Friday, 19 February 2010

Games, Solat dan Amal

Entah macam mane kisah aku bermain game putat di Ulu Bendul bersama ikhwah rupanya dah diketahui family aku. Bikin segan aja.

Biasanya dalam daurah, paling kurang mesti ada satu slot untuk internal games. Macam-macam game dah pernah aku jumpa, menunjukkan kreativiti manusia yang xpernah sampai ke hadnya. Kali ni aku nak kongsi tiga game untuk menjadi permainan bersama.

Tema tiga game ini adalah kepekaan / sensitiviti disamping menjana kepala akan aktif bermain dengan angka.

Putat –Nombor yang tidak diketahui
Terima kasih kepada Atok [Amal Islami] yang ajar game ini. Ini game nombor gandaan (multiple). Buat satu bulatan. Lantik seorang mc. Mc akan berikan arahan, bermula dengan [nama peserta], bergerak ke [kanan], dalam kiraan [3]. [Peserta] itu akan sebut 1. Peserta di [kanan]nya akan sebut 2. Tetapi orang ke[3] akan sebut Putat. Orang seterusnya akan sebut 4. Next: 5. Next: Putat. Dan seterusnya. Pemain kalah apabila salah sebut nombor / putat.

Modification Ikhwah – Sebutlah takbir ker, baru berpahala. Xsedap langsung bunyi putat tu.

Konsentrasi
Dimainkan kurang 10 - 30 orang. Setiap pemain mempunyai nombor masing-masing. Nak gempak, mulakan game dengan cheers “Konsentrasi. konsentrasi bermula”. Pemain nombor 1 akan sebut nombornya, dan nombor orang lain. Contohnya “Dari no 1 ke no 14”. Pemain yang disebut nombornya itu perlu respond dan sebut no orang lain pula. “Dari no 14 ke no 30” dan seterusnya.

Pemain kalah jika lambat / gagal merespond atau menyebut nombor orang yang tiada dalam kumpulan tu.

Nak beza, boleh pakai ID unik jenis lain. Contohnya nama ayah, makanan kesukaan, tempat lahir dll.

Boom
Yang ni belajar ketika kem BoU bersama bro Muadz n the Gang. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan [suka hati berapa]. Kumpulkan peserta mengikut kumpulan dalam bulatan.

Mc akan menceritakan apa apa cerita. Dalam cerita tersebut akan disebut nombor kumpulan tersebut. Contohnya. “Saya lahir dalam keluarga yang besar. Ada ramai adik beradik. Saya anak ke[dua].” Apabila disebut nombor [dua], kumpulan ke[dua] akan sebut “Boom”. Kumpulan yang disebelah kiri dan kanan kumpulan [dua] akan buat aksi menahan [defending]. Kumpulan di kiri akan angkat tangan kanan, kumpulan di kanan akan angkat tangan kiri. Kumpulan yang paling lambat respons akan dikira kalah.

Mc akan meneruskan permainan dengan bercerita sambil menyebut nombor kumpulan dalam cerita tersebut.

Moga dapat faham. Happy enjoying the moments.

Bersempena dengan Solte A Alma yang berlangsung sekarang
[siap dengar jeritan hikuk pikuknya di bawah pokok ni]
Aku tujukan video Solat And Amal ini untuk korang semua

Popular Posts