Sunday 30 August 2009

Sikap Kita Terhadap Maksiat

Download Full Version

Seorang mukmin memandang dosa-dosanya seperti orang yang duduk di bawah sebuah gunung, dia berasa takut jika gunung itu akan menimpanya.
Sedangkan seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dengan menggerakkan tangannya sedikit sahaja, lalat itu akan terbang.
[HR Bukhari]
إنّ المؤمن يرى ذنوبه كأنّه قاعد تحت حبل يخاف أن يقع عليه
وإنّ الفاجر يرى ذنوبه كذباب مرّ على أنفه فقال به هكذا
Penilaian
Sahih. Kitab ad Da’awat, Bab at Taubah (6308)

Kilas
Orang beriman bersikap selalu takut kepada Allah dan berasa sentiasa diawasi oleh-Nya sehingga dia merasakan kecilnya amalan kebajikannya dan besarnya dosa yang dilakukan. Sikap inilah yang mendorong dirinya untuk bertaubat, tingkatkan amal dan berhati-hati agar tidak terjerumus dalam kemaksiatan.

Orang berdosa memandang enteng dosanya, lalu tidak memiliki keinginan untuk bertaubat dan menghentikan kemaksiatan, bahkan semakin terlarut dalamnya.

Sikap seseorang terhadap dosa akan mempengaruhi sama ada dia akan menjauhkan dirinya atau semakin larut dengan dosa tersebut.

Nilai Ruhiyah
1. Latarbelakang Perbezaan Sikap Terhadap Kemaksiatan dan Dosa

Orang Beriman
Besarnya takut kepada Allah dan siksa-Nya. Yakin telah lakukan kesalahan dan belum tentu mendapat keampunan daripada Allah.
Disebabkan cahaya yang menerangi hatinya. Seakan-akan telah lakukan dosa besar dan menjerumus kepada kebinasaan.
Pengetahuan mendalam akibat buruk dosanya sehingga merasakan dirinya sentiasa dalam bahaya.

Orang Berdosa
Kenal sedikit tentang Allah
Disebabkan kegelapan hatinya.
Disebabkan kejahilan, merasakan dengan mudah boleh menghalau lalat (dosanya)

2. Beberapa Sikap Manusia Terhadap Kemaksiatan dan Dosa

Perbezaan inilah yang akan menentukan besar kecilnya balasan dan cepat lambatnya kesedarannya terhadap dosa tersebut.

• Hanya memandang sebab dia melakukan kemaksiatan dan tujuan melakukannya
• Memandang bahawa dosa tidak lain merupakan takdir Allah yang tidak dapat ditolak
• Memandang dosa semata-mata kehendak dan perbuatan dirinya, bukan dari Allah
• Memandang semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah, dan juga dirinya sendiri
• Menyedari dirinya dikuasai perangkap syaitan dan jerat nafsu syahwatnya
• Merasakan dirinya seorang hamba yang akan dipancung tuannya kerana bersalah
• Mengetahui hikmah Allah beri peluang dan kemudahan untuknya membuat dosa

Ambillah sikap positif; segera bertaubat dan beramal untuk menutupi dosa. Jangan bersikap negatif; terlena dengan dosa lalu tidak timbul keinginan untuk berhenti dan bertaubat sehingga binasa dunia dan akhiratnya.

Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah, Fakhruddin Nursyam, Bina Insani Press Solo, Juli 2007

Thursday 27 August 2009

Sahur + Imsak

Post pasal kuiz di bawah ni menimbulkan persoalan. So, let's clarify it.
Diambil dari web HafizFirdaus.com. Manfaat untuk dikongsi bersama.

PERKARA YANG DITINGGALKAN

[2] Meninggalkan sahur pada akhir waktu
Termasuk perkara yang ditinggalkan dalam amalan berpuasa ialah meninggalkan sahur pada akhir waktu. Sudah menjadi kebiasaan sebahagian orang bersahur pada lewat malam, lebih kurang pukul 11 atau 12 malam, kemudian tidur sehinggalah masuk waktu Subuh. Ini menyalahi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mengajar kita kepentingan bersahur dan melewatkannya sehingga ke saat jelas kepada kita waktu Subuh telah masuk.

