
[al Kahf, 18:54]

2 comments:

  1. Salam. Betul juga. Memang banyak alasan boleh bagi untuk tidak berdakwah. Padahal sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak berdakwah. Allah mewajibkan dakwah kerana Dia tahu kemampuan manusia (2:286).

    ReplyDelete
  2. Setuju.
    Mungkin faktornya sifat mudah untuk lemah semangat dan pesimis terhadap keupayaan diri sendiri

    ReplyDelete

Labels