Wednesday, 25 November 2009

What The Loss?

Saya ada kawan. Dia selalu baca surah al Asr selepas habis kelas. Owh, silap. Sebenarnya kami satu kelas baca surah ini lepas habis kelas.

Apabila Allah mengatakan kita dalam kerugian, kita dah xboleh nak menafikan hakikat ini, ditambah lagi dengan struktur ayatnya yang menggunakan uslub lil munkir. Sumpah terhadap masa, ditambah dengan perkataan “sesungguhnya” selain perkataan “la” yang bermaksud pasti.

Kerugian ini merupakan kerugian dan permasalahan yang besar, mengalahkan permasalahan / kerugian ketika krisis ekonomi atau Great Depression mahupun kerugian yang lebih kecil seperti kerugian apabila handset anda hilang.

Tapi, di situ ada pengecualian. Tidak semua insan itu dalam kerugian. Perkataan “Illa” itu diberikan kepada manusia yang hidup berada bersama manusia rugi yang lain, tetapi dia tidak rugi. Dia beriman dan melakukan kebaikan dengan tubuh badannya yang ada.

Dia berpesan-pesan dengan kebenaran, mengajak kepada ketaatan dan juga mencegah kejahatan. Mengajak manusia ke arah keimanan. Menambahkan kebergantungan dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Dan dia juga bersabar ketika berpesan-pesan.

Banyak kesabaran yang diperlukan jika anda ingin berpesan-pesan. Anda akan dicemuh, anda akan dicakap2 di belakang, anda akan disindir tajam dan mungkin juga fizikal anda akan dicederakan selain diletihkan. Tetapi anda tahu, kesabaran itu sangat cantik, ia suatu seni.

Bukan cakap2 manusia jahil yang kita utamakan, tetapi kita berusaha untuk tidak rugi, sebagaimana kebanyakan manusia lain yang rugi dan bangkrut.
وَالْعَصْرِإِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
[al Asr, 103:1-3]
Kenapa sumpah dengan al Asr yer? Adakah disebabkan masa kita menjadi rugi. Mari kita cari dan ajarkan.

Masa semakin mencengkam sekarang. EE sudah overdue 7 hari. Non-end revision pulak perlu diperasakan lagi. Dan banyak lagi urusan manusiawi yang perlu dilancarkan.

Wednesday, 18 November 2009

Aku dan Demam

Dah tiga hari aku pergi klinik kerajaan kat sini, suspected demam denggi. Tapi sekarang dah ok sikit. Hari ini penentu apa yang akan berlaku minggu akan datang. Kalau platelet aku masih lagi bawah 150, aku akan dicucuk 7kali dalam masa 7hari. Menyeramkan.

Antara peristiwa yang nak dihighlight

1. Aku ni sebenarnya jenis manusia yang tidak suka jumpa doktor mahupun pergi ke klinik / hospital. Tapi disebabkan hari ahad lepas, aku “terberi” tazkirah suruh orang diagnose dan rawati penyakit awal, terpaksa la aku paksakan diri register nama untuk pergi klinik kesihatan Bukit Changgang ni. Cakap mesti serupa bikin, terutamanya jika anda baru terlepas cakap, ibarat hangat-hangat tahi ayam. “Taquluna ma Taf’alun”

2. Scene darah aku akan diambil merupakan scene paling aku tak suka. Aku akan dan pura-pura baca kertas yang banyak ditampal kat dinding bilik tu dan juga pura-pura berada di alam lain. Sebab aku tak suka rasa sakit dan aku juga tak suka tengok darah. Tapi sampai bila yer? Suatu masa nanti, jihad pasti akan menuntut umat Islam untuk cedera dan berdarah banyak2.
Ambik darah xsakit manapun sebenarnya. Even walaupun aku kena cucuk 7 kali 7 hari pun aku xkisah,

3. Aku rupanya darah jenib B+. Sejak aku hidup hampir 19 tahun ini, inilah kali pertama aku tahu jenis darah aku. Ada ikhwah waktu dia bagi pengisian cakap tahap ukhwah terbaik adalah apabila kita kenal peribadi seseorang akh itu termasuklah darah dia jenis apa. Aku pulak, baru kenal peribadi aku sendiri hari ini. Huisssy, parah betul.
Apa yang aku ingat, B boleh derma dan terima dari B. Dan B jugak boleh derma kepada AB. Kiranya agak pemurah hati jugak la. + tu pulak aku xtahu maksudnya apa.

4. Seorang mak sebenarnya concern dengan diri anaknya. Anak dia jer yang mungkin senang untuk lupa / xconcern kepada emaknya. Aku ni sebenarnya lansung lupa nak bagitau pasal kesihatan aku ni kat parents aku. Tup tap, sebab wak driver lambat ambik kitorang, menyebabkan kitorang menunggu lama, baru la aku teringat untuk message mak aku. Dan about 10 seconds lepas aku send, terus dapat call mak aku, suggestkan apa yang aku perlu buat bila dah jadi macam ni. Ayah aku pulak, lupa aku nak bagitau kat dia. Tengok2, petang tu, terus dia call. Segan la pulak sebab dia xdapat early info dari aku sendiri. Tapi sejak tu, aku report je semua apa yang aku buat kat parents aku. Ok la kot aku rasa.