Baginda bersabda:
Bersahurlah kerana sesungguhnya di dalam sahur ada keberkatan.[7]

Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur.[8]

Daripada Anas bin Malik, Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa mereka bersahur bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian bangun pergi mendirikan solat (Subuh). Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya (antara sahur dan solat Subuh)?” Zaid menjawab: “Sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat al-Qur’an.”[9]
Hadis pertama dan kedua menerangkan keutamaan dan kepentingan bersahur. Hadis ketiga menerangkan kepada kita bahawa sebaik sahaja selesai bersahur, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk bersolat. Ini menunjukkan bahawa waktu sahur selesai sebaik sahaja masuk waktu Subuh. Tempoh antara sahur dan solat selama bacaan 50 atau 60 ayat bukanlah menunjukkan masa berakhirnya sahur sebagaimana yang difahami oleh sebahagian pihak[10], tetapi menunjukkan tempoh bermulanya sahur. Katakanlah tempoh membaca 50 atau 60 ayat adalah sekadar 20 minit dan waktu Subuh ialah 5.40 pagi, maka mereka mula bersahur pada pukul 5.20 pagi.
Bersahur bererti makan dan/atau minum pada akhir waktu untuk berpuasa. Sebanyak mana yang ingin dimakan dan/atau diminum terpulang kepada setiap individu. Ada sebahagian orang yang selesa dengan jamuan yang berat manakala ada sebahagian lain yang selesa dengan jamuan yang ringan. Bahkan mungkin ada yang selesa sekadar minum air segelas. Yang penting bukanlah berat atau ringan jamuan tersebut tetapi adalah bangun untuk bersahur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Makan sahur adalah keberkatan maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur.[11]


PERKARA DITOKOK TAMBAH

[3] Menetapkan waktu imsak
Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [al-Baqarah 2:187]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.”[17]

Dalam ayat dan hadis di atas, jelas bahawa dibolehkan untuk bersahur, yakni makan dan minum, sehingga jelas terbitnya fajar atau dilaungkan azan Subuh. Tidak wujud waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum waktu Subuh.

Wednesday 26 August 2009

Ada Orang...

Terkesan dengan sajak Mamat sorang ni
Kongsi sama-sama

Ada orang,
Sanggup mengorbankan nyawanya untuk Islam
Berani untuk beristisyhad
Tetapi, ada orang yang bernyawa
Mensia-siakan nyawanya dengan benda sia-sia

Ada orang,
Sanggup mengorbankan hartanya untuk Islam
Sungguh menjaga hartanya agar tidak diboroskan
Tetapi, ada orang yang berharta
Dibazir dan dibelanja ikut suka hati

Ada orang
Sanggup mengorbankan akademiknya untuk Islam
Membiarkan orang lain berjaya dahulu
Tetapi, ada orang yang hebat akademiknya
Tak gunakan kelebihan, dakwah terus diketepikan

Ada orang,
Sanggup mengorbankan masanya untuk Islam
Siang dan malam, terisi penuh jadualnya
Tetapi, ada orang yang perasan banyak masanya
Masa diguna untuk berfoya dan seronok semata

Ada orang,
Sanggup mengorbankan nafsu dan keinginannya
Untuk kemanisan umat, kepahitan sanggup ditelan
Tetapi, ada orang yang bernafsu dan berkeinginan
All-out untuk dunia, apa sahaja sanggup korbankan.

Monday 24 August 2009

Kuiz Ramadan

Bersempena dengan Ramadan ini yang sinonim dengan puasa, Quran, qiam dan ibadah-ibadah lain, mari menguji pengetahuan am masing-masing mengenai agama Islam.

Cadangannya nak bagi soalan ni untuk adik aku tuh. Suruh dia cari jawapan kat internet. Hadiah akan diterima hari raya nanti.

