Wednesday, 29 July 2009

Memberi Bukan Untuk Menerima

Sangat sayang
Kalau duit dah ada, tapi takut nak diinfaqkan
Kalau bakat dah ada, tapi segan nak tonjolkan
Kalau pengaruh dah ada, tapi tak reti guna daya tarikan
Kalau stamina dah ada, lebih suka untuk simpan

Apa guna
Kalau ada ilmu, tapi tidak dikongsikan
Kalau ada skill, kepada Islam tak dilencongkan
Kalau ada jawatan, tapi tak dapat nak kawal urusan
Kalau ada anak usrah, tapi mereka disia-siakan

Kemasyhuran, hiburan, permainan dan wanita
Seronoknya dunia, siapa yang tak suka
Tapi, indah lagi apa yang di syurga
Bukan mudah untuk ke sana
Perlukan pengorbanan, diri dan harta

Apa lagi,
Seriuskan diri untuk membina
Gunakan segala peluang yang ada
Ajrun Ghairu Mamnun, itu yang dicita-cita
Kalau berhenti, berhentilah juga pahalanya

Mari korbankan seluruh tenaga
Mari sampaikan ayat-ayat peringatan-Nya
Mari ajar erti Islam yang sempurna
Mari ketepikan penat dan duka

Ikhlaskan niat untuk memberi
Memberi bukan untuk menerima
Memberi bukan untuk mendapatkan dunia
Tapi semata-mata untuk keredaan-Nya

Dunia penjara bagi orang beriman, syurga bagi mereka yang kafir

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
[ali Imran: 3:14-15]

Sempena Usrah Kmb Pertama Malam Ini
Semoga Projek Berjaya

Thursday, 23 July 2009

Ini Bukan Dakwah Bermusim

Amanah dakwah yang bertimbun bagi sebagian aktivis dakwah terkadang membuatkan mereka cepat lemah dan jumud. Tawaran amanah dakwah seolah datang tak kenal waktu, menuntut kita untuk segera menyelesaikannya, belum lagi ‘homework’ yang bertimbun, ‘report’ dan sebagainya. Waktu cuti bagi aktivis dakwah adalah kesempatan besar yang tak boleh disia-siakan, untuk sekadar melepaskan penat yang melekat. Atau paling tidak, dapat sedikit bernafas dengan lega dari amanah-amanah yang ada.

Disedut dari: Halaqah-online.com

Tuesday, 21 July 2009

Nak Pergi Mana?

Selau juga orang bertanya aku.

Apa tujuan sebenarnya hang buat benda ini?
Kenapa korang semangat sangat ni?
Anta nak bawak dorang ni ke mana sebenarnya?

Okey, kita ulang jawapannya sekali lagi.

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
[Yusuf, 12:108]
Sudah aku gunakan al Quran dan as Sunnah sebagai hujahku. Dengan apa lagi aku ingin berhujah selain ayat-ayat-Nya.

Aku ingin menjadi generasi rabbani.
Aku ingin mencetak generasi rabbani.

Tidak susah sebenarnya untuk berjumpa dengan orang yang berhujah mengenai Islam, tetapi masih lagi tidak menggunakan بَصِيرَةٍ .

Alahai, banyak lagi kerja yang perlu kau lakukan wahai dai.
Jangan sia-siakan masamu.

p/s Ahad lepas, di Kisas, ada orang bertanya aku soalan yang sama. Akupun menjawab dengan jawapan yang lebih kurang sama.

Friday, 17 July 2009

Bagaimana Nak Approach Manusia?

Antara kemahiran terpenting yang perlu ada ialah mempengaruhi orang. Dengan kemahiran inilah anda mampu mencari dan mengumpul ramai orang untuk dijadikan kawan anda. Kali ini kita akan berkongsi cara untuk mendekati manusia sebagai satu cara untuk “menjerat” mereka untuk masuk ke dalam tarbiyah.

Rasanya dah terlalu ramai sangat orang yang ada kemahiran ini, bahkan mungkin lebih hebat daripada aku. Tapi, alangkah baiknya jika semua orang yang ada skill ini dapat gunakannya untuk meramaikan lagi manusia yang mengenali tarbiyyah ini.

