Wednesday, 13 January 2010

Views From The Bottom

Dari Raheeq Makhtum: Secebis Peristiwa Badar
Rasulullah mengerakkan tenteranya untuk mendahului kaum musyrikin ke perigi Badar, dan menghalang mereka dari menawan perairan berkenaan, Baginda mengambil tempat di malam itu di kawasan terdekat kepada perairan Badar itu. Di masa itu al-Habab bin al-Munzir selaku pakar ketenteraan, bertanya kepada Rasulullah, "Apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah hingga tidak boleh kita maju atau ke belakang selangkah pun? Atau apakah ianya sebagai pemilihan strategi dan taktik?" Jawab Rasulullah: "lanya adalah strategi dan taktik semata-mata." Kata al-Habab: "Kalau demikian ya Rasulullah, lanya bukan tempat yang sesuai, tuan hamba boleh berpindah bersama sekalian tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan dan musnahkan kolah yang di tepiannya dan kita bina pula takungan, kemudian dipenuhkan dengan air hingga dengan itu semasa bertempor nanti kita akan minum manakala kaum musyrikin dalam kekeringan dan kehausan", kata Rasulullah (s.a.w): "Kau telah memberi pendapat yang baik".

Peta Peperangan Badar

1. Berbeza pendapat dengan ketua bukanlah suatu kesalahan. Ada masanya, pendapat ketua bukanlah yang terbaik meskipun pengalamannya luas, ilmunya tinggi. Pendapat orang bawahan pula, bukan semuanya salah.

2. Sewajarnya orang bawahan diberikan peluang untuk memberikan pendapat. Ruangkan masa untuk mendengar idea mereka. Pertimbangkan secara bersama untuk mendapatkan idea terbaik. Bersikap tawadhu’lah, bukan bersifat ego.

3. Yang penting, berhemahlah ketika memberikan pendapat. Memulakan memberi pendapat dengan pertanyaan seperti yang dikemukakan al Habab di atas merupakan contoh yang bagus. Rasionalkan juga sebab-sebab anda berpendapat sedemikian.

4. Jangan senyap / malu. Jika pendapat yang ada pada anda dirasakan bagus, suarakan. Sesebuah organisasi akan rugi seandainya hanya orang atasan sahaja yang mengeluarkan idea tanpa variasi daripada yang bawah. Juga, jika sudah beridea, elakkan menunggu selepas nasi sudah menjadi bubur, atau ketika nasi hampir-hampir jadi bubur. Masalah teknikal memang mudah akan berlaku.

5. Sangat harmoni apabila pendapat orang bawahan dihargai, malah diikuti. Rasulullah memberikan uswah terbaik dengan memuji al Habab. Dan sebenarnya tidak sukar untuk membina peribadi seperti ini.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
[al Ahzab, 33:21]

Popular Posts