Dan result darah aku hari ini, 18 Nov 09 menunjukkan bahawa
DAH XPERLU CHECK DARAH LAGI ESOK

Nama Pesakit: XXXXX XXXXXX No. K/P: XXXXXX – 08 – 6553

Alamat: KOLEJ MARA BANTING Tarikh Mula Demam: 16 / 11 / 09
Sebab platlet dah naik jadi 139
Tapi still kurang lagi. Sepatutnya kena 150 - 200

Sunday, 15 November 2009

Sepupuku dah Kahwin

Sementara menjemput mood nak ulangkaji chemistry datang

Aku tadi baru habis berjalan di Klang, pagi tadi keluar dengan family untuk ke majlis pernikahan dan kenduri sepupu aku di Taman Andalas. Banyak peristiwa dan benda menarik yang berlaku. Aku listkan mana termampu sementara menjemput mood nak ulangkaji chemistry datang.

1. Kami bersarapan di Jenjarom, kedai tepi jalan. Nasi lemak telur mata kerbau aku habiskan dengan kepaksaan. Kedai ni tak berapa bersih sangat, mungkin termasuk kategori C. Datang-datang je teh tarik yang diminta, terus lalat menjunam masuk dalam dengan kelajuan maksimum ditambah lagi dengan pecutan graviti. Aku: AAA (Mulut ternganga...)

2. Ada satu bau unik kat kedai makan tu. BELACAN. Sampai sekarang baju yang aku pakai ni masih melekat bau belacan. Kereta kami yang dah cukup wangi tu pun bertransformasi menjadi bau belacan.

Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap.
[HR Muslim]

3. Alkisah diri aku yang tak pernah menyaksikan majlis akad nikah. Fuhh, teruja dan berdebar-debar hati aku bila pengantin lelaki selesai menerima nikah. Dah sah mereka berdua mempunyai bond yang kuat dan sah. Ditambah lagi dengan khutbah nikah yang dibacakan oleh pak Imam. Insya-Allah ini misi aku untuk birthday aku yang akan datang.

Sedut dari IB Text Book

4. Manusia yang diberitahu bahawa A itu salah, tapi tak tahu kenapa A salah. Bila diri dia ditanya kenapa macam xsetuju dengan A, tiada jawapan memuaskan yang diterima. Aku agak, “It’s not the right time to answer”. Yang ni boleh kaitkan dengan wahabi juga kot. Orang kata wahabi tu sesat, tapi xtau kenapa wahabi sesat. Pandanglah dengan pandangan yang tepat iaitu melalui neraca al Quran dan as Sunnah.

5. Cerita seorang lelaki yang sedang demam, ada masalah mata yang berat dan lenguh-lenguh badan, ditambah lagi bibir yang pucat dan bintik2 kecil tumbuh di seluruh badannya. Mukanya pulak rasa gatal-gatal, kepalanya pulak tengah pening. Ya Allah, sembuhkanla diri lelaki tu. Syafahullah. Roomate dia kata mungkin chikugunya (aku xreti eja penyakit ni, cuma mampu meneka). Dulu, ketika melawat classmatenya di Hukm, dia dengan bangganya cerita rekodnya xpernah lagi ke hospital bertahun2 sebab jarang sakit. Berlagak la lagi...

6. Dan kisah-kisah lain yang xsempat diceritakan, sebab dah nak tamatkan tulisan di sini memandangkan mood chemistry sudah datang. Doakan budak Kmb dapat jawab dengan cemerlang. Kuiz kitorang start pukul 8 pagi. May the Best with Us

Thursday, 12 November 2009

Dua Perkataan Baru

Antara istilah yang aku kenal baru2 ni
Introvert vs Extrovert

Kamus Cambridge beri maksud INtROVERT macam ni: Manusia yang pemalu, pendiam dan sukar untuk membuat kawan. Contoh ayat yang ada: His teachers perceived him as shy and introverted

Extrovert pulak bermaksud orang yang energetik, happy-go-lucky dan sangat suka untuk duduk n sembang dengan orang lain. Contoh ayat: Most sales people are extroverts.

Apa yang saya dapat? Dakwah ini memerlukan orang yang extrovert, boleh berkongsi pelbagai perasaan. Tapi, awas! Ada masanya anda perlu menjaga tingkahlaku dan perkataan anda. Takut dikira kurang hajar dan xbersopan, terutamanya dengan orang yang lebih tua.

Apa pulak kaitannya dengan introvert? Orang macam ni perlu berusaha untuk mengextrovertkan dirinya. Letakkan ke tepi dulu extrovert, nanti dah settlekan fardikan orang, jadi la introvert balik.

