Sunday, 27 September 2009

Belajar tu Susah ke Senang?

1. Mula-mula, ingatkan nak cerita pasal homework yang xhabis2 lagi. Tapi xpe. Dah ramai orang tulis pasal homework2 tu yang bertimbun-timbun, padahal Selasa ni dah nak balik Kmb.

2. Belajar, menuntut ilmu ni sebenarnya susah. Sebab tu tone membaca entri pasal homework Kmb ni lebih kurang macam mengeluh atau perlu dibuat-buat mengeluh. Bila listkan homework, terasa berat dan besar sangat. EE; dua je huruf nak eja, tapi berjuta-juta huruf nak kena susun untuk siap.

3. Tapi, orang yang belajar ni sebenarnya dikira sebagai mujahid yang keluar di jalan Allah. Terlalu banyak ayat yang menceritakan kelebihan keluar untuk menuntut ilmu, bahkan ia diletakkan sebaris dengan jihad di medan perang.
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
[at Taubah, 9:122]
4. Hakikat seorang penuntut ilmu, dia akan diuji, dia akan menghadapi kesukaran juga sepertimana orang yang keluar untuk berjihad perang mempertaruhkan nyawa di jalan Allah. Nilai seorang mujahid perlu dibawa semasa menuntut ilmu. Pengorbanan, ketabahan, disiplin dll perlu ada

5. Semalam, aku dapat berita ayah kawan aku Fateh 507 Gen52 Kisas meninggal dunia. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Dia masih belajar ilmu agama di Mesir; baru setahun sudah diuji. Kematian ayahandanya dianggap sebagai musibah bersifat tarbiyah daripada Allah. Takziah diucapkan kepada dirinya dan keluarga.

6. Pengajaran yang aku ambil; Fateh mendapat ujian berupa kematian ayahnya yang tersayang. Kita juga akan diuji sebagaimana layaknya Fateh diuji, cuma ujian kita mungkin berbeza.

7. Sebab tu kita kena ada attitude belajar seperti attitude seorang mujahid. Perlu serius dan bersiap sedia untuk menerima kesusahan. Perlu bersedia mencurahkan usaha demi kepentingan agama.

8. Tapi, belajar itu senang rupanya. Sebab ramai yang suka guna style lepak2 dan mode senang lenang waktu belajar walaupun duduk dalam sem3 yang busy di Kmb ni. Benda xpenting pon diupgradenya menjadi penting. Benda sia-siapun dianggapnya berfaedah dengan macam-macam alasan. Owh, belajar itu senang rupanya.

Saturday, 26 September 2009

Dakwah ala Cinta Sempurna

1. Membaca blog SI.com banyak pengaruhi mood aku semalam especially cerita dia terlibat dalam Cinta Sempurna, drama yang dahpun tamat nak dekat sebulan lepas.

2. Aku lebih tertarik untuk membaca komen-komen pembaca dalam blognya. Satu persatu diteliti. Kritikan, sokongan dan jugak penjelasan saifulislam sendiri; semuanya cuba untuk dihadamkan sebaiknya.

3. Sedikit sebanyak aku berpuas hati dengan justifikasinya untuk terlibat dalam drama itu. Tapi kadang-kadang stand aku bertukar2 gak; kadang2 sokong, kadang2 tak.

4. Tak ramai yang ingin mengambil keputusan seperti yang diambil Saifulislam tu. Dan aku berfikir; boleh tahan tak aku ni untuk menerima kritikan mencurah-curah tentang pendekatan dakwah yang diambil seperti dialami saifulislam tu.

5. Dan lagi satu soalan memandangkan pendekatan dakwah aku sekarang ni lebih berfokus kepada orang yang baik2 / alim2 kucing. Perlukah aku membuka memfokus pada dakwah orang ala2 Najib n Shila tu? Kesian jugak kat dorang tuh.

6. Sedikit sebanyak menjadikan kepala ni berfikir2 jap selepas enjoy beraya tahun nih. Kadang-kadang tu, tetiba jer rasa risau. Degup jantung pulak rasa bertambah sikit berbanding normal.

7. S.I.N.E.R.G.I. Entah la, bila teringat perkataan ini jer, rasa tenteram sikit. Tapi masih xfaham; bagaimana n macamana jalannya.

Thursday, 17 September 2009

"Makcik, Mana Udangnya?"

Kata seorang budak kepada penjual kuih,
“Makcik, mak saya pesan, suruh beli cucur udang. Tapi cucur ni xda udang pon ...”

Dengan selamba penjual tu menjawab,
“Ala kamu ni, cuba pergi kat gerai sana tu. Dia kata dia jual cucur badak, ada kamu nampak badak kat cucur dia tu?”