1. Nyatakan ayat Quran yang mewajibkan puasa di bulan Ramadan?

2. Bilakah puasa mula disyariatkan?

3. Sebutkan 2 rukun berpuasa.

4. Melalui hadis riwayat siapakah Rasulullah menjamin keampunan dosa lepas bagi mereka yang berpuasa dengan keimanan dan pengharapan?

5. Nyatakan surah pertama dalam al Quran.

6. Di manakah Rasulullah menerima wahyu yang pertama.

7. Siapakah isteri Rasulullah yang mententeramkan baginda ketika baginda cemas selepas menerima wahyu?

8. Berapa lamakah Rasululah menerima wahyu di Mekah?

9. Isteri Rasulullah yang bercerita mengenai kesungguhan Rasulullah berqiamullail sehingga bengkak kaki baginda?

10. Apakah yang dimaksudkan dengan sahur secara betulnya?
_____________

Jawapan: Coloured white
1. Al Baqarah, 2:183 – 185
2. Tahun kedua hijrah
3. Niat + Menahan diri
4. Bukhari / Muslim
5. Al Fatihah
6. Gua Hira
7. Khadijah ra
8. 13 tahun
9. Aishah
10. Beberapa minit sebelum subuh (Bacaan 50 ayat – menurut hadis Muslim)

p/s Nampak gaya, mungkin ini siri I.

Sunday 23 August 2009

Tag Ramadan

Adik aku sorang ni suka sangat main tag. Rupanya dia jenis manusia yang suka bersoal jawab. Kalau bagi kuiz n soalan, dia suka. Tapi, kalau bagi tazkirah n nasihat susah sikit nak respond dengan baik.

“Kalau nak berceramah, baik pergi surau”

Ni yang aku baru perasan. Dia ni suka kepada kuiz, teka teki, tag dan yang seangkatan dengannya. So, Ramadan 1430 ni mula dengan kuiz. Tapi demand dia rupanya kat soalan ala-ala tag. Kami pun main tag dulu. Tak perlu komputer, xperlu kertas, guna modal air liur dan kreativiti kepala otak untuk memikirkan soalan.

• Apakah makanan sahur pertama anda?
• Siapakah yang mula mengucapkan selamat berpuasa kepada anda?
• Adakah desktop laptop anda diletakkan wallpaper Ramadan?

Bergerak kepada soalan mantop sikit.
• Buku apakah yang pertama anda baca mengenai Ramadan?
• Berikan komen anda tentang Ramadan dalam satu ayat sahaja.
• Bilakah kali pertama anda bercakap “Ana Asumu”? Ceritakan sikit.
• Sekiranya anda berpeluang menunaikan solat tarawih di masjid, masjid apakah yang menjadi pilihan?
• Hadis apakah yang anda hafal Ramadan2 ni?

Soalan terakhir yang mesti ada:
• Siapakah orang seterusnya yang anda ingin tag?

Cuti-cuti ni, mari mencipta suasana, minimum kepada adik anda sendiri.
Jangan senang-senang nak lemah dan down. Rumahlah tempat yang kita perlu kuat terutamanya bulan Ramadan sekarang ni. Dakwah keluarga.

Owh, adik perempuan aku ni kecik lagi. Baru darjah 5. Jawapan agak skema.

Saturday 22 August 2009

Harapan Ramadan

Ramadan terakhir di Malaysia (insya-Allah) boleh dikira mencabar. Banyak tugasan perlu diselesaikan, banyak benda perlu diperhatikan dalam masa yang sama, ibadah tak boleh langsung dilupakan.

Life sem 3 memang mencabar. Kadang-kadang, apa yang dibuat, tak da feeling langsung. Lepas satu kerja, kena buat kerja lain. Banyak kerja perlu dibuat last-last minute. Kerja yang dibuat selalu je ada flaws, ada benda yang xkena. Masalah orang lain menjadi tanggungjawab kita untuk selesaikan.

