Wednesday, 18 November 2009

Aku dan Demam

Dah tiga hari aku pergi klinik kerajaan kat sini, suspected demam denggi. Tapi sekarang dah ok sikit. Hari ini penentu apa yang akan berlaku minggu akan datang. Kalau platelet aku masih lagi bawah 150, aku akan dicucuk 7kali dalam masa 7hari. Menyeramkan.

Antara peristiwa yang nak dihighlight

1. Aku ni sebenarnya jenis manusia yang tidak suka jumpa doktor mahupun pergi ke klinik / hospital. Tapi disebabkan hari ahad lepas, aku “terberi” tazkirah suruh orang diagnose dan rawati penyakit awal, terpaksa la aku paksakan diri register nama untuk pergi klinik kesihatan Bukit Changgang ni. Cakap mesti serupa bikin, terutamanya jika anda baru terlepas cakap, ibarat hangat-hangat tahi ayam. “Taquluna ma Taf’alun”

2. Scene darah aku akan diambil merupakan scene paling aku tak suka. Aku akan dan pura-pura baca kertas yang banyak ditampal kat dinding bilik tu dan juga pura-pura berada di alam lain. Sebab aku tak suka rasa sakit dan aku juga tak suka tengok darah. Tapi sampai bila yer? Suatu masa nanti, jihad pasti akan menuntut umat Islam untuk cedera dan berdarah banyak2.
Ambik darah xsakit manapun sebenarnya. Even walaupun aku kena cucuk 7 kali 7 hari pun aku xkisah,

3. Aku rupanya darah jenib B+. Sejak aku hidup hampir 19 tahun ini, inilah kali pertama aku tahu jenis darah aku. Ada ikhwah waktu dia bagi pengisian cakap tahap ukhwah terbaik adalah apabila kita kenal peribadi seseorang akh itu termasuklah darah dia jenis apa. Aku pulak, baru kenal peribadi aku sendiri hari ini. Huisssy, parah betul.
Apa yang aku ingat, B boleh derma dan terima dari B. Dan B jugak boleh derma kepada AB. Kiranya agak pemurah hati jugak la. + tu pulak aku xtahu maksudnya apa.

4. Seorang mak sebenarnya concern dengan diri anaknya. Anak dia jer yang mungkin senang untuk lupa / xconcern kepada emaknya. Aku ni sebenarnya lansung lupa nak bagitau pasal kesihatan aku ni kat parents aku. Tup tap, sebab wak driver lambat ambik kitorang, menyebabkan kitorang menunggu lama, baru la aku teringat untuk message mak aku. Dan about 10 seconds lepas aku send, terus dapat call mak aku, suggestkan apa yang aku perlu buat bila dah jadi macam ni. Ayah aku pulak, lupa aku nak bagitau kat dia. Tengok2, petang tu, terus dia call. Segan la pulak sebab dia xdapat early info dari aku sendiri. Tapi sejak tu, aku report je semua apa yang aku buat kat parents aku. Ok la kot aku rasa.

Dan result darah aku hari ini, 18 Nov 09 menunjukkan bahawa
DAH XPERLU CHECK DARAH LAGI ESOK

Nama Pesakit: XXXXX XXXXXX No. K/P: XXXXXX – 08 – 6553

Alamat: KOLEJ MARA BANTING Tarikh Mula Demam: 16 / 11 / 09
Sebab platlet dah naik jadi 139
Tapi still kurang lagi. Sepatutnya kena 150 - 200

Popular Posts