Yang ni lawak emak aku buat time bukak puasa. Semua orang gelak. Nasib baik aku tak tersedak sebab selalunya aku selalu habis makan awal.

Cucur badak / cucur udang setahu aku hanya dikenali orang Melayu saje. Dan mungkin jadinya istilah ni memberikan ekspresi bahawa orang Melayu sudah terbiasa dengan istilah yang xde berkaitan dengan realitinya.

Melihat kepada tarbiyah kita.
Kita kata kita ingin mentarbiyah.
Tetapi adakah inti yang kita sampaikan merupakan tarbiyah dalam erti sebenar.

Refleksi
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأمِّيِّينَ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,
[al Jumuah, 62:2]

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ
Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.
[al Baqarah, 2:151]
Soalnya, apa yang kita tarbiyahkan?

Tuesday, 15 September 2009

Make Sure It Was Worth Saving

A man risked his life by swimming through the treacherous riptide to save a youngster being swept out to sea.
After the child recovered from the harrowing experience, he said to the man, "Thank you for saving my life.”

The man looked into the little boy's eyes and said, "That's okay, kid. Just make sure your life was worth saving."

Edit daripada: Pravsworld


Kita perlu bersyukur apabila diselamatkan hidayah Allah yang disampaikan menerusi manusia. Sewajarnya bagi kita untuk mengucapkan terima kasih kepada murabbi/ah kita atas pertolongan mereka.

Dalam masa yang sama, kita perlu sedar untuk tidak mensia-siakan pengorbanan dan kesudian mereka menyelamatkan kita. Hendaklah kita membuktikan bahawa mereka tidak silap ketika memilih kita untuk diselamatkan. Buktikan bahawa tindakan mereka itu berbaloi, bukan dengan meletihkan dan meyusahkan mereka dengan ragam kita.

Begitu juga tanggungjawab kita sebagai seorang murabbi/ah. Kita perlu mendidik mutarabbi/ah kita agar mereka membuktikan bahawa mereka seorang yang berbaloi untuk ditarbiyah. Caranya dengan mengajar mereka untuk menyelamatkan / mentarbiyah orang lain pula. Membimbing tangan manusia untuk keluar dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.

Kita mahu membina rangkaian pendakwah; seorang dai yang boleh mencari orang lain untuk ditarbiyah. Bukan mencari orang yang hanya tahu menghentikan rantai tarbiyah apabila sampai hujung rantai tersebut pada dirinya. Ini tidak berbaloi.

It’s ok but isn’t worth.
إذا مات إبن ءادم إنقطع عمله إلّا ثلاث: ...
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara ...”
[HR ...]
Sila isi tempat kosong.

Monday, 14 September 2009

Cipta Suasana

Suatu kesilapan apabila seorang itu terlalu mengutamakan yang minoriti sehingga mengabaikan majoriti.

Terpengaruh dengan sikap segelintir manusia lalu mempengaruhi perasaan diri terhadap manusia keseluruhannya.

Terpengaruh dengan seseorang yang menyakitkan hati anda lalu bersedih berlebih-lebihan sehingga lupa bahawa masih ada ramai orang yang masih baik dan menghargai anda

Terpengaruh dengan masalah golongan minoriti sehingga mengabaikan kepentingan orang keseluruhannya



Tak perlu diri kita terpengaruh dengan suasana. Sudah sampainya masa kita yang mewujudkan suasana. Ketepikan provokasi, coolkan diri.
وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
[ali Imran, 3:139]
When your best just isn’t good enough.
Apabila yang terbaik itu masih belum cukup.

Yang penting, kerja utama anda berjalan.
Khalifah muka bumi.
Penerus kerja dakwah.
Hamba rela bekerja

Saturday, 12 September 2009

Kenapa Perlu Tinggikan Diri?

Sambil belek2 e-book yang ingin dihabiskan sempena Ramadan ni, cerita berikut sangat2 menarik perhatian. Kisah Umar ra dengan hambanya yang bergilir-gilir menaiki unta untuk ke Bait al Maqdis. Keperibadiaan Umar yang tidak mementingkan status, sebaliknya suka merendah diri sangat-sangat perlu kita praktikkan. Jom baca sama-sama.

Kisah Umar

Dari jauh, sayup-sayup kelihatan dua orang manusia sedang bergilir-gilir menunggang seekor unta di tengah-tengah padang pasir yang sangat luas. Arah yang dituju ialah sebuah kota yang baru sahaja dibuka oleh tentera Islam. Pada masa yang sama, di pintu gerbang kota, ribuan manusia sedang menunggu kedatangan seorang pemimpin yang amat disegani. Pada mereka yang belum pernah melihatnya, yang terbayang adalah kedatangan seorang pemimpin dengan bala tentera yang tidak terkira banyaknya. Sebahagian yang lain pula cuba membayangkan kedatangan seorang raja dengan segala kemewahannya. Setiap orang mempunyai andaian yang pelbagai.

