Sunday 25 October 2009

al Bidayah wa an Nihayah

Saya dalam proses membaca terjemahan buku al Bidayah wa an Nihayah, buku Ibn Katsir yang menceritakan sirah zaman khulafaur Rasyidin (yang berlima rupanya).

Satu babak yang saya cuba hayati pembacaannya ialah ketika kemuncak komplot untuk membunuh Saidina Usman. Juga peristiwa susulan selepas Saidina Ali dilantik sebagai khalifah sehinggalah perang Jamal dan Siffin.

Zaman ketika itu merupakan zaman yang penuh dengan fitnah. Sehinggakan sahabat bercita-cita untuk mati sebelum itu lagi, saking fitnah yang dahsyat. Dahsyatnya fitnah tersebut sehinggakan terjadinya peperangan bersaudara sesama para sahabat.

Saya lebih selesa dengan manhaj segelintir sahabat ra yang tidak cuba melibatkan diri dalam fitnah tersebut, sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk mengasingkan diri. Cuba untuk sama melibatkan diri bererti mendedahkan diri kepada pelbagai mudarat dan permasalahan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam Kmb. Jauh panggang dari api kalau nak bandingkan dengan kisah ketika zaman Usman dan Ali. Orang pelik kenapa saya macam xtau banyak benda. Kerana saya bukanlah orang yang perlu dilibatkan dalam permasalahan ini. Oleh sebab itulah, saya berusaha untuk tidak dilibatkan sama dalam perbezaan dan pertentangan pendapat.

Saya merupakan manusia yang cepat terpengaruh dengan suasana. Sebab itu, saya xsuka menambah masalah dalam hidup saya, dalam hati kecil ini, saya tetap ingin menjadi busy body; nak tau setiap benda yang berlaku. Tapi sebenarnya, memikirkan tentang pelbagai masalah (yang bukan di bawah bidang kuasa saya) akan menyebabkan otak ini cepat letih. Lalu jadilah saya orang yang penat dan selau termenung. Sedikit sebanyak juga akan mempengaruhi mood dan prestasi saya.

Saya cuba berpegang dengan kata-kata baginda saw:
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
Salah satu kesempurnaan Islam seseorang itu ialah tindakannya meninggalkan perkara yang tiada perkaitan dengannya. [Hadis Hasan]
Bila menceritakan soal perempuan pula, saya kita mereka itu bukannya isteri saya mahupun anak buah / orang bawahan saya, sebab itu saya berpendapat tidak wajar untuk saya membicarakan kelemahan / kesilapan / mereka. Tambahan pula saya dalam keadaan tidak tahupun siapakah antara mereka yang perlu saya percayai.

Sekali lagi, ini pendapat dan pendirian saya. Dan apa yang saya pelajari, perbezaan pendapat merupakan pintu kepada sikap berlapang dada. Saya hormati pandangan anda, dan anda perlu hormati pandangan saya.

Semoga matlamat utama tidak dipengaruhi.

Labels