• Beri salam kepada sesiapa sahaja yang anda jumpa. Tunjukkan muka yang manis. Sedikit sebanyak akan memudahkan orang mengingati diri anda.
• Jangan segan untuk memulakan perbualan. Cari orang baru untuk anda bersembang. Target orang, kemudian terus duduk / diri dekat dengannya. Sembanglah apa-apa tajuk terutamanya untuk mengenali diri dia.
• Tetapkan masa untuk anda mengadakan sesuatu perjumpaan / taklim agar anda dapat memberitahu dia tentang majlis tazkirah yang anda ingin adakan. Dah boleh jemput dia dan kawan-kawan dia untuk datang.
• Alang-alang dah kenal dengan dia, cuba kenal jugak dengan orang yang ada di sebelah dia. Jangkit-jangkitkan perkenalan anda kepada orang lain.
• Skill ini sebenarnya langsung tidak perlukan “public speaking skill”. Bersembang seperti biasa anda bersembang
• Skill redah pun mesti ada. Apa yang anda fikirkan, belasah je. Yang penting, jangan takut, segan atau rendah diri untuk mencuba.

Orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak pernah mencuba. Orang yang berjaya ialah orang yang apabila dia gagal, dia tidak terus berputus asa.

p/s
Title senior sebenarnya lagi memudahkan proses approach ini. Sangat rugi bagi siapa-siapa yang tidak dapat memanfaatkannya.
Yang ini baru skill approach. Dah berjaya, kena bijak membawa dan membina pulak.

Doakan kita sama-sama berjaya. =)

Wednesday, 15 July 2009

Terbatas Tapi Masih Teratas

1. Apabila terbatas masa, dua jenis manusia yang akan lahir kesan daripadanya. Satu manusia yang kreatif. Lagi satu manusia yang cepat putus asa.

2. Tarbiyah yang berjaya bukan diukur pada bilangan yang banyak, kesenangan yang ada, tetapi pada kemahuan yang tinggi dan kreativiti yang dibina.

3. Hidup sebagai pelajar memang menjadikan seseorang itu sibuk. Pelbagai aktiviti dan tugasan yang perlu dilakukan dan diselesaikan.

4. Hal ini sepatutnya tidak mempengaruhi tarbiyah, bahkan sepatutnya menjadikan tarbiyah tetap boleh diadakan walaupun pada waktu yang sangat sempit, walau sesempit bagaimana sekalipun.

5. Bermacam-macam jenis kemudahan, kemewahan dan kesenangan selalu menyebabkan manusia menjadi lebih malas dan cepat untuk berputus asa ketika ditimpa ujian.

6. Lalu hilanglah pelbagai jenis adab seperti adab Isti’zan, iaitu budaya meminta izin untuk tidak terlibat dalam sesuatu aktiviti. Kadang-kadang hanya melalui sms sahaja, itupun bukan bernada meminta izin, tetapi lebih kepada pemberitahuan, bahkan kadang-kadang suatu paksaan untuk menerima.

7. Kita sepatutunya tidak dipengaruhi dengan keterbatasan yang kita ada, tetapi kitalah yang perlu mencipta dan mencari kelapangan.

8. Jihad sangat penting ketika ini. Begitu juga disiplin, ikhlas, kesungguhan dan kebijaksanaan.

9. Anda perlu bijak. Lihat Abu Hurairah membahagi masa, lihat Abdul Rahman mengurus bisnes, lihat Bilal menjaga amalnya, lihat Abu Bakar menjaga kompetitifnya dan lihat Usman menjaga momentum hartanya.

Pada Murabbi Aku Mengaji
Pada Murabbi Aku Berjanji
Pada Murabbi Aku Tarbawi
Bersama Murabbi Aku Berharaki

Referens
[Quantum Tarbiyah, Solikhin Abu Izuddin, Penerbit Bina Insani Press Solo, 2006]

Yang ini Minta Izin Tak Bagus

وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا وَيَسْتَأْذِنُ فَرِيقٌ مِنْهُمُ النَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوْرَةٌ وَمَا هِيَ بِعَوْرَةٍ إِنْ يُرِيدُونَ إِلا فِرَارًا

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Hai penduduk Yatsrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu". Dan sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)". Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanyalah hendak lari.
[al Ahzab, 33:13]


Yang Ini Bagus

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُولَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَنْ لِمَنْ شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[an Nur, 24:62]


Thursday, 9 July 2009

Kemanusiaan untuk Palestin

Menjelang Forum Hope Malam Ini

وَقَضَيْنَآ إِلَى بَنِى إِسْرَءِيلَ فِى الْكِتَـبِ لَتُفْسِدُنَّ فِى الاٌّرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً - فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ أُولَـهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَآ أُوْلِى بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُواْ خِلَـلَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولاً

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar."
Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.
[al Isra’, 17:4, 5]
Allah telahpun sedarkan mereka.
Pasti akan mereka lakukan kerosakan
Angkuh, degil dan sombong.
Menindas manusia tanpa perasaan belas kasihan.