Tiba-tiba seorang pemuda berteriak memberitahu ketibaan dua orang lelaki dengan seekor unta. Setiap orang tertanya-tanya: “Siapakan gerangannya, ke manakah tujuannya?”. Semakin hampir, semakin jelas bahawa yang datang itu merupakan orang yang ditunggu-tunggu. Sebahagian orang yang pernah melihatnya berteriak: “Amir al-Mukminin telah tiba”. Mereka yang tidak pernah melihatnya terpinga-pinga.

Terbukti, anggapan mereka tentang pemimpin ini jauh meleset. Dengan hanya menaiki seekor unta, berpakaian dengan pakaian yang amat sederhana dengan ditemani oleh seorang lelaki yang kemudiannya diketahui adalah hamba, inilah rupa-rupanya pemimpin yang amat disegani rakan dan digeruni lawan.

Lalu bersegeralah manusia mengerumuni lelaki yang berada di atas unta. Sekali lagi, anggapan mereka meleset juga. Lelaki yang berada di atas unta rupanya adalah seorang hamba, manakala lelaki yang sedang berjalan dan memegang tali unta, itulah pemimpin agung, Amir al-Mukminin Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh. Keinsafan kemudiannya menyelubungi mereka apabila mendengar penjelasan si hamba:

Sejak keluar dari kota Madinah, kami bergilir-gilir menaiki unta ini dan apabila hampir sampai ke sini, giliran hamba pula untuk naik dan giliran Amir al-Mukminin untuk berjalan kaki. Walaupun hamba berusaha memberitahu baginda, tidak mengapa untuk baginda terus menaiki unta, namun baginda tetap berdegil untuk mengikut giliran yang sepatutnya. Hamba cuba memberi alasan bahawa adalah lebih mulia dan dipandang tinggi oleh para penduduk kota Baitul Maqdis jika sekiranya khalifah menunggang unta ketika memasuki kota.

Namun Amir al-Mukminin telah memberikan pengajaran yang berharga kepada saya dengan berkata:

“Kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika sekiranya kita mencari kemuliaan (dan ketinggian di sisi manusia) selain daripada Islam, maka kita akan dihinakan oleh Allah.”
Demikianlah kebenarannya, bilamana kita sebagai individu muslim mula meninggalkan Islam dan mencari kemuliaan-kemuliaan lain, maka apa peliknya Allah Subhanahu wa Ta'ala menghinakan kita sebagaimana yang berlaku pada ketika ini.

Edit daripada: Himpunan Risalah dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 2)

Wednesday, 2 September 2009

Kenali Sahabat Rasulullah

Kuiz tentang Sahabat Rasulullah
Jom cari jawapan sama-sama.
Jawapan dalam warna putih

1. Namakan isteri Rasulullah digelar juga sebagai Ummu Masakin.
2. Namakan satu-satunya sahabat Rasulullah yang disebut namanya dalam Quran.
3. Namakan sahabat yang pernah menjadi imam solat kepada Rasulullah.
4. Senaraikan 3 orang sahabat yang memeluk Islam disebabkan Abu Bakar ra.
5. Namakan sahabiah yang turut menjadi benteng bagi Rasulullah ketika saat genting semasa perang Uhud?
6. Senaraikan empat orang sahabat yang tidak dikafirkan oleh Syiah.
7. Namakan sahabat yang diutus ke Mekah untuk berunding sebelum termeterainya Perjanjian Hudaibiah?
8. Namakan sahabat yang difitnah bersama-sama dengan Saidatina Aishah semasa peristiwa Hadits al Ifk?
9. Namakan sahabat Ansar yang rumahnya ditumpangi Rasulullah semasa peristiwa hijrah.
10. Namakan tabiin yang dianggap juga sebagai sahabat kerana keinginannya untuk bertemu Rasulullah tidak kesampaian, tetapi Rasulullah menyuruh sahabatnya yang lain agar mencari dirinya?

Soalan bonus.
Sahabat Rasulullah yang anda kagumi beserta sebabnya.

Jawapan:
1. Zainab bt Khuzaimah
2. Zaid b Harithah (QS al Ahzab)
3. Saidina Abu Bakar ra n Saidina Abdul Rahman b Auf
4. Abdul Rahman b Auf, Saad b Abi Waqqas, Usman b Affan
5. Ummu Ammarah @ Nusaibah bt Zaid
6. Ali b Abi Talib, Salman al Farisi, Abu Zar al Ghifari, Miqdad b al Aswad
7. Saidina Usman b Affan
8. Safwan b Ma'tal
9. Abu Ayyub al Ansari
10. Uwais al Qarni

Popular Posts