Saya? Dulu saya orang introvert terutamanya ketika waktu sekolah menengah. Peralihan kanak2 jadi remaja, orang kata sebabnya. Start tingkatan 5, saya dah start nak ubah diri jadi ala-ala extrovert. Thanx kepada Shahril Aidil dan murabbi2 ku yang lain. Anda memang berjasa.

Kalau nak compare dgn adik beradik aku, mungkin aku tertinggal di belakang. Dorang ni ramainya jenis extrovert atau dalam kata lainnya aku ni jenis senyap dalam family. Xtau jugak kenapa aku xboleh evolve jadi extrovert macam dorang. Dan sampai sekarang, energetic words yang boleh aku cakap pasal trovert2 ni: It’s hard I’m learning!

Sunday, 8 November 2009

Masalah, Masalah dan Masalah Lagi

Alhamdulillah, hampir berjaya menamatkan hari yang memenatkan 2, 3 jam lagi. Hari ni saje pelbagai masalah dapat diselesaikan + masuk lagi masalah baru. Mari kita tengok apa masalah2 berkaitan hari ini.

Lima orang manusia bersembang dengan aku pasal ibu bapa. Bagaimana nak approach ibu bapa agar memahami apa yang anak dorang alami sekarang ni, especially bila bercakap soal Islam dan dakwah. Macamla aku ni kaunselor bertauliah. Opss, soal tauliah ni sensitif kat Selangor. Ada masa kita cakap pasal benda ni.

Kesimpulan yang aku dapat, susah sebenarnya untuk mengharapkan perubahan dari ibu bapa disebabkan oleh seorang anak, terutamanya dalam masyarakat Melayu ni. Marilah kita berdoa banyak2. Perlu juga untuk merancang langkah demi langkah untuk memahamkan keluarga kita. Perlu bermula sejak sekarang. Plan Your Module!

Halaqah di Kisas berjalan seperti biasa. Mula-mula ingatkan nak join Baju Melayu Terjumpa Baju Kurung, tengok-tengok khidmat sebagai kawan diperlukan untuk ke Kisas.Apa yang boleh dicakapkan... "Fuhhh, lega gila bila dah habis halaqah. Hati terasa menjadi tenang. Seronok melihat anak halaqah sana. Senyuman melebar dorang mampu hilangkan stress aku sebagai pelajar IB ni.

Dan inilah ayat Quran yang aku dapat di Kisas. Akhlak dan cara terbaik untuk ibu bapa kita.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
[al Isra, 17:23, 24]

Apa-apapun, semoga berjaya dalam SPM 2 minggu lagi. Minggu depan jumpa lagi. Erk, isu tauliah pun ada kaitan kot dengan Kisas. Lain kali gak la aku cerita. Dan aku dah berjumpa dan bersembang dengan Murshid tadi, Pres Badar 09/10. Tawarkan khidmat sikit untuk tarbiyah di Kisas. Harapnya dia tak segan nak diberikan tolong.


Dan ada lagi satu masalah perlu berfikirkan, soal manusia yang cepat mennyerah kalah apabila soal keluarga bertembung dengan soal dakwah. Dan juga nak beritahu, Khamis ni merupakan hari untuk aku meluahkan masalah. Hahha, biar aku muntahkan semuanya. Dan lagi satu, ada masalah baru diberikan AkmalHayat dan Amin kejap tadi. Nak tau masalah apa, nanti ada rezeki akan diblogkan.

Kesimpulannya, hidup xdapat lari dari masalah. Jangan mudah menyerah kalah dengan masalah2 tu. We Must Be The Winner.

Berhenti kat sini, sebab mata dah ngantuk. Semoga minggu ni berjalan dengan lancar. Mari kita doakan sama2. Amin. Thanx Mom and Dad!

Friday, 6 November 2009

Layanan ViP

Cuma ana rasa
Xcukup untuk menunggu mereka datang ke majlis kita di surau, bilik kita atau kat mana2
Kadang2 kita yang kena selalu mencari mereka di bilik dan port2 kesukaan mereka
Baru terserlah kesungguhan dan keberanian kita
Dan insya-Allah mereka akan lebih cepat menghargai dan memahami
Petikan perbincangan mengenai Perancangan Halaqah

Ada manusia lebih suka dilayan seperti Vip
Jadi, xsalah rasanya kita layan ikhwah2 junior kita dengan cara tu
Jemput mereka dari bilik untuk attend program / ziarah ikhwah lain

Cuma ada masanya, ada batasannya pride yang perlu dijaga

Monday, 2 November 2009

What's Gonna Work? Teamwork

Tahniah kepada Mpp 09 / 10 yang dah menang.
Tanggungjawab menanti diri anda.
Manifesto / janji yang dah ditabur2kan, jangan lupa pulak!

You're now a little bit bigger now
Thus, watch your language,
watch your action
and watch your emotion.

Put your effort to the fullest.
Because this is what you have chosen,
thus work for it. A Team-Work.
Terlambat pulak nak wish congratz n good luck.

Popular Posts