Datangnya kaum yang lebih hebat kuasa, senjata dan kekuatan berbanding mereka.
Janji Allah pasti akan tertunai.

Disebabkan kezaliman dan kerosakan yang mereka lakukan
Membunuh para nabi dan utusan Allah tanpa alasan yang betul
Allah berikan kekuatan kepada musuh mereka
Terserlah keadilan-Nya kepada hamba

Moga diberi kekuatan oleh Allah untuk sampaikan mesej-Nya malam ini.



Tuesday, 7 July 2009

Bencana Darat dan Laut

قُلْ مَنْ يُنَجِّيكُمْ مِنْ ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً لَئِنْ أَنْجَانَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ * قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُمْ مِنْهَا وَمِنْ كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ أَنْتُمْ تُشْرِكُونَ

Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut (dengan mengatakan): "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur."
Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya."
[al An’aam, 6:63, 64]
Subhanallah, terlalu pemurah Allah. Masih lagi menginginkan hambanya terselamat daripada bencana darat dan laut, ketika hamba-Nya memohon dengan pelbagai kata dan janji manis.

“Pasti kami akan jadi hamba yang bersyukur.” Satu bentuk janji.

Tetapi kemudian, langsung terus kita melupakannya. Pelbagai keseronokan dunia kita layan. Terlupa sudah pelbagai janji dan kata manis ketika terdesak dahulu.

Ingin bersyukur
Tidak ingin bermaksiat
Ingin memahami Islam
Ingin mengamalkan cara hidup Islam.
Ingin berbakti kepada manusia.

Jambori 09
Terasa yakin dengan kebenarannya ketika rakit tersangkut di celah pokok. Dengan kerisauan yang pelbagai.

Mungkinkah sebelah kaki yang tersepit ini akan patah
Mungkinkah aku akan hanyut dibawa arus
Atau untuk diselamatkan, mungkinkah aku akan diketuk kepala sampai pengsan?

Mari bersyukur. Manfaatkan masa anda untuk Islam.

“Setiap unit masa membuahkan unit-unit amal”


3:13 – Rakit yang tersangkut akhirnya dilepaskan

Entri Sebelumnya:

Sunday, 5 July 2009

Sentiasa Ada Jalan Penyelesaian

Selalu Ada Solusi
Tazkiyatun Nufus
2/7/2009 | 10 Rajab 1430 H | Hits: 297
Oleh: Ibnu Jarir, Lc

dakwatuna.com - Segala puji hanya bagi-Mu ya Allah, Engkau Maha memberi kemenangan bagi siapa saja hamba-Mu yang berjihad dijalan-Mu dan berkorban demi tegaknya kalimat-Mu dengan penuh kesabaran. Ya Allah…Ya Naashiru…tsabat kan kami dalam mengemban amanah Mu, ampuni kelemahan kami dan sikap kami yang melampaui batas…

Saudaraku…
“Huffatil jannatu bilmakarih wahuffatinnaaru bissyahawat…” surga dikitari oleh sesuatu yang tidak disukai oleh nafsu, sebaliknya neraka dihiasi dengan hal-hal yang memanjakan syahwat. Maka hanya hamba-hamba yang sadar surga saja yang mampu mengemban beban perjuangan dan pengorbanan untuk dakwah.

Saudaraku…
Setiap kita hendaknya bertanya pada diri ini, akan kejujuran perjuangan dan pengorbanan kita. Benarkah kita telah berjuang? Berjuang untuk apa dan siapa? Bersabarlah kita dalam perjuangan untuk tetap dalam manhaj-Nya? Untuk tidak tergoda oleh dunia? Atau terbujuk rayuan wanita? Atau terlena dengan tahta?

Saudaraku…
Sudahkah kita berkorban untuk taat? Berkorban untuk tegaknya nilai-nilai Dienullah? Berkorban untuk menghentikan atau meminimalisir kezhaliman? Berkorban untuk membantu saudara-saudara kita yang tertindas? Berkorban dalam dakwah di jalan-Nya? Berkorban untuk menyelamatkan moralitas anak-anak negeri ini? Berkorban…dan berkorban?