Banyak doa perlu diminta untuk pastikan hidup jadi bermakna dalam sem ini. Berputus asa bukan penyelesaian yang terbaik. Kurangkan mutabaah juga bukan pilihan yang bernas. Berhenti rehat boleh terus letak di tepi. Kita perlukan semangat yang baru. Semangat untuk melawan nafsu, semangat untuk lebih manis beribadah. Ar Ruh al Jadid di bulan Ramadan ini.

“Send good prayers to Allah. Allah will then align the nature according to what you have sent”
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanyamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[al Baqarah, 2:186]
Ada sebabnya mengapa ayat ini diletakkan di tengah-tengah ayat berbicara tentang puasa.

Kmb
• Hantar TOK First Draft
• Presentation Agama: Qazf.
• CAS – Rumah Anak Yatim
• Malay – Past Year Paper
• English – Oral forum
• Math – Portfolio
• Chem – 2 Report on Design
• Business – Note IRP Marketing
• Phy – Xda.

Hmmm, belum campur lagi revision yang kena buat. Exam sem 3 perlu jadi terbaik berbanding 2 sem sebelum ni.

Ramadan
• 1 Juz 1 Malam
• 25 mukasurat setiap hari
• Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis
• Manhaj Haraki Jilid 2
• Revise hadis 40
• Revise 5 Juz

“Ana Asumu”

Sunday 16 August 2009

Kenapa Boleh Jadi Kafir, Sedangkan ...

Ini yang dapat dikongsikan.
Tugasan untuk halaqah akan datang.
Mudah-mudahan memberikan manfaat secara bersama.


p/s Under mode of busied right now

Saturday 8 August 2009

Hidup Ini Perlukan Target

01. Setiap benda yang kita buat dalam hidup ini, semuanya perlukan objektif dan target.

02. Contohnya, mengapa kita belajar di Matriks, Ipt, mahupun di kolej. Target utamanya untuk mendapatkan ijazah / diploma. Membuat eksperimen juga memerlukan objektif.

03. Tanpa objektif, kita akan menjadi tidak tentu arah. Membuat sesuatu hanya kerana diminta atau kalau ikut cakap orang tua-tua kita, melepaskan batuk (batok sebenarnya) di tangga.

04. Kitapun tidak akan kisah dengan batok yang dilepaskan kerana kita tidak serius melepaskannya dan tidak merasakan kepentigan batok ini dilepaskan dan mendarat dengan betul.

05. Lalu, jadilah kita golongan yang tidak jelas matlamat hidupnya. Bermain bola tanpa gol. Seronok ada skill sahaja.

06. Dalam tarbiyah dan dakwah juga begitu. Seharusnya kita menetapkan target untuk apa kita mengisi jadual hidup kita dengan tarbiyah.

07. Target ada yang panjang, ada yang sederhana dan ada yang pendek. Kita bercakap tentang jangka pendek dahulu.

08. Lazimnya seorang pemula dalam proses tarbiyyah diberi peluang selama setahun untuk membiasakan diri mereka dalam tarbiyyah dan seterusnya melakukan perubahan dalam cara hidupnya pada aspek yang perlu.

09. Setahun merupakan tempoh masa yang lama. Tetapkan target yang ingin ada capai. Contohnya, bilangan muka surat al Quran ingin dibaca, kekerapan buku ilmiah untuk dihabiskan, pukul berapa ingin bangun untuk qiamullail dan solat subuh dan yang penting juga, kekerapan maksiat atau benda sia-sia yang anda lakukan.

10. Contoh target:

Dalam tempoh 5 bulan, 1 juz al Quran mesti aku habiskan setiap hari.
Dalam bulan ini, aku mesti dapatkan 20 kali bangun sebelum azan subuh.
Dalam setahun bermula sekarang, movies dalam harddisk ini akan didelete satu demi satu setiap minggu sampai habis semuanya.
Dll.