Saudaraku…
Betapa terngiangnya genderang kalimat Allah Swt di relung hati kita yang paling dalam, kita yang sadar, kita yang sensitif akan kebahagiaan, kita yang senantiasa merindukan surga, kita yang berharap untuk berjumpa dengan-Nya, kita yang merindukan untuk menatap wajah-Nya,”Am hasibtum ‘an tadkhulul jannah ?”… apakah kita mengira akan mendapat surga dengan begitu mudah?

Saudaraku…
Setelah kita cermati perjuangan dan pengorbanan kita dijalan Allah untuk tegaknya dakwah ini, kita menjadi tahu…, sadar…dan insaf…Ya Allah sesungguhnya kami belum berbuat apa-apa untuk Islam, kecuali sedikiiit..,ya Allah …janganlah Engkau hinakan kami…jangan Engkau azab kami, Ya Allah…ampuni kami…rahmati kami, karuniakan kekuatan kepada hamba-hamba-Mu ini ya Qowiyyu…, agar kami mampu bangkit memperbaiki kelemahan kami … untuk meraih kemenangan dari sisi-Mu…

Saudaraku…
Ingatkah kita akan perjuangan dan pengorbanan pemimpin kita yang agung: Muhammad Saw.? kala tekanan dan permusuhan mendera dirinya untuk sebuah risalah besar dakwah yang di emban nya, hampir-hampir tak sejengkal bumi Mekah yang bisa dipijaknya, sepulang dari Thaif tiba-tiba sebuah pertanyaan dari Zaid bin Haritsah ra. terlontar; “Ya Rasulullah kaifa ta’uudu ila makkah waqod akhrojuuka? ( ya Rasulullah bagaimana engkau akan kembali ke Mekah sedang mereka telah mengusirmu? ) Jawab Rasulullah saw. dengan pemberian harapan besar pada kita dan umat yang besar ini: “Ya Zaid Innallaha jaa’ilun limaa taroo farojan wamakhroja…” (wahai Zaid, sesungguhnya Allah akan menjadikan apa yang saat ini anda lihat, jalan keluar dan solusi…).

Saudaraku…
Semoga kemenangan itu dekat. Semoga kita adalah orang-orang yang terpilih untuk menjadi pelaksana kemenangan dakwah ini. Ya Allah ampunilah kelalaian kami, jadikanlah kami orang-orang yang siap berkorban apa saja untuk dakwah ini… amin.

Apa yang Kami Buat

Sambungan:

Tidak banyak aktiviti dapat dilakukan sebab kami sampai lewat. Ini yang kami sempat
• Tengok orang cari peserta hilang
Sampai-sampai jer bertiga, ikhwah sibuk mencari peserta hilang. Ingatkan betul-betul hilang, jadi seorang antara kami beritahu dia dah nampak peserta yang hilang tu keluar bersama urusetia. Rupa-rupanya, ini game bertemakan ukhwah. Dan kami telahpun merosakkan perancangan game tersebut tanpa disengajakan. Apa nak buat, game yang sepatutnya ditamatkan pukul 3 pagi, dihabiskan 2 jam awal. Akibatnya, tiga-tiga kami dapat pumping 20. Tak pasal-pasal.

• Berakit
Pengalaman paling menyeronokkan. Berakit ditolak arus Sg Perak. Mula-mula buat rakit, kemudian water confident dan kemudian perlumbaan bermula. Mula-mula dah seronok dapat jadi rakit pertama dilepaskan. Hmm, malang memang tidak berbau, kami jugaklah yang terkandas awal, terpaksa melihat rakit dan diri sendiri melanggar pokok buluh tengah-tengah sungai tu. Memang pucat muka, tambah-tambah lagi kaki dah tersepit celah-celah buluh rakit. Alhamdulillah, semua terselamat selepas tersangkut lebih kurang lima minit. Memang memenatkan walaupun matahari tak bersinar panas terik. Tak da la kulit ni jadi gelap sangat.

• Malam Kesenian Ikhwah (MAKSI)
Suruh buat dikir barat, masa diberikan untuk sedia sekejap jer. Jadi, kemantapan persembahan seperti yang telah dirancang langsung tak menjadi. Dah nak buay persembahan, tapi tak hafal lirik lagu, entah la. Cukup seronok walaupun mungkin kumpulan kami paling hambar. Sekurang-kurangnya dapat tengok kehenbatan kumpulan lain. Dah jangka dah akan kena buat hirasah malam sebab kalah, tengok-tengok kem kom terlupa. Dia dah tertidur kot. =)

• Games Sukaneka
Cari kertas dalam tepung – Buka-buka kertas, ada tulis C4 atas tu. C9 atas tu. Dapat Cloud 9. Saje kot urusetia nak beri hadiah guna cara yang lain. Game seterusnya, jalan berdua dengan kaki terikat. Takda masalah. Seterusnya, mata kami ditutup. Kali ini kena cari team members berdasarkan suara dan password yang ditetapkan. Agak psycho jugak. Selesai aktiviti di dewan, makan sekejap di kawasan kem. Lepas tu ada game lagi. Kena pecahkan belon, benda yang paling tak disukai dalam hidup ni. Lepas tu kena makan epal yang tergantung. Entah terasa ke nikmat epal tu...