11. Jika tidak dilakukan sedemikian, anda akan menjadi batu-bata yang rosak. Karat-karat jahiliah akan diseret sama sepanjang anda ditarbiyah tanpa ada pengislahan, lalu akan bercampur baurlah antara yang hak dan yang batil.
-->
-->
وَلا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
[al Baqarah, 2:42]
12. Ingat, batu-bata yang rosak bukan sahaja membahayakan dirinya, tetapi juga keseluruhan struktur yang dibina. Anda perlu membantu untuk menjernihkan saf dakwah yang anda, bukan menjadi beban atau “decelerator” kepada kelajuan ikhwah yang lain.

*Batok itu bekas untuk menceduk air. Orang dulu-dulu kena basuk kaki sebelum masuk atas rumah. Apabila selesai basuk kaki di atas tangga, yang malas akan mencampakkan sahaja batok itu ke dalam bekas air tersebut. Inilah yang dikatakan melepaskan batok di tangga.

Friday 7 August 2009

Ramadan - Download Links

Analogi yang Entah Dapat Dari Siapa

Bayangkan anda seorang pesakit kronik di wad pembedahan.
Doktor yang merawat anda dah setahun tak membedah.
Doktor ini dengan selambanyer membedah anda,
Tanpa membuat sebarang revision tentang bedah-bedah ni
Dia hanya dengar-dengar sikit apa kawan dia cakap
Dan cuba ingat-ingat apa yang dia tahu setahun lepas
Apabila anda bertanya kepada dia
“Kenapa tak ulangkaji dulu?”
Dia pun menjawab tanpa rasa bersalah
“Ala, bedah ni kejap je pon.
Asalkan nampak ok jer, ok la tu.
Try n error tu kan biasa.”

Inilah analogi kita dengan ramadan.
Ramadan = pesakit
Doktor = Kita
Bedah = Ops Ramadan

Ada orang kata
Ah, banyak kelemahan dalam analogi ni.
Ramadan xsama dengan pesakit la. Tak patut langsung sakit tu disamakan dengan ramadan. Bad connotation.

Aku kata
Ambil la faedah / mesej nak disampaikan

So bawah ni ada e-book. Mari la download sama-sama.
Hukum hakam puasa - al Ahkam

Plus, ada link untuk lagu-lagu Ramadan.
Dah kena mula wujudkan suasana Ramadan sekarang.
Marhaban Ya Ramadan - Haddad Alwi
Harapan Ramadan - Raihan
Ramadan - Ramli Sarip
Ramadan Tiba - Opick

Yang lain, cari sendiri ek.

Kalau nak download, kat youtube belambak. Internet kan luas.
Kalau nak belajar, ilmu tu kan ada di mana-mana. Cari la yang betul.

Thursday 6 August 2009

Ampunan Dosa Melimpah Ruah

The Great Power of Ramadan, Fakhruddin Nursyam, Era Intermedia, 2008
Download Sini
-->
-->
أتاني جبريل فقال: من ادرك شهر رمضان فمات فلم يُغفر له فأبعده الله, قلتُ امين

Jibril mendatangiku lalu berkata, “Barangsiapa memasuki bulan Ramadan lalu mati sedang dia tidak mendapat keampunan, maka Allah akan menjauhkannya dari rahmat-Nya.

Penilaian
Riwayat at Tabrani. Disahihkan Ibn Hibban dalam sahihnya (909)

Kilas
Bulan bermomentum tinggi untuk mendapatkan keampunan.
Jibril datang secara khusus agar umat Islam memanfaatkan bulan ini sesungguhnya.
Jika tidak, dia akan dijauhkan daripada rahmat Allah sebagaimana doa Jibril.
Doa malaikat pasti dikabulkan, dikuatkan lagi dengan amin daripada Rasulullah.

Nilai Keutamaan
• Medium Maghfirah
Puasa
Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan iman dan pengharapan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukan
[HR Shaikhan]

Qiamullail
Solat tarawih + tahajud
Barangsiapa menunaikan qiyam Ramadan dengan iman dan pengharapan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukan
[HR Shaikhan]

Lailatul Qadar
Barangsiapa qiamullail pada lalilatul qadr dengan iman dan pengharapan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukan
[HR Shaikhan]
Sepuluh malam yang terakhir.

Memberi buka orang yang berpuasa
Mendapat pahala orang berpuasa tanpa berkurang sedikitpun.
Barangsiapa memberi buka orang berpuasa pada bulan Ramadan, dia akan mendapat keampunan untuk dosa-dosanya.
[HR Ibn Khuzaimah]

Ringankan beban orang lain
Barangsiapa meringankan beban pekerjaan budaknya di bulan Ramadan, Allah akan mengampuninya dan membebaskan daripada api neraka.
[HR Baihaqi]

Zikir
Seseorang yang melakukan zikrullah di bulan Ramadan akan diampuni dosanya
[HR Thabrani dan Baihaqi dengan sanad lemah]

“Siapakah yang lebih besar pahalanya dalam kalangan orang berpuasa?”
Orang yang paling banyak berzikir kepada Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi
[HR Ahmad]

Istighfar
Doa orang berpuasa tidak akan ditolak Allah, trerutama pada saat berbuka.
Ya Allah, zat yang maha luas keampunannya, ampunilah dosa-dosalu
[Umar]

Permohonan Ampun Malaikat
Dan Malaikat memohonkan ampunan untuknya sampai dia berbuka
[HR Baihaqi]

Tidak terbatas pada orang yang berpuasa wajib sahaja, termasuk puasa sunat.
Apabila seseorang yang berpuasa duduk bersama sekelompok orang yang tidak berpuasa, lalu mereka makan-makan maka para malaikat akan berselawat untuknya sehingga dia berbuka puasa.
[HR Thabrani]

• Kesan Buruk Tidak Mendapat Keampunan
Tidak mendapat keampunan di bulan lain
Qatadah: Seakan-akan mengatakan jika tidak dapat di Ramadan, tidak juga di bulan lain.
Ulama: Bila lagi akan diterima jika tidak di bulan mulia ini. Bila lagi jika tidak pada malam kemuliaan. Bila lagi akan menjadi soleh jika tidak soleh di bulan ini. Bila lagi akan sihat daripada kejahilan dan kelalaian. Pokok yang tak berbuah ketika musimnya, pasti akan ditebang dan dijadikan kayu bakar. Sesiapa yang tak menanam dengan baik ketika musim menanam akan menyesal ketika datang musim tuai. Yang tinggal hanya penyesalan dan kekecewaan.

Dijauhkan daripada rahmat Allah
[HR Ibn Hibban]

Dilemparkan ke dalam api neraka
Masuk ke neraka dan merasakan azab dan siksa pedih.

Wednesday 5 August 2009

Ketika Yahudi Menunggu Subuh Kita

Apa yang anda lakukan ketika masuk waktu Subuh?

--

“Solat Jumaat memang tidak boleh dibuat kayu ukur kekuatan mereka. Satu-satunya yang boleh kita lihat, mesti kita berwaspada dan mesti dirisaukan adalah apabila bilangan mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah sama banyak dengan mereka yang menunaikan solat Jumaat. Apabila masjid mereka penuh pada waktu Subuh seperti waktu Jumaat, itulah tanda kehancuran kita. Ketika itulah kita mesti berhati-hati.”

“Kalau macam tu, kita kena berusaha agar mereka tak tau kekuatan mereka itu. Kena buat agar mereka terus tidur dan malas untuk menjawab seruan azan Subuh”

Mereka berdua menganguk-angguk.

--

Dah banyak hadis menerangkan tentang keutamaan solat ini, pelbagai rahsia dan keberkatan. Sehingga Rasulullah mengatakan,
“Jikalau mereka mengetahui rahsia besar di sebalik solat Subuh berjemaah, mereka akan mendatangi masjid pada waktu Subuh walau dengan merangkak”

Orang Bukan Islam Ketika Azan Subuh
• Berjogging
• Jalan-jalan
• Terus ke pejabat elak kesesakan

Orang Islam Ketika Azan Subuh
Jalan ke masjid, solat berjemaah

Anda
???