• Night Slow Talk (???)
Sesi muhasabah. Mula dengan perkongsian pengalaman masing-masing dijemput masuk dalam tarbiyyah. Satu lilin dinyalakan bagi satu kumpulan, lampu-lampu di sekitar kem dipadamkan. Terasa sangat mudah Allah memberikan nikmat tarbiyyah ini dan sangat indah nikmat ini. Sambung dengan slot muhasabah ramai-ramai awal-awal pagi.

Apa-apapun, semoga objektif dapat dicapai. Ukhuwah fillah, integration ikhwah dan paling besar, keredaan Allah sepanjang hidup.

Tsabat, Yakin, Sabar!

Youtube Link

p/s Log masa untuk CAS dah siap. Akan diserahkan ke Koji petang Ahad.

Thursday, 2 July 2009

Perjalanan Bermula

Sambungan Entri Sebelum Ini

Perjalanan pertama untuk semester 3 ini, dapatlah peluang kembali ke Perak untuk Jambori Nasional 09 di Nur Lembah Lenggong.

Perjalanan seperti biasa mula dari KMB, jalan kaki ke stesen bas depan, terus ke Putrajaya, KL Pasar Seni, jalan semula ke Pudu, terus naik bas ke Kuala Kangsar dan sambung ke Lenggong bersama ikhwah. Akhirnya tiba juga di Nur Lembah Lenggong, kawasan tepi sungai Perak.

KMB hantar tiga orang wakil. Perjalanan kami terpisah dua. Seorang di depan sebab sudah beli tiket awal-awal lagi. Dua lagi, walaupun tiada tiket lagi dan perlu beli tiket “on the spot”, masih lagi semangat sertai jambori ini.

Selepas macam-macam masalah berlaku kepada dua yang tertinggal ini, akhirnya sampai juga di Lenggong. Tiket semua bas ke Kuala Kangsar dah habis, Lenggong pun sama. Terpaksa beli tiket ke Ipoh 10 malam, ini je yang tertinggal. Tengok-tengok lagi bagus pergi Kamunting sebab lagi dekat untuk dijemput ambil, jadi, kena tukar tiket la pulak. Tengok tiket bas banyak dah habis, yang tinggal pun jalan malam, hati memang terasa nak patah balik KMB, tapi alang-alang dah sampai Pudu, jangan patah belakang balik sudah.

Apa-apapun, anggaplah semuanya ujian dan dugaan sebagai cabaran untuk tingkatkan kesabaran. Masih terlalu kecil bandingan dugaan yang dilalui, bahkan ujian di jalan Allah memang sangat banyak, maka takda benda lain dah kecuali kena sabar dan tetap teguh pada jalan ini.
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
Adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya
[Inteam, Tiada Lagi Kasih: Kehidupan]
Bersambung...

Wednesday, 1 July 2009

Jambori Nasional 09

Akan datang...

Signboard - Bakal menjejakkan kaki

Flying Fox across the Sg Perak River. The only one in Malaysia!

Ambil gambar sebelum berkayak. Malang masih lagi belum berbau

Rakit tersangkut bakal dilepaskan. Topi di kepala sudah hanyut, jadi makanan hidupan Sg. Perak

Mangsa terkapai-kapai. Tiada siapa nak tolong. Perjalanan masih jauh, tetap perlu diteruskan.

Suram-suram Maghrib - Pentas Utama

Kem Kom memang kejam. Asyik-asyik suruh pumping. Hutang pumping dibawa ke KMB masih lagi 23. Xtau bila nak bayar. =). Dah lenguh-lenguh sekarang


Gambar kenang-kenangan. Takda peluang bergambar, terpaksa balik awal ke KMB.

Nikmat ukhwuwah + pengalaman berakit, pumping, aktiviti yang sentiasa ada.Apa-apapun, memang seronok.

Popular Posts