Jika masih malas, pilih solat di rumah / bilik, atau terus tidur dan tarik selimut ke seluruh badan, tau-taulah Yahudi sedang ketawa kat kita.

Mereka suka dan gembira. Kita mengabaikan kekuatan ini.

Doa Kita
• Allah ringankan kaki kita untuk ke masjid untuk Subuh berjemaah.
• Kuatkan azam agar hidup dapat meninggikan kalimah tauhid dan hancurkan mushnya.
• Tak jadikan Yahudi dan musuh Allah yang lain sebagai kawan kita.
Kejayaan Islam akan terus terserlah.

Tindakan kita
Bangun dan terus ke masjid mulai pagi ini juga.

Amien.

Rujukan: Eramuslim Digest, Edisi Koleksi 2: The Dark Side 911

Monday 3 August 2009

Tidak Perlu Lari, Ia Tanggungjawab

“Aku takut tak dapat beri komitmen. Sian kat anak usrah aku tu nanti”
“Aku rasa macam tak bersedia lagi”
“Berat koT kerja ni”
“Tak nak la” [tanpa memberikan alasan, jutaan senyuman pula diberikan]

Yang ni kata-kata yang selalu aku dengar, bahkan kadang-kadang dah boleh teka susun atur skrip yang akan dicakapkan kepada aku.

Mari tengok ayat ni sekejap. Mudah-mudah dapat diambil manfaat, walaupun sedikit.
-->
وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلا يَتَّقُونَ
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُكَذِّبُونِ
وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلا يَنْطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): "Datangilah kaum yang zalim itu,
(yaitu) kaum Firaun. Mengapa mereka tidak bertakwa?"
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku.
Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah (Jibril) kepada Harun.
[asy Syuara’, 26:10-13]

1. Allah menceritakan perasaan Nabi Musa apabila menerima perintah dan tanggungjawab untuk berdakwah. Gerun dan gementar.

2. Perasaan ini ialah fitrah. Mungkin sebahagiaan sifat kemananusiaan. Nabi Musa yang gagah [lihat al Qasas, 28:15] pun dapat perasaan seperti itu.

-->
فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ
... Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu ...

3. Tapi, Nabi Musa tidak biarkan perasaan itu menghantui dirinya . Tidak juga menjadikannya alasan untuk mengelak tugasan tersebut.

4. Nabi Musalah yang perlu kita contohi.

5. Apa yang perlu dilakukan sebenarnya adalah duduk dan menilai objektif, kepentingan tugas tersebut dan bagaimana caranya dia dapat menyumbang untuk menjayakannya.

6. Sebaik-baiknya mengadu kepada Allah kerana Dialah yang menguasai perasaan dan hati manusia.

7. Lihat, ketika Nabi Musa memohon kepada Allah, baginda tidak memohon agar dilepaskan daripada tugasan tersebut, tidak agar dapat lari dari tugasan lalu memberikan alasan untuk tidak menerimanya disebabkan kelemahan yang ada pada diri.

8. Baginda sebaliknya memohon agar diberikan sokongan dan bantuan untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

9. Mengadulah kpd Allah, jangan lari dari tugasan sebelum mencuba.

10. Pendakwah yang berasa cukup dengan memainkan peranan kecil-kecilan di tepi jalan dakwah saja, dia sebenarnya tidak menyahut seruan al Maidah, 5:48 dan al Baqarah, 2:148; seruan untuk berluma-lumba dalam melakukan kebajikan dan ihsan dalam amalan.

-->
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
... Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan ...

11. Allah pasti tidak akan memungkiri janjinya. Pelbagai janji manis diberikan kepada pendakwah eg bantuan, sokongan, kemenangan dan ganjaran besar. Mustahil Dia memungkirinya.

Rujukan: Fiqh Dakwah dalam al Quran, Muhammad Haniff Hassan, 2003
Link untuk download diletakkan di sebelah

Labels